Tiga Tahun Akan Datang! - Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.


Assalamualaikum......








Salam 1 Malaysia........
Salam Sejahtera........semua.....!!!



     
       

           Sebelum bermula kisah untuk dikisarkan apa kata kita hayati dahulu pantun yang saya tintakan di sini buat tatapan rakan-rakan sekalian.


                                          Pantun Perancangan Dan Impian

Tugasan pertama sudah disiapkan,
Bermulanya tugasan kedua pula,
Kena fikirkan apa yang ingin disampaikan,
Supaya tidak lari drpd landasan dirangka.

Amat menarik untuk disampaikan,
Agar sesiapa dapat memahami,
Gunakan sebaik mungkin masa yang diberikan,
Bagi memastikan segala perancangan tidak lari.

Cukup menarik contest eizil.com ini,
Kudrat yang ada memainkan peranan,
Fikiran yang tenang mesti selari,
Mampukah dilakukan demi sebuah impian.

Berkat ketabahan dan kesabaran,
Perancangan diatur mesti berani,
Agar segala impian menjadi kenyataan,
 Barulah rancangan boleh direalisasi.

Hanya iringi doa perlu dipohonkan,
Agar segala kerja dapat disempurnakan,
Untuk teruskan tugasan yang telah diamanahkan,
Agat tercapai segala perancangan.

Kalau dah sampai di tengah lautan,
Pasti mahu mudik ke muara,
Kalau dah diambil tugasan,
Perlu dibereskan sampai ke akhirnya.


Sekadar gambar hiasan
        
Perancangan Dan Impian 3 Tahun Akan Datang!

       Apa dimaksudkan perancangan, dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ialah perbuatan (tindakan, usaha) merancang(kan) sesuatu; ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan dan sebagainya.
      Apa pula dimaksudkan dengan impian, dalam kamus dewan dan pustaka ialah mengidamkan, mengharapkan sangat, mengangan-angankan.
                                         
       Dalam apa jua rancangan, perlu memasangkan impian atau angan-angan. Jangan jadi angan-angan Mat Jenin. Satu kisah di zaman kanak-kanak dulu, kisah dongeng. Cikgu sering bercerita tentang si Mat ini. Hanya memasang angan-angan tapi kerja satu apapun tidak buat. Hinggakan satu hari dia berangan di atas pokok kelapa. Dalam dia asyik berangan tanpa tidak disangka-sangka dan diduga dia terjatuh ke bawah tanpa beliau sempat habis memasang impian. Kalau tidak kerana beliau terjatuh dah pasti sudah menjadi jutawan.

                                                                                                         
    Dalam kisah dongeng tersebut, boleh disimpulkan bahawa segala perancangan dan impian akan berkubur kalau tiada diusahakan. Segala pemikiran jauhnya telah membuka mata semua orang bahawa setiap benda itu tidak mustahil, asalkan kita berusaha. "Usaha Memang Tangga Kejayaan".

         
      Di sini kita diberi tugasan kedua dalam Kategori Penulisan Terbaik oleh tuan punya contest http://www.eizil.com/perancangan-dan-impian/ , setelah tugasan pertama dah saya entrikan, lihat tugasan pertama saya dulu di sini. Namun masih ada masa lagi untuk rakan-rakan lain untuk join bersama. Ambillah kesempatan selagi masa masih ada, sebelum ianya akan berakhir pada 30 September 2012.
                      
       Berbalik kepada perancangan itu tadi, ramai dah mula berkira-kira hendak meningkatkan income, traffik link, SERP (Search Engine Rangking Position), PageRank Google, PageRank Alexa, SEO (Search Engine Optimization) dan sebagainya. Begitu jualah diri ini. Mula-mula sekadar mengisi masa lapang. Ingin berkenalan mencari rakan-rakan blog lain untuk bertukar-tukar pendapat dan info-info serta tip-tip dalam menghasilkan sebuah blog yang menarik untuk dilawati oleh pembaca lain. 
                                                      
     Demi untuk mencapai target 3 tahun perlukan perancangan:


1-Lihat Kedudukan Kita Di Awal Penglibatan Sebagai Penulis Blog.
       
