sensasi2020

Salam Maal Hijrah 1434 H | sensasi2020 Salam Maal Hijrah 1434 H - sensasi2020

Salam Maal Hijrah 1434 H

Assalamualaikum...........
Salam 1 Malaysia..........
Salam sejahtera........semua.....!!!



Salam Maal Hijrah 1434 H 

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah 


                                                                          
           Selamat menyambut tahun baru hijrah pada 1 Muharram bersamaan 15 HB NOVEMBER 2012 untuk kali ini. Salam Maal Hijrah buat umat Islam di seluruh dunia, semoga tahun baru ini dunia dalam keadaan sejahtera, makmur dan aman sentosa tanpa sengketa. Insya Allah....


                                   
                                          Hayatilah Lagu Maal Hijrah ini 
 





Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

        

     DOA AKHIR TAHUN








  • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
  • Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca Doa Akhir Tahun ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
                                                 

                                           DOA AWAL TAHUN  




  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu malam Khamis).
  • Barangsiapa membaca doa Awal Tahun ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 
     Semoga rakan-rakan semua dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya. Semoga Tahun baru ini memberi satu nafas dan azam baru untuk merealisasikan cita-cita dan hajat serta hasrat untuk terus maju jaya dalam bidang masing-masing dengan perancangan yang telah diatur pada tahun sebelumnya.

         Berhijrahlah ke arah kebaikan, lebih baik daripada masa lalu. Kita harus memandang ke hadapan dan jadikan masa lampau sebagai pengajaran.


 Sekian, terima kasih...

Wassalam........

Bersua lagi di lain entri.....Bye   bye...!!!


Tag : KEAGAMAAN
0 Komentar untuk "Salam Maal Hijrah 1434 H"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top