Aidilfitri Paling Bermakna

Assalamualaikum....
Salam Aidilfitri..........semua!!!

AIDILFITRI PALING BERMAKNA

salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri, suasana hari raya, kemeriahan di aidilfitri, saat kegembiraan di bulan syawal
Aidilfitri bersama Chekgu Naman
             Tiada ertinya Aidilfitri jika tidak mengunjungi sanak-saudara, rakan-rakan mahupun jiran tetangga. Sudah semestinya Aidilfitri adalah hari yang paling sesuai untuk melawati ke mana-mana rumah yang kita ingini. Aidilfitri akan lebih bermakna jika sekian lama kita ingin berjumpa dengan seseorang akan menjadi kenyataan.

1 Syawal:


hari lembaran, salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri
Bergambar Bersama Isteri Dan Anak-Anak Di Aidilfitri
                  Lepas solat sunat Aidilfitri, kami terus ke tempat kelahiran di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Di sana hanya adik bongsu bersama keluarganya yang tinggal di situ. Kedua-dua ibubapa dah lama pergi menemui Allah Taala. Pada tahun ini tak sempat nak ziarah pusara mereka. Hanya bersedekah beberapa ayat suci AL-Quran untuk mereka.


salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri
Keriangan Anak-Anak Di 1 Syawal
                 Biasanya kami sekeluarga pergi ke rumah kakak yang tidak jauh dari tempat tinggal adik bongsu. Sampai saja di rumah kakak, ramai pengunjung berada di situ. Kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah sepanjang kehidupan. Boleh dikatakan semuanya dah kami lawati ke rumah abang, kakak dan emak saudara.



bersama abang ipar, suasana aidilfitri, salam aidilfitri
Bersama Abang Ipar

                   Pada sebelah petangnya pula, saya dapat pangilan telefon. Adik perempuan dan kakak yang tinggal di Kuala Lumpur, ingin berjumpa kerana kami semua tidak sempat berjumpa di sebelah pagi disebabkan ada perancangan lain masing-masing.

                   Berpuas hati sewaktu bersama kakak dan abang ipar, suasana begitu ceria sekali, saling bercerita tentang puasa, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, kerenah anak masing-masing dan pelbagai cerita bila sekian lama tak bersama. Mereka mempelawa ke rumah tumpangan mereka di Taman Seri Dalam Rhu, Tumpat (Homestay). 

                Banyak juga hidangan yang mereka sediakan. Kembung perut dibuatnya. Apa saja makanan nak dicuba dan dimakan, maklum sajalah hari raya serba-serbi ada. Kami pulang ke Kota Bharu lewat malam.

salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri
Berkumpul Bersama Di Aidilfitri

2 Syawal:

 
Salam Aidilfitri, selamat hari raya Aidilfitri, suasana di Aidilfitri
Bersama abang, adik bongsu dan anak saudara
                  Abang saya yang ini pula datang ke rumah adik bongsu hari raya ke-2, terpaksalah kami pulang kembali ke rumah adik bonsu. Mereka mengajak ke hospital USM kerana kawan anak saudara saya masuk hospital akibat barah otak. 

 
pantai PCB, suasana keriangan
Seafood Goreng Celup Tepung

               Setelah saja melawat rakan anak saudara, kami bersetuju ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk menjamu hidangan colek makanan laut( Seafood) celup tepung seperti ketam, sotong, udang, ikan dan sebagainya.

di Pantai PCB, menikmati hidangan
Menikmati Seafood Goreng Celup Tepung Di PCB
                   Setelah puas melawati di sekitar PCB, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Kami pulang di sekitar jam 6 petang.


3 Syawal:

 
di aidilfitri yang mulia
Irfan Dan Baby Alieesya Bersama sepupunya
                    Hari raya ke-3, saya pulang ke rumah mentua di Telong, Bachok, Kelantan. Bertemu dengan dan bersalam serta bermaafan. Sebagai anak menantu, kita juga menganggap mereka tu adalah ibubapa kita juga.

 
selamat pengantin baru dan salam aidilfitri
Majlis Perkahwinan Sepupu
                Kami tidak lama di situ, kerana perlu pergi ke rumah sepupu di kubang Kerian untuk menghadiri majlis perkahwinan. Selesai saja di situ terus pulang ke rumah, setelah penat ke sana ke mari ditambah pula jalan yang sesak sewaktu suasana hari raya sebegini.

