Maruah Harus Ditebus

Assalamualaikum....
Salam 1Malaysia........
Salam Sejahtera......semua..!!!


Siaran Langsung di TV1 Malam Ini Jam 8.45 pm 




      Kelantan berjanji akan bermain habis-habisan malam ini, walaupun peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir hampir tertutup. Kelantan tetap menjanjikan persaingan sengit apabila menghadapi Arbil FC dalam aksi suku akhir kedua Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini. Juga boleh disaksikan di RTM (TV1) pada jam 8.45 pm.

                                                                                     
              Ketika tewas aksi pertama di Iraq baru-baru ini dengan 1-5, Bojan Hodak, pengendali The Red Warrior mengakui kesukaran pasukan mereka mengalahkan pasukan daripada Iraq itu, namun bertekad akan melakukan yang terbaik bagi mempertahankan maruah. Hanya keajaiban yang mungkin Kelantan layak ke separuh akhir.

            Kelantan memerlukan kemenangan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanhggan sendiri. Tidak kira berapa jumlah jaringan gol tapi yang penting mesti menang. Secara realistiknya Kelantan mungkin sudah tersingkir, tapi maruah juga harus dijaga. Tidak mahu rekod tanpa kalah tercalar dek kerana pelawanan malam ini.


               Semenjak awal lagi Kelantan tidak meletakkan sasaran tinggi terhadap kejohanan ini buat pertama kali. Meletakkan kaki mereka di peringkat suku akhir dah dikira satu pencapaian yang baik, lebih lagi bergeluk dengan pelbagai masalah termasuk kehilangan tonggak utama dan pengantungan pada aksi 18 September lalu.
              
          Kelantan akan cuba lakukan yang terbaik malam ini. Situasi sekarang berbeza. Semua pemain tonggak utama pasti akan diturunkan untuk memperkuatkan kembali  pasukan. Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, pasti tidak mahu peristiwa ketika melepaskan gol dengan jaringan 5 gol berlaku lagi kali ini.


           The Red Warrior yakin mampu menewaskan Arbil FC dari Iraq di gelanggan sendiri untuk tebus kekalahan yang lalu. Apapun kita akan dapat menyaksikan perlawanan tersebut pada malam ini di stadium Stadium Sultan Muhammad IV atau di TV1 (RTM) jam 8.45 pm. Ayuh pakat ramai-ramai berikan sokongan pada The Red Warrior , wakil Malaysia terakhir beraksi di pentas piala AFC selepas Terengganau tersingkir awal.

#KEPUTUSAN TERKINI: Kelantan (1) vs Arbil (1).

Sekain, terima kasih.
Jumpa lagi di lain entri...bye...bye...
Wassalam.




                         
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Maruah Harus Ditebus"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top