Adakah Malaysia Berjaya Menundukkan Kemboja

 




                                Jangan Ambil Mudah Dengan Skuad Kemboja

          Kami perlu menewaskan Kemboja pada Ahad ini untuk ke peringkat seterusnya, setelah melihat bagaimana Indonesia senang-senang menewaskan Singapura sebentar tadi dengan 2-0. Maka Indonesia kini di tangga teratas, kata Datuk hamidin Amin.

        Datuk Hamidin Amin, pengurus skuad bolasepak bawah 23 tahun kebangsaan yakin anak buah Ong Kim Swee mampu ke peringkat separuh akhir Sukan Sea Indonesia 2011, walaupun masih berbaki dua perlawanan. Beliau mengharapkan agar pemain negara tidak mengambil mudah pertemuan dengan Kemboja kerana pasukan itu berjaya menjaringkan gol ketika mereka tewas kepada Singapura, 1-2  kelmarin.

        Kemboja adalah pasukan yang mudah untuk ditewaskan,  itu tanggapan ramai!  Tapi adakah mereka memberi kemenangan yang mudah? Jangan beranggapan begitu,  kata Datuk Hamidin.

        Tapi Malaysia memerlukan kemenangan yang selesa dengan jumlah gol yang banyak  kerana lawan terakhir mereka adalah Indonesia, pasukan tuan rumah di sukan SEA kali ini.

         Harapan semua peminat di seluruh negara, Malaysia tidak boleh mengambil sambil lewa pertemuan dengan Kemboja jika mahu ke peringkat seterusnya.

        Malaysia Boleh!!!!!
    






       
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top