sensasi2020

Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya? | sensasi2020 Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya? - sensasi2020

Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?

Assalamualaikum.......
Salam 1 Malaysia..........
Salam sejahtera..........semua.......!!!

                                                     
                                                     

           Eizil.com (Mohd Hadihaizil Din) satu nama yang tidak asing lagi di laman blog Denaihati.com sebagai seorang designer website, banner, header dan paling mendapat pujian daripada para blogger semua di seluruh dunia adalah "Projek Waktu Solat" bersama Denaihati "Hidupkan Untuk Memberi". Banyak lagi entri yang dilakarkan oleh beliau sepanjang penglibatan beliau dalam menghasilkan entri sebagai seorang penulis blog, programmer sepenuh masa, designer separuh masa, trainer (web Development), design theme wordpress pertama berversi bahasa melayu yang dihasilkan oleh beliau.



Rentetan Sebahagian Daripada Kehidupan Eizil Sejak 1999
                                                       

       Eizil adalah anak kelahiran Maran, Pahang tetapi telah dibesarkan di Johor sehingga berumur 10 tahun sebelum berpindah ke Selangor. Nama sebenar adalah Mohd Hadihaizil Din, tetapi menggunakan nama internet Eizil.com atau Slumbermann di kebanyakan forum-forum atau laman web. Merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Alhamdulillah, telah mendirikan rumah tangga pada hujung tahun 2009 dan kini menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan dekat dengan tempat tinggal aku di Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, lebih kurang 5 km dari rumah beliau. 
 

       Adalah satu hari tu pernah juga nak bersua muka dengan beliau, namun keadaan tidak mengizinkan (sama-sama sibuk mungkin). Ada juga aku pernah bertanya "Ada kerja kosong ke kat syarikat Eizil?" katanya tidak memerlukan pekerja lagi buat masa sekarang.


       Lama selepas itu, senyap je, hanya sekali sekala melayari blog beliau serta ber-retweet dengan beliau bertanya sesuatu serta bertanya khabar.


      Baru-baru ini beliau telah pergi ke majlis perkahwinan Anarm vs Suraya (tak kenal juga Anarm cuma rakan backlink surayasagi), tapi beliau pergi awal lagi sebelum aku sampai. Tak sempat juga berjumpa dengan beliau kerana saya tak tahu dia ada jugak pergi, itupun Anarm yang bagi tahu. Sampailah dia komen kat blog saya, "Bro....dengar khabar ada pergi ke majlis perkahwinan Anarm vs Suraya". Inilah antara bait-bait coretan sedikit sebanyak perkenalan aku pada Eizil walaupun belum pernah bersua muka.


Bergambar bersama Pengantin Baru Anarm vs Suaraya

     Semasa majlis perkahwinan Anarm vs Suraya hari tu (1 sept 2012), aku cuma berpandukan undangan majlis perkahwinan melalui entri beliau di blog sagitairus.com  sebagai panduan, itupun tanpa peta, hanya melalui kisah kehidupan beliau dalam siapa sue dan bertanya jalan ke mana arah ke  Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak, Pasir Mas Kelantan pada orang-orang berdekatan di Bunut Susu serta sekitarnya.


Hadiahkan kepada Pengantin Baru Anarm vs Suraya
                                                       


           Bukan apa aku beria-ia sangat hendak pergi ke perkahwinan mereka, cuma nak buat surprise serta hendak menghadiahkan sebiji kek khas  sempena majlis "Raja Sehari" buat mereka. Maklum sajalah sayakan seorang penghias kek ising untuk majlis "Sambuatan Hari Jadi", "Majlis Perkahwinan", Majlis Ulangtahun" dan sebagainya. 


        Ditambahkan lagi nak buat satu misteri serta sensasi buat mereka (ambil nama blog aku sensasi2020). Kenapa aku teringin sangat hendak pergi ke majlis perkahwinan mereka? Mungkin teringin sangat nak berjumpa dengan Anarm kot serta Suraya (rakan baru blogger).
       
                                
         Peristiwa di atas adalah mungkin salah satu penyebab kenapa aku ingin menulis blog lebih serius lagi?? Ada pelbagai sebab ia terselit seribu pengertian dan mungkin satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan?? Maka banyak sebab juga rakan-rakan lain untuk cuba memceritakan pengalaman masing-masing di blog mereka untuk  dicatitkan sebagai perihal peribadi untuk pembacaan pelawat.

“Apakah punca atau penyebab anda menulis blog, ceritakan pengalaman anda”.....???  

