Qaryah Ramadhan

Assalamualaikum....
Salam sejahtera..........


QARYAH RAMADHAN


majlis berbuka puasa,solat sunat tarawih,solat maghrib,qiamullai
Qaryah Ramadhan 2013

              Qaryah Ramadhan adalah acara tahunan yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan. Apabila masuk bulan Ramadhan, tempat ini iaitu berdekatan dengan Stadium Sultan Muhammad ke IV (Dataran Stadium) akan dibinakan khemah besar yang berhawa dingin untuk majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan solat sunat Tarawih dan lain-lain acara lagi.

kuih berbuka puasa, kurma,air soya
Kuih berbuka puasa
                   Boleh dikatakan beribu orang yang hadir untuk majlis berbuka puasa. Sementara itu, hanya kuih, buah kurma/tamar disediakan untuk berbuka puasa dan nasi bungkus akan diberi selepas saja solat Maghrib selesai.


acara tahunan,majlis berbuka, solat maghrib,solat sunat tarawih, bacaan al quran
Para Pengunjung Di Qaryah Ramadhan 
                    
                     Nasi bungkus ada pelbagai jenis, antaranya nasi kukus, nasi lauk gulai ayam, nasi beriani, nasi minyak, nasi lemak dan sebagainya. Nasi yang dapat ni tidak menentu, ia mengikut nasib apa yang kita dapat? Bagi kami, tak kisah nasi lauk apapun, janji dapat berbuka puasa di situ dengan pengunjung lain yang hadir ke situ. Boleh dikatakan tiap-tiap hari keluarga kami pergi berbuka di sana.




                 Pada 10 Ramadhan (19 Julai 2013) baru-baru ini, satu majlis besar telah diadakan.  Majlis ini adalah sempena dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus "Majlis Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus". Boleh dikata beribu-ribu orang yang hadir pada petang itu. Majlis yang penuh bermakna ini menjadi sejarah bagi penduduk Kota Bharu dan Kelantan amnya. Pelbagai soalan diajukan pada petang itu. Ia berkisar tentang isu-isu keagamaan. Untuk lebih lanjut boleh lihat video di atas.

           Sementara solat Tarawih, kerajaan negeri telah menjemput iman-iman daripada negara Mesir iaitu 2 orang imam solat tarawih Qaryah Ramadhan iaitu Syeikh Hisham Abdul Bari dan Syeikh Ahmad Tamim.


Acara Yang Diadakan Sepanjang Bulan Ramadhan 


1 Ramadhan 1434H/10 Julai 2013 (Rabu)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Dato’ Mohd Amar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Besar )

2 Ramadhan 1434H/1 Julai 2013 (khamis)
Majlis Perasmiaan Khemah Terawih (Qaryah Ramadhan) oleh: 
YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan

3 Ramadhan 1434H/12 Julai 2013 (Jumaat)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Dr. Yusnan b Hj. Yusof (Timbalan Exco)

4 Ramadhan 1434H/13 Julai 2013 (Sabtu)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Ahmad Fadhli Bin Saari.

5 Ramadhan 1434H/14 Julai (Ahad)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Ustaz Dato’ Hj. Nasarudin b. Hj. Daud (Exco Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Serantau)

6 Ramadhan 1434H/15 Julai 2013 (Isnin)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Muhamad Bin Mustafa

7 Ramadhan 1434H/16 Julai 2013 (Selasa)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Ustaz Marzuk Bin. Hj. Shaari (Ahli Parlimen Bachok)

8 Ramadhan 1434H/17 Julai 2013 (Rabu)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Interaktif Al-Quran (Selepas Solat Terawih)

9 Ramadhan 1434H/18 Julai 2013 (Khamis)
Program Tadarus Al-Quran Muslimat (8.30 pg)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli b Dato’ Hj. Hassan (Exco Pembangunan Insan & Pendidikan Tinggi)

10 Ramadhan 1434H/19 Julai 2013 (Jumaat)
Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus (5.00 ptg)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Hj. Saibon Bin Ismail (Jabatan Mufti Kelantan)

11 Ramadhan 1434H/20 Julai 2013 (Sabtu)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Ab Fatah Bin Jafar.

12 Ramadhan 1434H/21 Julai 2013 (Ahad)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Ustaz Abdullah Yaakob (Speaker DUN Kelantan)

13 Ramadhan 1434H/22 Julai 2013 (Isnin)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Nor Azariza Bin Mohd Alawi

14 Ramadhan 1434H/23 Julai 2013 (Selasa)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Ab Rashid Bin. Ab Latif

15 Ramadhan 1434H/24 Julai 2013 (Rabu)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
YB. Ustaz Ab Latif Bin Ab Rahman (Timbalan Speaker DUN Kelantan)

16 Ramadhan 1434H/25 Julai 2013 (Khamis)
100 Kali Khatam Al-Quran (10.00 mlm)

17 Ramadhan 1434H/26 Julai 2013 (Jumaat)
Bicara Nuzul Al-Quran oleh : 
Dr. Abdul Basit Bin. Abd. Rahman (9.30 mlm)

18 Ramadhan 1434H/27 Julai 2013 (Sabtu)
Wacana Sirah Nabi s.a.w (2.00 ptg) 
1. Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah
2. Dr. Abdul Basit Bin Abd. Rahman
3. Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Tazkirah antara dua salam oleh : 
YB. Ust. Nasrudin Hj. Hassan Al Tantawi (Ahli Parlimen Tendong)

19 Ramadhan 1434H/28 Julai 2013 (Ahad)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Mohd Fikri Hamat

20 Ramadhan 1434H/29 Julai 2013 (Isnin)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
YB. Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Bin Awang (Ahli Parlimen Marang)
Bicara Ghazwah Badar Kubra (10.00 mlm)

21 Ramadhan 1434H/30 Julai 2013 (Selasa)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
Ustaz Mohd Asri Bin Daud

22 Ramadhan 1434H/31 Julai 2013 (Rabu)
Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Fakir Miskin, Armalah, Anak Yatim Dan Saudara Baru serta Iftar Perdana (5.30 ptg)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
Dr. Mohd Azhar Bin Abdullah

23 Ramadhan 1434H/1 Ogos 2013 (Khamis)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
YB. Ustaz Nazlan Bin Hasbullah (Adun Limbongan)

24 Ramadhan 1434H/2 Ogos 2013 (Jumaat)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
YB. Ustaz Hassan Bin Mahmod (Timbalan Exco)

25 Ramadhan 1434H/3 Ogos 2013 (Sabtu)
Program di Ambang Aidilfitri Muslimat (8.30 pg)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh: 
Ustaz Osman Bin Mohd Zain

26 Ramadhan 1434H/4 Ogos 2013 (Ahad)
Sejuta Istighfar (10.00 mlm)

27 Ramadhan 1434H/5 Ogos 2013 (Isnin)
Jejak Lailatul Qadar (3.00 pg)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
Ustaz Nik Mahadi Bin Nik Mahmud

28 Ramadhan 1434H/6 Ogos 2013 (Selasa)
Tazkirah Antara Dua Salam oleh : 
Professor Emeritus Dato’ Dr. Sheikh Omar Bin Abdul Rahman (Pakar Motivasi)

29 Ramadhan 1434H/7 Ogos 2013 (Rabu)
Solat Tasbih dan Takbir Aidilfitri (9.00 mlm)

1 Syawal 1434H/8 Ogos 2013 (Khamis)
Solat Aidilfitri (8.00 pg) oleh : 
YAB. Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan
Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Wassalam......
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Qaryah Ramadhan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top