Banner  

Rebut RM1000 untuk Malaysia #Merdeka54


Assalamualaikum.....
Sempena Ulang Tahun Malaysia #Merdeka54 blog Denaihati akan menganjurkan cabaran Malaysia #Merdeka54. Hadiah RM1000 ditaja oleh eQurban.com untuk direbut olehBLOGGER MALAYSIA. Cabaran Malaysia #Merdeka54 terbuka kepada semua BLOGGER MALAYSIA walau dimana berada di atas muka bumi ini.

Cara penyertaan Cabaran Malaysia #Merdeka54 :



1. Buat satu entri paling kreatif tentang Kemerdekaan Malaysia samada penulisan, photo atau video dan promosi semaksimum yang boleh entri tersebut melalui Facebook, twitter dan sebagainya.
2. LIKE Fanpage @eQurban.
3. Jadi Rakan Niaga @eQurban.
4. Letakan Banner eQurban di blog anda sehingga pengumuman Cabaran Malaysia #Merdeka54 diumumkan pada 16/9/2011.
5. Setiap Blogger hanya layak menyertai satu penyertaan sahaja.
6. Tarikh dan waktu tutup penyertaan akan diumumkan kemudian.
7. Tinggalkan komen penyertaan di bawah entri ini dan letakkan link penyertaan di CommentLuv.
8. 10 pemenang akan dipilih mengikut berbagai kriteria yang akan ditentukan oleh penaja.
9. Hadiah RM100 untuk setiap pemenang.
Tajuk entri Penulisan berkaitan Kemerdekaan Malaysia





TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
T - Terbentuknya sebuah negara merdeka iaitu Tanah Melayu atau Malaysia,
R - Rakyat menentang komunis dan British untuk merdeka,
A - Ada antaranya sanggup berkorban jiwa dan raga demi tanahair tercinta,
N - Namun titisan darah perjuang kemerdekaan yang terkorban tidak ternilainya,
F -  Faktor lampau jadi sandaran sejarah negara,
O - Objektif sebenar adalah menentang penjajah durjana,
R - Ramai yang sudi dan rela bersama memperjuangkan tanahair kita,
M -Masyarakat berpakat dan sepakat untuk bebas bersama,
A - Antara mereka ada yang tali barut komunis menentang gagasan "Merdeka" membebaskan negara,
S - Semangat yang waja serta pengorbanan hakiki yang diterap di jiwa tak boleh dilupa,
I -  Inilah dia pejuang kemerdekaan yang sejati dan sebenarnya.



B - Berkat dan doa rakyat jelata memohon pada yang Esa terlaksana,
E - Era penjajah telah lama pergi meninggalkan kita,
R - Rintangan dan halangan terpaksa ditempuh  untuk mencapainya,
J - Jasa dan taat setia pejuang tidak dilupa begitu saja,
A -Ada yang disanjung dan ada pula yang dipuja,
Y - Yang berjaya diangkat dan disanjung sebagai pemimpin berjasa,
A - Allahyarhum Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama terukir di mana-mana.

R - Rakyat sekarang mesti patuh setia pada "Rukun Negara",
A - Adanya undang-undang negara telah digubal sebagai akta,
K - Kerana inginkan sebuah negara yang berbilang bangsa, agama, stabil, makmur kekal sentiasa,
Y - Yang membuat salah pada undang-undang negara harus dihukum mengikut kesalahan dia,
A - Ada yang didakwa, dibicara, dihukum dan dimasukkan ke penjara,
T - Tangkap tanpa dibicara dipanggil "ISA".

S - Sekarang negara kita sudah "Merdeka" yang ke 54 tahun lamanya,
E - Era moden ini kita gapai cita-cita dan iltizam untuk menuju wawasan 2020 untuk direalisasikan pula,
J - Jangan ada antara kita yang tidak ambil peduli dan buat-buat lupa,
A -Anda semua sudah tentu ingin kejayaan "Malaysia"disanjung di seluruh dunia,
H- Hasrat pemimpin bersama rakyat ingin kemasyuran "Malaysia Boleh" bergema di pentas antarabangsa,
T- Tanggal 31 Ogos dan 16 September adalah hari penuh bermakna buat rakyat "Malaysia",
E- Entah jiwa dan raga rakyat "Malaysia" kita sudah "Merdeka",
R- Rasanya belum terlambat untuk kita meraikan kemerdekaan negara kita,"Selamat Menyambut Hari
     Kemerdekaan yang ke 54", MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,
A -Apa yang penting, rakyat berbilang bangsa dan agama hidup aman dan makmur dalam tema"1Malaysia"
     Oleh itu kibarlah bendera kita "Jalur Gemilang" kebanggaan kita.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top