sensasi2020

10 September 2012

Pantun Nasihat

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia........
Salam Sejahtera......semua.......!!!


                                                PANTUN NASIHAT

Nasihat diberi banyak pengertian,
Ada yang baik dan ada yang jahat,
Harus ditangani dengan penuh perhatian,
Barulah teguran itu adalah nasihat.

Carilah masa yang paling sesuai,
Untuk memberi nasihat kita,
Janganlah pula kita cuai,
Takut nanti nasihat diberi sia-sia.

Kata-kata diguna biarlah elok,
Untuk memberi nasihat berguna,
Kalau tak kena cara boleh merajuk,
Susah pula nak pujuk semula.

Berilah perangsang kepada mereka,
Agar yang dinasihati itu boleh menerima,
Cukup sekadar pesanan yang bermakna,
Bagi menjana pemikiran yang bijksana.

Perhatian yang lebih perlu ada,
Bagi menyakinkan segalanya sempurna,
Untuk menambahkan pengetahuan kita,
Demi kehidupan masa depan yang mulia.

Pasrah di atas segala yang ada,
Kehidupan kita ada pengertiannya,
Harus diterjemahkan semaksimumnya,
Segala usaha dikerjakan memcapai objektifnya.

Inilah nasihat paling berjaya,
Jika ia memberi banyak ertinya,
Supaya segala usaha mencapai tujuannya,
Bagi melengkapkan segala teguran kita.


Sekian, terima kasih.

Jumpa lagi dilain pantun......Bye...bye....!!! 



Share This