4 Syawal:


salam aidlifitri, selamat hari raya
Bersama Bro Syarih Dan Isteri Beliau
                Hari raya ke-4, saya sudah mula bekerja. Saya terpaksa mengambil waktu rehat bekerja untuk ke rumah Bro Syarih. Diantara tempat kerja, rumah dan rumah mentua Syarih tidaklah jauh. Ini memudahkan saya pergi. Saya pulang ke rumah dahulu untuk mengambil anak-anak saya. Kami pergi ke sana lebih kurang jam 2.30 petang.

salam aidilfitri, selamat hari raya
Bersama Bro Syarih
                  Pelbagai hidangan yang mereka sediakan, Sambutan di majlis  rumah terbuka di rumah itu sungguh meriah sekali. "Terima kasih bro Syarih di atas layanan keluarga anda terhadap kami semua".


5 Syawal:


tempahan, sambutan majlis perkahwinan, selamat pengantin baru
Kek Yang Belum Disalut Ising
            Pergi kerja macam biasa, tapi tempahan kek untuk majlis perkahwinan masih lagi rancak. Nampaknya musim ini ramai yang membuat majlis perkahwinan. Ada majlis perkahwinan dekat dengan rumah, saya ada pergi cuma tidak ambil gambar di majlis itu. 


6 Syawal:

 

Dapat SMS Daripada Chekgu Naman

                     Terkejut juga pada hari tu, lihat sms sampai...tak sangka pula datangnya daripada Chekgu Naman. Memang sebelum ini kami dah biasa sms....semenjak isteri beliau mengandungkan Darwisy (anak ke-2). Rasanya dah dekat 3 tahun kami mengenali satu sama lain cuma tidak pernah bertemu.


                   Kami sekeluarga bertolak agak lewat, lebih kurang pukul 6 petang. Maklum sajalah kena habis waktu bekerja dahulu dan ditambah pula ada kenduri perkahwinan kawan saya dekat rumah. Terpaksalah kena pergi ke situ dahulu.

Bergambar Bersama Keluarga Chekgu Naman

                  Kami tiba di Kok Jering, Jalan Gaal, Pasir Puteh lebih kurang jam 7.25 malam. Sebelum tiba di rumahnya kami singgah dahulu di Masjid Mustalisin, dekat Sekolah Kebangsaan Sri Aman untuk solat Maghrib. Lebih kurang jam 8 malam kami sampai di rumahnya.

Kenangan Bersam Chekgu Naman
                  Di sana kami disambut penuh mesra,  Ibu Chekgu Naman, kakak dan adik ipar chekgu Naman pun ada sama. Kami berbual agak panjang jugaklah. Walaupun pertama kali berjumpa namun kemesraan antara kami sekeluarga amat mesra sekali.   

                Kami dihidangkan mee goreng dan biskut raya dan ais oren dan teh 'O' panas.  "Terima kasih Chekgu Naman di atas layanan dan sambutan yang diberikan. Kenangan ini amat manis buat kami dan akan dikenang sepanjang masa.

               Semoga ada hari lagi untuk bersua kembali dengan Chekgu Naman. Rasanya belum puas untuk kami berbicara tentang kegemaran dan lain-lain isu yang berkaitan. Waktu yang singkat begini, perbualan saya dengan beliau bukanlah secara lengkap. Kalau diikutkan hati  banyak lagi nak kami bualkan, mungkin lain kali saja ya Cikgu.......Insya Allah, jika ada umur yang panjang.

                Secara keseluruhan hari raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna sekali buat kami. Insya Allah...akan ada hari yang istemewa lain seperti ini.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Aidilfitri Paling Bermakna"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top