         Pertanyaan yang sentiasa bermain di fikiran semua semua penulis blog? Setiap orang tak kira yang baru menulis atau dah lama berblogging, pasti ingin diceritakan atau ditulis di setiap blog mereka. 


         Ada yang meletakkan biodata, pengalaman dan kisah kehidupan mereka di setiap halaman blog mereka. Ini bagi memberikan sedikit pengetahuan dan pengalaman mereka semasa menulis blog kepada para pelawat yang mengunjungi blog mereka, supaya akan menjadi titik tolak kepada penulis yang baru berjinak dengan blog.


    Kadang-kadang dengan terbacanya pengalaman seseorang  tentang menulis entri di blog mereka, membuatkan hati seseorang terdetik untuk menulis dan meluahkan segala ilmu yang ada, idea yang bernas, rekaan yang kreatif, pengalaman yang dilalui, bakat yang terpendam minat yang mendalam dan sejarah kehidupan untuk diilhamkan dalam sebuah entri. Sudah pastinya laman web atau bloglah yang akan mereka perlu dihasilkan untuk menjadi suatu minat itu menjadi satu realiti. 


Langganan setiap Bulan Semenjak Tahun 2000 lagi
                                                      

     Kerana minat mendalam terhadap sesuatu laman web saya sanggup melanggan senaskah Majalah PC setiap bulan untuk mengetahui segala maklumat tentang teknologi terkini, gadget canggih terkini, program dan segala info-info terkini yang menjadi perhatian semua. Di majalah PC, saya sampai tertarik dengan iklan di belakang majalah PC  itu tentang Kursus Internet Gaya Pos COMPU Studies iaitu kursus Internet di rumah "Bagaimana Cara Kuasai Internet Hari Ini". Walau bagaimanapun saya tidak langgani kursus tersebut kerana tidak mampu, ada benda lain lagi yang lebih memerlukan.



Kursus Internet Secara DVD Di Rumah
                                                      

         Tidak terkecuali dengan diri ini. Sudah pastinya bila mana ada internet di rumah, tidak kiralah komputer jenis desktop, laptop, netbook, ultrabook ipad dan sebagainya pasti akan terjumpa laman web berbentuk blog, laman sesawang jabatan kerajaan, swasta, agensi pengiklanan, produk kesihatan dan kecantikkan pasti tertarik dengan banner, iklan bergerak, gambar berkelik, ikon berwarna warni dan sebagainya. 

              












                                                   P1 W1 Max-Internet Tanpa Wayer

       Buat permulaan saya melanggani P1 W1 Max di rumah untuk membuat kerja-kerja sebegini, kerana di rumah saya tidak menggunakan telefon (Celcom). Hanya P1 saja yang dapat membekalkan internet tanpa wayar dengan berbekalkan modem secara percuma tetapi melalui pakej yang ditawarkan.


    Sampaikan saya sendiri begitu mengambil perhatian terhadap cara bagaimana membina laman web atau blog setelah membaca kisah Ummi Hafilda (srikandi7) tentang salah laku seks melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.


       Bukan itu sahaja, bila kita blogwalking ke mana-mana blog atau top 10 blogger  pasti terdetik di hati ingin menjadi seperti mereka. Mencari, mencungkil, mentelaah dan mengkaji segala pengalaman serta rahsia mereka untuk dibuat panduan dan pedoman supaya menjadikan blog kita sebaik dan sebagus mereka. Teknik yang mereka gunakan seperti SEO, SERP, PR, PR Alexa dan yang amat teruja adalah top blogger. Populariti mereka menjadi perangsang dan hala tuju blog kita untuk terus dikenali ramai. Ada beberapa blog yang menjadi perhatian saya sekarang ini iaitu Denaihati, Ariffshah, Ben Ashaari dan yang terbaru adalah eizil.com serta yang lainnya.

                                                           

      Setiap entri mereka ada kelebihan tersendiri, menarik pelawat untuk terus mengunjungi mereka. Ada antara mereka membuat segala macam cara dan program supaya ramai yang datang melawat blog mereka seperti mengadakan contest dengan hadiah berbentuk gadget terkini, giveaways dengan ganjaran antivirus selama setahun, peraduan dengan pengindapan ke hotel 5 bintang 2 hari 3 malam, teka-teki dengan habuan top up RM?? dan ganjaran terhadap komen terbanyak.

