Slot Yang Paling Digemari "Anda Tanya Eizil Jawab".

Assalamualaikum......
Salam 1 Malaysia........
Salam Sejahtera.......semua...........!!!!





Anda Tanya Eizil Jawab


Kena tanya Eizil dalam situasi begini.
Segala kemuskilan ada sebab,
Satu segmen menarik untuk disertai,
Anda tanya Eizil jawab.

Segala masalah ada penyelesaian
Dialau-alukan kalau berminat,
Penyertaan rakan-rakan menambah lagi kemeriahan,
Untuk bertanya apa-apa soalan yang berhajat.

Slot ini dah bermula,
Tanyalah soalan yang diperlukan sudah semestinya,
Bagi mencapai matlamat segmen yang ada,
Dalam "Anda Tanya eizil Jawab" slot menjadi bual bicara.


            Tahniah dan terima kasih buat saudara Eizil. Semenjak mula mengenali saudara Eizil (eizil.com) di arena blogger pada tahun ini 2012 dan Tuan Amir (denaihati.com) pada tahun 2011, saya semakin menarik minat terhadap 2 blogger yang sentiasa memberi terhadap rakan-rakan bantuan jika diperlukan. 2 orang yang saya perkatakan tidak lain tidak bukan Denaihati.com dan eizil.com.

         "Hidupkan Untuk Memberi" dan "Rencah Kehidupan Seharian" menjadi satu idola bagi saya untuk terus hidup sebagai seorang penulis blog yang terus berjalan ke destinasi untuk dituju dengan matlamat yang sentiasa tertanam dalam hati ini.

           Sebut saja eizil.com dan Eizil Network, mereka rakan mula perasan tentang "Contest Pertama Secara Besar-Besaran"  anjuran beliau dan mendapat penyertaan ramai. Sekarang ni masih berjalan, mana yang belum siapkan tugasan terakhir 2.1 dan 3.2 bolehlah cepat-cepat siapkan, ia akan tamat tidak lama lagi iaitu pada 11.11.2012.




            Satu slot yang amat menarik minat saya adalah "Anda Tanya Eizil Jawab". Ia memberi satu "Perkhidmatan Masyarakat"  untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat disamping menjalankan kewajiban kita sebagai umat di muka bumi ini. 

            Beliau bukan sekadar ingin memperkenalkan satu slot perkhidmatan baru di blognya iaitu “Anda tanya Eizil jawab“, ia mungkin juga akan menggantikan slot “Khidmat Blogger” yang telah diberhentikan sekian lama. Anda boleh bertanyakan soalan dengan mengisi borang yang beliau telah sediakan atau anda boleh pergi ke halaman Anda tanya Eizil jawab untuk mengisi borang yang sama.

         Setiap minggu beliau akan cuba untuk menjawab beberapa soalan atau satu soalan yang memerlukan penerangan yang panjang lebar. Sekiranya jawapan itu perlu dibuat dalam bentuk tutorial, Insya Allah beliau akan adakan tutorial berkaitan dengan soalan itu yang akan dikongsikan. Ini adalah salah satu cara untuk beliau menyumbang kepada arena blog atau alam maya tanahair. "Semoga projek kali ini akan berkekalan lebih lama berbanding khidmat blogger sebelum ini", katanya dalam blog beliau "Anda Tanya Eizil Jawab".     
Ini Adalah slot yang beliau perkenalkan #Siri 1.
          Semoga dengan adanya slot begini di blog beliau, dapatlah rakan-rakan semua atau yang baru seperti saya bertanya apa-apa soalan yang menjadi kemuskilan di minda dan fikiran kita selama ini berkaitan dengan arena blog atau seangkatan dengannya untuk cuba bertanya kepada beliau.

          Ini juga salah satu "Khidmat Masyarakat" untuk saya pula untuk memperkenalan slot yang menarik ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan.



          Sekian dahulu untuk kali ini, bersua lagi di lain entri.......!!!

Sekian, terima kasih.......

Wassalam...........


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Slot Yang Paling Digemari "Anda Tanya Eizil Jawab"."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top