Jelajah Janji Ditepati-7 Projek Besar Menanti Rakyat Kelantan

Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia.......
Salam sejahtera........semua.......!!!!




JELAJAH JANJI DITEPATI

Janji ditepati sentiasa diberi,
Untuk memikat rakyat di hati,
7 projek besar sedang menanti,
Hanya menunggu masa diberi.


Perjalanan jauh laluan berliku,
Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai sedia terbina,
Dek kerana kesibukan jalannya di situ,
Masjid terbesar juga sedia terlaksana.


Gambar Hiasan - Projek Lebuhraya Dan Masjid

Bolasepak Di Kelantan menambat dihati,
Stadium tersergam indah bakal didiri,
Rapid Kota Bharu boleh dinaiki,
Senang ke sana ke mari dalan satu destinasi.

Gambar Hiasan - Rapid kota Bharu Dan Stadium Kota Bharu
Orang ramai dahagakan pembangunan kini,
Universiti Teknologi Mara sedia dirasai,
Bila saja ramai yang belajar di universiti,
Masalah air juga diberi keutamaan nanti.

UiTM Dan Perumahan Rakyat Di Sekitarnya

Apabila saja universiti terbina di sini,
Pasti penghuninya ramai siswa-siswi,
Perumahan rakyat juga bakal didiami,
Untuk kesenangan dikemudian hari.




Ke mana saja sentiasa dinanti,
Membawa jelajah janji ditepati,
Binatang berpegang pada tali,
Manusia berpegang pada janji.


  
Sekian, terima kasih.
Bersua lagi di lain entri......bye...bye....!!!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Jelajah Janji Ditepati-7 Projek Besar Menanti Rakyat Kelantan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top