Kemunculan Terhebat Saham Felda Global Ventures Holdings


  




Asslamualaikum.......
Salam 1 Malaysia dan 1 dunia..............  

                                                                             
     Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia menyaksikan kemuncak kepada inisiatif pembaharuan strategik kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat san melonjak daya saing global Malaysia.



                                                                                     
                                        

    Felda Global Ventures Holdings (FGVH) pengendali kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, akan mencatatkan penyenaraian bersejarah di Bursa Malaysia di bawah bidang sektor perladangan. Ini sudah pasti merancakkan pasaran modal kerana ia merupakan IPO kedua terbesar tahun ini selepas Facebook Inc dan juga terbesar di Asia.



                                                                                 


   Program Tranformasi Ekonomi (ETF) negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah antara teras kepada pendapatan tinggi untuk Malaysia dan tanda bermulanya tranformasi syarikat daripada jaguh Malaysia kepada konglomerat dan entiti perniagaan terkemuka multinasional.
            

         
   Ini sudah pasti peneroka akan mendapat manfaat atau keuntungan yang tinggi menerusi penggunaan tanah yang lebih cekap yang menjerumus kepada pulangan yang lebih tinggi lagi. 


 
     Mereka juga akan dapat premiium daripada saham masing-masing selepas penyenaraian dan pembayaran dividen tahunan slain daripada RM 15 000 yanag diberikan kepada peneroka felda hasil daripada perolehan tawaran awan permulaan (IPO). Ini adalah ganjaran istemewa kepada peneroka setelah lebih daripada 30 tahun bekerja keras.        


    Selai daripada itu, sejumlah 112,635 peneroka Felda akan mendapat feadah daripada dana amanah bernilai RM3.4 billion, merupakan nilai kepada 20 peratus daripada modal saham diperbesarkan oleh Felda Global Ventures.



    Dana Amanah itu juga boleh digunakan untuk diagaihkan atau digunakan untuk pinjaman pendidikan kepada anak-anak peneroka.



     Kerajaan akan memberi jaminan kepada peneroka yang mereka tidak akan kehilangan tanah selepas penyenaraian kerana tanah mereka itu bukannya sebahagian daripada IPO.



     Sekian, terima kasih....semua.....!!!!!!    
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top