Berita Sensasi Terkini - Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13

Salam sejahtera....
Salam 1 Malaysia.....!!!

PRU13, tarikh pilihanraya, tarikh mengundi, penamaan calon, kempen,
PRU 13 - Tarikh PRU13 Pada 5 Mei 2013
                 Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia, setelah PM Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 3 April 2013 yang lepas telah membubarkan parlimen dan Menteri Besar di negeri-negeri di seluruh Malaysia telah membubarkan DUN masing-masing pada 4 dan 5 April 2013. Hari ini SPR telah mengumumkan tarikh pilihanraya umum pula.

Parti bertanding, BN,PAS,DAP,PKR,BEBAS
Parti-Parti Yang Bertanding
           Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 20 April 2013 sebagai penamaan calon, sementara tarikh pengundian awal ( dahulu sebagai pengundi pos) pada 30 April 2013 dan pilihanraya umum di seluruh negara pada 5 Mei 2013 kecuali Sarawak.

Sumber - Sinar Harian
                  SPR memberi tempoh berkempen selama 15 hari setelah selesai bermesyarat khas. Seramai 23,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini. Pengundian terhadap PARLIMEN adalah 222 kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak 505 kawasan. 

Tarikh 5 Mei 2013, tarikh pilihanraya, tarikh undi, penamaan calon
PRU13 - 5 Mei 2013

Untuk Semakan Daftar Pemilih

SPR, Daftar pemilih, pilihanraya, daftar pemilih
PRU13 - SPR Umum Tarikh Pilihanraya
Tarikh semakan  daftar pemilih pada 15 April 2013 di seluruh Malaysia. 
Jika ingin semak secara online boleh layari di :  http://pru13.gov.my/  @  http://www.spr.gov.my/

Jika melalui SMS boleh diikuti seperti berikut :
Taipkan: SPR<jarak>SEMAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888 

                      Selamat mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia, undilah dengan jujur, ikhlas, wajar dan tepat untuk memilih kerajaan baru yang akan dibentuk nanti. Fikirlah undi kita untuk anak, cucu, cicit kita di masa hadapan. Semoga PRU13 kali ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berita Sensasi Terkini - Tarikh Pilihanraya Umum Ke 13"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top