      Di permulaan mencipta sebuah blog di blogspot.com hanya berpandukan kepada information yang diberikan. Bermula pada June 2010, saya mula mengorak langkah dengan menggunapakai nama sensasi2020.com. Mula langkah dengan blogwalking di blog-blog terkenal seperti Denaihati.com, arifshah.com, yanmieonline.com, shahrilhafiz.com, teratakusang.com, cikgunaman.com dan sebagainya.  Masa tu orang yang pertama membalas komen adalah kak iza (teratakusang.com). Dialah yang memberi perangsang dan galakan untuk terus aktif. Terima kasih buat teratakusang.com dan tidak lupa juga cikgunaman.com yang selalu menolong saya dalam soal berblog ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

 #3 Tahun Akan Datang : Mahu menjadi seperti mereka yang dah ternama, namun 3 tahun akan datang apa-apapun boleh terjadi/berlaku. Gunakan cara mereka lakukan sesuatu terhadap blog mereka, tip-tip, info-info serta strategi perlu ada jika mahu kedudukan kita dalam 3 tahun akan datang lebih baik daripada sekarang.


  Duduk sama tinggi berdiri sama rendah,
Duduk tengah fikir apa perlu ditambah,
Duduk biar betul takut nanti rebah,
Duduk kena bersyukur hidup tidak resah. 

Kelibat yang datang penuh mencurah,
Rezeki yang Tuhan beri amat pemurah, 
Banyakkan berdoa agar blog ini diterjah,
Barulah traffik blog boleh bertambah.
                                           

2-Ke Mana Hala Tuju Kita Selepas Ini?


      Tidak lama selepas itu, sensas2020.com, mula mengorak langkah dengan memasang widget di blog bagi menambahkan lagi kecantikan blog ini. Pasang Banner blog yang terkenal seperti Denaihati, buat backlink dengan blog beliau dan yang terbaru adalah eizil.com. Membuat komen juga amat aktif supaya bila mana kita pergi komen di blog mereka, ada yang membalas komen kita bila kita komen di blog mereka. Kita boleh tinggalkan backlink di blog mereka. Sekarang ni masih aktif memberi komen di blog denaihati.com

 # 3 Tahun Akan Datang : Sebagai menambahkan lagi aura blog sensasi2020, saya perlukan domain sendiri dengan membeli sensasi2020.com di RockSoft.com.my dengan harga RM35 setahun. Ini adalah untuk jangka masa panjang, mungkin tiba masanya nanti akan membeli hosting pula. Insya Allah......tercapai hajat. 

Dengan adanya domain sendiri dapat mencari penaja atau membuat duit secara online seperti menyertai affiliate, e-book, jual produk, advertorial dan mencari iklan untuk dimuatkan di blog kita. Jika diizinkan Allah Taala atau jika ada rezeki mahu pendapatan dalam 4 angka. Janganlah kita bandingkan dengan nama-nama blog yang dah ternama, cuma sebagai pendorong untuk kita lebih atau setanding dengan mereka.

                                               
Beli Domain sensasi2020.com di Rocksoft.com.my

 Halakan tujuan kepada yang asal,
Jangan melencong ke arah songsang,
Apa dijadualkan tidak pernah menyesal,
Apa dirancang membawa gemilang.


Perjalan jauh harus diteruskan,
Berhenti di tepi tidak sekali,
Hendak mengapai bintang di awan,
Rembulan mengambang pasti menyinari.


3-Menyertai pelbagai program Untuk Lebih Menyerlah Lagi Blog/Entri Kita.

        Semasa adanya "Contest Gadget Impian" saya juga sertai tapi tidak terpilih ke 10 peserta terbaik ke peringkat seterus. Maka saya pun mulalah komen di entri rakan-rakan yang terpilih. Dua blog yang dipilih ketika itu iaitu, cikgunaman.com dan  Normj1001.blogspot. 

      Di sinilah bermulaan komen dengan berbalas pantun sesama mereka. Bila cikgunaman dah jauh ketinggalan mulalah beralih arah ke MJ@CoLoTeH MyraJay (Normj1001.blogspot). Maka dalam keghairahan memberi komen terbanyak dapatlah juga hadiah saguhati daripada beliau. Wang tunai berjumlah RM???. Masa contest inilah nama sensasi2020 dah mula dikenali di alam maya sebagai seorang pemantun. Dalam setiap entri biasanya diselitkan beberapa rangkap pantun buat santapan para pelawat yang mengemari pantun.

