Lazada VN MC all

18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun Syawal


Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia.......
Salam Sejahtera....semua.....!!!


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                             Pantun Syawal Daripada Sensasi2020 #1

Ramadan disambut penuh ceria,
Bulan yang memberi seribu rahmat,
Kepada umat Islam Sedunia,
Bagi memberi keampunan yang tersemat.

Umat Islam mula berpuasa selama sebulan,
Bagi mengandakan amalan yang mulia,
Sama seperti seribu bulan amalan,
Bagi menghapuskan dosa-dosa kita.


Bila berakhirnya bulan Ramadan,
Bulan Syawal pasti menjelma,
Bagi menyambut sebuah kemenangan,
Di atas kejayaan kita menjalankan ibadat puasa.

Bila takbir mula bergema,
Suasana kegembiraan mengukir senyuman,
Detik kesedihan mula terasa,
Apabila lagu raya berkumandang mula kedengaran.


Teringatkan kenangan ketika di kampung,
Terdetik hati untuk pulang,
Menyambut Syawal bersama keluarga tersayang,
Serta ke rumah sanak-saudara untuk berkunjung.

 Pelbagai juadah disediakan di atas meja,
Bagi menyambut kedatangan tetamu,
Kanak-kanak riang gembira serta teruja,
Duit raya dihulur setelah juadah dijamu.
 

Air mata Syawal mula mengalir di pipi,
Tatkala ibubapa sudah lama pergi,
Hanya pusara tempat untuk dilawati,
Memohon doa agar roh mereka Allah cucuri.

Selamat menyambut Salam Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin diiringi,
Sempena dengan hari yang suci dan murni,
Semoga Syawal tahun ini lebih berseri.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Pantun Syawal Daripada Sensasi2020 #2


Badan berketar hati berdebar,
Menahan lapar dan dahaga,
Kad raya semakin dilupa angkara jalur lebar,
MMS dan SMS menjadi pilihan kita.

Kad raya semakin tidak mendapat tempat,
Hanya pesanan SMS dan MMS menjadi popular,
Bila dapat daripada sang tersayang lalu terlonjat,
Macam beruk mendapat bunga yang segar.

Puasa dibuat penuh tawaduk,
Bagi mendapat kerahmatan yang mulia,
Salam Aidilfitri drpd sensasi 2020 yang buruk,
Maaf dihulur andai tersalah ucapan dan kata-kata,

Mohon maaf harus dipuji,
Tak kira hari tak kira waktu,
Amat digalakan dalam kehidupan sehari-hari,
Bagi membersihkan diri tanpa dipaksa sebegitu.

Syawal menjelang tiba kembali,
Segala sengketa harus dilerai,
Supaya mendapat keredaan Ilahi,
Segala amalan di bulan Ramadan diberkati.

Jangan diulangi kesalahan sebegini,
Takut nanti tidak diberi kemaafan,
Sesama kita harus bermaafan sendiri,
Jangan lupa minta ampun segala kesalahan.

Sampul raya sudah dibeli,
Untuk dibekalkan dengan duit raya,
Duit raya bukan utk diberi kepada suami-isteri,
Hanya khas untuk kanak-kanak saja.

Hidangan raya bukannya spagetthi,
Cukup sekadar kuih-muih atau biskut,
Juadah dihidang dimakan dengan teliti,
Jangan gelojoh ikut selera tanpa rasa takut.

Berhati-hati di jalan raya,
Bila pulang ke desa nanti,
Sanak-saudara pasti teruja,
Menanti kepulangan perantau utk dirai.

Kita ikut apa kata mohor besar raja-raja,
Diitetapkan mengikut kelihatan anak bulan,
Rukyah dan hisab juga mesti dikira,
Barulah sempurna segala hari bulan diwartakan.

Maaf zahir dan batin dihulur,
Atas segala kesalahan yang dilakukan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan wajib bersyukur,
Mendapat kejayaan diatas puasa yang diamalkan.





Sekian, terima kasih........
Wassalam......
Jumpa lagi dilain pantun.....Bye-bye..!!!


Share This