Dari Dulu Hinggalah Sekarang Gunakan Gravatar ini

      Maka dengan titik pertama bermulanya satu kisah terhasilnya sebuah entri (blog) yang diberi nama sensasi2020.blogspot.com buat permulaan iaitu pada tanggal Jun 2010. Masa itu pengalaman pertama, masih cetek dalam menghasilkan entri, cuma mengambil artikel daripada surat khabar dan diolah dan diedit sendiri mengikut standard yang ada pada pada diri ini. Akibat tidak ada pengalaman semua artikel itu terpadam dengan tidak sengaja. Cuma yang ada hanyalah pada tahun 2011. Dengan hanya berbekalkan pembacaan di majalah dan layari internet maka terhasil satu idea untuk membuat gravatar "sensasi2020" hinggalah kekal sampai ke hari ini.



Header pertama yang dihasilkan sendiri.
                                                       
Header ke 2 dengan bantuan cikgunaman.com
                                                       
Header terkini sebagai menambah kecantikkan blog
                                                                  
       Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan blogger yang lain yang banyak membantu dalam mencantikkan header, theme, tulisan serta tip-tip serta info-info untuk menambahkan lagi aura blog ini. Rakan saya yang paling banyak membantu dan memberi perangsang serta galakan iaitu Denaihati.com, cikgunaman.com, blog keperawatan serta lain-lain sahabat di Malaysia serta Indonesia.


   Kini telah bertukar domain dari sensasi2020.blogspot.com ke sensasi2020.com untuk meningkatkan lagi penjenamaan blog saya ke arah lebih maju ke hadapan. Ramai dah mula membeli domain untuk penjenamaan agar lebih profesional dan lebih dikenali ramai serta memikat beberapa pengiklanan sebagai income. 

       Banyak juga rakan-rakan dah mula dari yang menulis blog secara mengisi masa lapang, sambil-sambilan, secara tidak serius kepada yang lebih mendapatkan income sampingan daripada iklan seperti nuffnang, says.com.my, churpchurp dan banyak lagi yang berada di internet. Yang selalu membuat entri tentang kebolehan mereka mendapatkan income daripada iklan adalah shakiddo.com, redmummy.com, beautifulnara.com dan lain-lain lagi. Income yang mereka dapat agak lumayan jugak, ini membuat rakan-rakan lain terliur sama.

         Tidak sah jika dalam entri ini, tidak diselitkan beberapa rangkap pantun daripada sensasi2020 yang selalu saja diklamasikannya.


                                     Pantun Kenapa Aku Menulis Blog  

Duduk bersahaja mengukir coretan,
Coretan ditinta buat entri,
Idea datang secara spotan,
Untuk rangkap pantun ditulis sendiri.

Hilang penat terus ke sana,
Mencapai sebuah komputer di meja,
Apa saja yang bermain di minda,
Terus di tulis tanpa menoleh ke mana-mana.

Banyak hendak diceritakan di sini,
Maklum sajalah minda terbuka,
Kisah kehidupan manusia tak pernah terhenti,
Ada saja isu yang hendak diperkata.

Kalau menulis tak kenal masa,
Sampai lewat hingga ke pagi,
Selagi tidak siap kerja,
Harus disudahkan barulah berhenti.

Komen dari rakan jangan dilupa,
Harus dibalas dengan segera,
Mereka juga menunggu balasan kita,
Untuk mengetahui apa tindakannya.

Banyak sahabat di serata Nusantara,
Selalu melawat blog saya,
Terima kasih yang sudi terjah blog saya,
Kerana merekalah entri kita dibaca.

Tanpa mereka siapalah kita,
Hanya mengharap kunjungan mereka,
Hanya Allah saja yang membalasnya,
Kita hanya mampu berusaha.

Walau di mana kita berada,
Jangan dilupa jasa rakan kita,
Yang selalu memberi kata teruja,
Teruskan berusaha hinga maju jaya.

Salam kemaafan andai terkasar bahasa,
Kita hanya manusia biasa,
Tidak terlepas daripada tersalah kata,
Yang baik daripada Allah yang kurang adalah kita.

Bersua kembali di lain masa,
Mungkin kita akan bersua kembali,
Hanya takdir yang menentukan segala,
Bersua kembali dilain entri lagi.


       Sama-samalah kita berganding bahu membina dan membaiki segala kelemahan yang ada untuk terus berusaha ke arah masa depan yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang".

          Jangan lupa sertailah contest besar-besaran  pertama daripada eizil.com , ada pelbagai hadiah untuk dimenangi. Sebelum tarikh tutupnya berakhir.

 Tarikh tutup untuk penghantaran tugasan pertama adalah pada 30 September 2012.


Sekian, terima kasih.
Bersua kembali dilain entri.....bye...bye....!!!. 

       

Tag : SENSASI2020
Back To Top