Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?

Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia........
Salam Sejahtera.......semua........!!!


                                                                                    
                                                                               
Pantun Pekerja 

Pekerja swasta menjadi mangsa keadaan,
Mereka menjadi bertambah celaru,
Apa yang patut mereka lakukan,
Jika segala ketetapan kerajaan diragu.


Inilah masanya pekerja dapat nikmati,
Setelah sekian lama tidak diperduli,
Kerajaan telah melakukan perkara yg disukai,
Tapi pihak swasta pula semakin nak lari.


Jika beginilah cara nak atasinya,
Jika tanpa sokongan majikan,
Adakah semua ini boleh dilaksana,
Seandainya tiada tindakan daripada kerajaan.


Kerajaan harus mengambil perhatian, 
Supaya majikan swasta wajib patuhi,
Baru segala perancangan dapat dilaksanakan,
Semua ini sudah lama ditunggu oleh pekerja seperti kami.   
        


                                                                                            

         Pada 1 Mei 2012 yang lalu sempena "Hari Pekerja" PM Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan penetapan gaji minimun bagi pekerja swasta mengenai kadar gaji minima sektor swasta di mana Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.


        Walau bagaimanapun, pihak pembangkang ( Pakatan Rakyat ) mengsyorkan pada tangga RM1200 sebulan, tapi kerajaan menetapkan pada RM900. Ini mengambil kira keadaan semasa juga daripada pihak majikan swasta serta pelbagai pihak. Untruk keterangan lebih lanjut tentang perkara ini boleh rujuk di laman sesawang http://1malaysia.com.my/news_archive/penetapan-gaji-minima-pekerja-swasta-pemangkin-kepada-peningkatan-produktiviti/. 



                                                                                        

     Tapi kebanyakan pihak swasta tidak setuju dengan takrif yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kerana bagi mereka ini akan meningkatkan kos operasi. Jika dilaksanakan akan membuat satu bebanan kewangan yang mereka hadapi. Bagi mengurangkan kos operasi mereka terpaksa memberhentikan pekerja yang tidak produktif. Ini akan meningkatkan kes penggangguran di Malaysia.


     Ada juga majikan ( swasta ) yang membuat penetapan sendiri dengan membuat satu perjanjian dengan pekerja mereka dengan membuat satu dokumen berasingan dan ditandatangani oleh pihak pekerja. Iaitu dengan cara mengekalkan pekerja dengan gaji asal mereka jika mahu terus bekerja atau diberhentikan kerja jika mahukan gaji minimun RM900. Mereka juga terpaksa menutup operasi cawangan mereka dan hanya mengekalkan kilang utama sahaja.


       Apakah reaksi dan pendapat anda semua tentang perkara ini? Bagaimana pula tentang dokumen yang mereka lampirkan untuk pekerja mereka tentang perjanjian tersebut? Adakah sah disisi undang-undang?Jika berlaku juga apakah perlu pekerja melaporkan kepada pihak Kesatuan Pekerja atau Jabatan Buruh?


Sekian dahulu buat kali ini....
Terima kasih diatas kunjungan anda serta komen anda.
Bersua kembali dilain entri........

               
         
   
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top