                              
        Di bawah ini, adalah beberapa barangan atau hadiah sepanjang berblog di dunia serba canggih ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar nak cerita serba-sedikit dengan apa yang diperlukan dalam tugasan ke 2, contest pertama besar-besaran di eizil.com.
Dapat Pemenang Pertama Sebagai Komen Terbanyak Dalam Contest CoLoTeH MJ

Hadiah Saguhati Contest MohdZaid.com




Menang Dalam Contest Juara Euro 2012 di Denaihati.com
# 3 Tahun Akan Datang : Bukannya nak lebih lagi menyertai apa-apa contest, giveaways, teka-teki, komen terbanyak, jawapan paling cepat dijawab, ramalan siapa juara, dan sebagainya, tapi nak lakukan yang sebaliknya. Contohnya membuat contest sendiri pula, biar orang lain yang menyertai  pula contest yang kita buat. Hadiah disediakan biar menarik seperti hadiah wang tunai hadiah gadget terkini, hadiah sampingan/saguhati yang menarik. Mungkin 3 tahun dari sekarang ia dapat direalisasikan.  Insya Allah...Doakanlah segalanya terhadap blog ini supaya ianya menepati segala kehendak tuan punya blog ini.


Program diatur penuh tersusun,
Susunan dihimpun amatlah indah,
Harapan segunung tinggi lagi dimohon,
Agar segala impian dapat diratah.


Perancangan dan impian biar dipatri,
Supaya hubungan menjadi dekat,
Segala kemahuan boleh dimiliki,
Jika tujuan asal digenggam erat.
 
Mahukan Income Lebih Sebagai Penulis Blog
                                                                                

4- Sentiasa Fokus Dalam Sesuatu Pekerjaan, Tindakan Dan Harapan.
     
     Dalam apa jua bidang diceburi, baik sebagai penulis blog, penjual, peniaga, petani, nelayan atau apa-apa saja pekerjaan kena fokos pada kerja yang kita lakukan. Kena tingkatkan ke peringkat lebih daripada 100% jika mahu merubah segala yang ada sekarang kepada yang lebih baik lagi. Memberi kita keyakinan, tiada sesuatu yang mustahil dalam dunia ini jika ada kemahuan dan harapan. Bertindaklah dari sekarang supaya segala rancangan berjaya dan segala impian menjadi realiti.
# 3 Tahun Akan Datang : Sentiasa mengupdate entri/blog kita supaya sentiasa bergerak ke hadapan, kena tukar template mengikut keadaan semasa, header juga perlu berubah dalam masa-masa yang perlu kita tetapkan  yang membuat pelawat terpegun dengan rekaciptanya, ada banner yang menarik supaya pelawat ada minat untuk meletakkan di blog mereka. 

Dalam mencari sesuatu tindakan,
 Kena pastikan ianya adalah harapan,
Harapan agar segala pekerjaan,
Sentiasa fokus dalam perancangan.


Bergerak ke hadapan dengan tenang,
Mudiklah diri dalam ketenangan,
Bertindaklah dengan peluang yang terhidang,
Minat di hati kenalah teruskan.  
5-Ambil Berat Terhadap Segala Keputusan Yang Dibuat.
       
       Perlukan perhatian dengan mengambil berat dalam segala hal, tidak kira ianya remeh, mudah, berat, sukar dan dalam apa jua situasi. Sentiasa bersedia jika diperlukan, cepat membuat keputusan supaya tiada kerja yang tertangguh, tergendala dan terabai. Jika adapun jangan ambil masa yang lama. Takut nanti ia akan menjejaskan segala perancangan yang kita targetkan/sasarkan.

# 3 Tahun Akan Datang : Tidak membiarkan semua pelawat/pelanggan tertunggu-tunggu apa seterusnya yang akan kita lakukan. Contohnya membalas komen diberi, menjawab setiap pertanyaan, memberi penerangan sejelas-jelasnya supaya tiada kekeliruan yang timbul, menghantar hadiah yang dimenangi oleh peserta secepat yang mungkin, janji ditepati, masa perlu disetkan mengikut apa yang kita cakapkan, ada jadual perancangan yang dibuat dan sebagainya. 

 Berat lagi mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Berat lagi keputusan dikendung,
Berat lagi fikiran yang tersimpul. 


Keputusan dibuat ada tujuannya,
Bagi meningkatkan sesuatu perkara,
Perhatian yang lebih ada keistimewaannya,
Bagi mencapai perancangan yang dirangka.

 
6-Biar Ada Hala Tuju.
     
      Apa yang kita rancang, biar ada matlamat atau hala tuju. Ke destinasi mana yang harus dituju? Hala tuju kita biar betul supaya tidak lari daripada perancangan dan impian kita. Dalam minda sering terfikir adakah aku ini dah lari daripada perjuangan asal? Biarlah apa orang nak katakan! Biarkan...kan!, Biar...kan! Macam "si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya".

