Surat Penghargaan Dan Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri

Salam 1 Malaysia........



             Nampaknya semakin hari semakin banyak surat, warkah, buku kecil, risalah meminta agar mengundi parti masing-masing. Surat daripada PM adalah "Pesanan Ikhlas". "Sekecil-Kecil Usaha Membawa Perubahan Yang Besar".


                  PM mengharapkan agar kita dalam keadaan sihat sejahtera. Ini memastikan kesihatan kita dalam keadaan terbaik. Bila dalam keadaan sihat, bolehlah keluar mengundi pada 5 Mei ini. Beliau juga mengharapkan agar kita dapat wang BR1M. Bertapa perihatinnya PM kita terhadap rakyatnya hinggakan menghantar surat penghargaan sedemikian rupa.


                    Sepanjang Malaysia di perintah oleh PM terdahulu, belum pernah dapat banyak bantuan seperti ini. Bukan ini saja, beliau menciptakan satu slogan yang dapat memenuhi hati rakyat iaitu 1 Malaysia. "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Ini menunjukkan ada tranformasi ke arah kebaikan yang diterapkan oleh beliau. Banyak juga apa yang tidak dikehendaki oleh rakyat ditunaikannya. Kata beliau "bukan semua dapat memuaskan hati semua pihak". 


                Pesanan terakhir beliau di dalam suratnya adalah "Pelbagai lagi Usaha Yang Akan Dijana Bagi Memberi Manfaat Yang Lebih Besar Kepada Seluruh Warga Malaysia". Satu ikrar dan akujanji beliau untuk PRU13, kesanggupan beliau amat dipuji. Beliau mengharap rakyat Malaysia keseluruhan akan memberi mandat yang besar kali ini supaya dapat meneruskan kesinambungan kerajaan baru nanti. Yakin atau terdesar, kita tunggu keputusannya PRU13 diumumkan nanti.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Surat Penghargaan Dan Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top