# 3 Tahun Akan Datang : Jadikan blog sensasi2020.com berada dalam top 10 di Malaysia. Inilah hala tuju yang mesti dilakukan. Asalkan kita yakin dan mampu lakukan . Orang lain boleh "Kenapa Kita Tidak Boleh?". Apa kurangnya kita?, kita sama sahaja! Cuma yang membezakan kita dengan yang lain mungkin dari sagi nama domain dan matlamat dan hala tuju mungkin sama tapi berlainan citarasa.

Hala tuju mestilah selari,
Perjuangan asal boleh direalisasi,
  Bukan sekadar hanya kehendaki,
Tapi kena ada didikasi.

Takut bertindak membawa padah,
Tindakan diambil biarlah betul,
Perjalanan dilalui tidak boleh rebah,
Supaya segala masalah tidak timbul.  

 7-Berwawasan Dalam Mencorakkan Sesuau Yang Kita Lakukan.
   
        Tidak takut melakukan sesuatu demi mencapai hajat yang diingini, Banyak belajar, bertanya sesuatu daripada orang yang lebih berpengalaman, menimba pengalaman, sentiasa mencari kelainan, penuh didikasi, tinggi cita-cita, tekad, rajin membuat kajian, menganalisis sesuatu benda, gandakan usaha ke arah prestasi yang cemerlang dan sebagainya.

# 3 Tahun Akan Datang : Dengan berbekalkan pengalaman yang ada dan segala macam cara seperti di atas, segala wawasan yang dicorakkan boleh memainkan peranan yang penting dalam menaikkan penjenama sensasi2020.com ke arah yang lebih profesional.
 Dengan ini bukan kita yang mencari tapi orang yang akan mencari kita. Segala tawaran datang mencurah-curah. Ini akan memberi satu kepuasan yang amat jitu. Apa lagi yang diharapkan jika semua ini menjadi satu madah dan wadah agar segala keperluan dan kemahuan boleh memberi sinar harapan kepada kehidupan kita untuk selama-lamanya.


Yang bulat tak datang bergolek,
Yang pipih tak akan datang melayang,
Yang hebat datang dengan molek,
Yang baik akan datang bertandang.


Wawasan dibuat penuh tujuan,
Bagi mencapai hajat yang diingini,
Ke arah mana patut ditekadkan,
Kalau hanya sekadar mimpi. 

         Semangat menaip berkobar-kobar, bagi menyiapkan sebuah entri. Dalam sepanjang kehidupan, inilah yang pertama saya ambil masa 3 hari untuk disiapkan menjadi sebuah entri. Segala keringat dan kudrat tertumpu pada blog ini. Kenapa begitu sekali kemahuan dan harapan dilakarkan di entri ini. Menjadi titik sejarah yang tidak dapat dilupakan. Tumpuan dan ketelitian diambil kira sebelum dipatrikan menjadi sebuah entri "3 Tahun Akan Datang!-Perancangan Dan Impian yang Ingin Dicapai".

        Apalah yang dikejar hingga sedemikian rupa? Apakah keistimewaan entri ini? Cukupkah untuk berada  di dalam sebuah contest untuk diadili? Mampukah ia menjadi satu entri yang terbaik? Mungkinkah ada lagi tugasan yang perlu dilalui? Atau sekadar cukuplah saja di sini.

        Perjuangan harus diteruskan, segala keringat dah diluahkan, hasilnya belum tentu dapat digenggam, hanya pada Allah tempat memohon sesuatu. Segala hasrat, harapan, perancangan dan impian menjadi kenyataan adalah dengan kehendakMu. Berserah dan bertawakal itulah yang terbaiknya. Maka berakhirlah sebuah tugasan yang kedua dalam contest pertama secara besar-besaran daripada eizil.com

         Rakan-rakan yang lain jangan lagi membuang masa, tugasan kedua kan berakhir pada 12 Oktober 2012. Buatkan yang terbaik supaya mendapat sesuatu daripada tuan empunya contest eizil.com.

       Terima kasih tidak terhingga buat rakan-rakan yang sudi beri komen, buah fikiran (idea), dorongan, galakan, panduan, nasihat, tip-tip, info-info, rahsia, strategi,  dan sebagainya.

Sekian, terima kasih.
Jumpa lagi dilain entri.....bye...bye....!!!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Tiga Tahun Akan Datang! - Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top