10 Entri Paling Popular Ogos 2013

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........




                 Artikel post pada hari ini adalah berdasarkan populariti sepanjang bulan Ogos yang diilhamkan oleh denaihati network di Facebooknya iaitu...
" Jom kita buat entri "top 10 entri Ogos 2013" dan share entri tersebut kat sini, bolehlah aku bagi backlinks nanti kat entri blog DH ". Petikan daripada FB Denaihati Network.
          Sama-samalah kita menghasilkan seberapa banyak entri untuk tatapan pengunjung dengan entri-entri yang berkualiti sebagai panduan dan rujukan mereka.


10 Entri Paling popular Sensasi2020 Sepanjang Bulan Ogos ialah:


 
- Sempena dengan bulan kemerdekaan kali ke-56, ramai yang mencari entri-entri yang menerbitkan tema kemerdekaan. Saling berhubung sesama kita sambil mengucapkan "Salam kemerdekaan". Ini sudah tentu ramai yang memberikan ucapan sedemikian. Secara tidak langsung memberi sedikit-sebanyak peningkatan trafik terhadap blog ini.


 2. MyKad Smart Shopper.


- Pendaftaran secara percuma dan seumur hidup menarik minat pegunjung untuk mencari apa itu "MyKad Smart Shopper". Kelebihannya bila mana kita mendaftar, Mykad kita boleh digunakan untuk membeli-belah di kedai-kedai terpilih di seluruh negara. Ditambah pula dengan adanya "Contets SEO MyKad Smart Shopper" anjuran coretananuar.com.


3- Bajet 2014: Idea Anda Berharga, Adakah Suara Blogger Didengari?

- Ini adalah cetusan rasa dan idea Perdana Menteri yang ingin memdapat pandangan sempena bajet 2014. Sebelum pembentangan bajet diumumkan, sudah pastinya PM ingin menilai apa kemahuan rakyat dalam bajet itu nanti? Ini sudah pastinya ramai yang mahu berkongsi idea dan cadangan agar denyut nadi rakyat didengari.


4- Terkini: Senarai Harga Proton Suprima S Di Malaysia.

- Pengeluaran model terbaru daripada PROTON, syarikat automatif negara yang pertama, sudah pastinya kita semua akan mengikuti perkembangannya dari semasa-kesemasa. Bila saja pengeluaran model baru, sudah pasti harganya yang biasanya kita ingin ketahui. Ini mmeberi banyak pilihan kepada pengunjung unutk mengetahui model mana yang menarik minat disamping harganya.

5. Salam Aidilfitri 2013.

- Salam Aidilfitri, hari yang memberi sejuta makna kepada seluruh umat Islam di dunia. Hari kemenangan kita sebagai umat Islam yang berlawan dengan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Sudah pastinya hari kemenangan menjadi sesuatu yang istimewa di samping dapat merayakan hati raya bersama keluarga masing-masing. Maka ramailah yang mahu mengucapkan "Salam Aidilfitri" sesama rakan-rakan blogger di Malaysia dan Indonesia.


6. Blogging Bukan Untuk SEO Semata-Mata.

- Ini pula adalah cetusan idea Tuan Amir pemilik empayar Denaihati.com. Beliau akan memberi bonus raya dengan menggunakan hastag #BonusRaya  kepada entri yang berkualiti dan menepati syarat-syaratnya serta memilih tajuk yang tersenarai dalam bulan Julai-Ogos 2013. Ini mendapat reaksi positif dan ramai rakan-rakan kita bertungkus-lumus untuk meyiapkan dan menghantar penyertaan mereka, mana tahu ada rezeki dapat bonus raya lagi.


7. Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.


- Tajuk ini mengisahkan kehidupan saya ketika masa dahulu dan hinggalah sekarang. Tajuk ini menjadi popular kerana ada sebuah lagu daripada seorang budak yang berasal dari Indonesia yang hidupnya hanyalah seorang penyanyi di jalanan. Mencari rezeki dengan mengharap bantuan atau pemberian orang ramai terhadap nyanyinnya. Kini beliau tidak lagi mengemis dan mendapat tawaran merakamkan album beliau.

- Lihat daripada tajuk ini, saya mendapat ilham, menghasilkan sebuah entri yang sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap kehidupan saya di masa lampau.  Kepada mereka ynag mencari identiti saya, pasti akan mengetahuinya.


8. Kemeriahan Di Aidilfitri.

- Suasana hari raya Aidilfitri menjadi lebih meriah jika segala persiapannya dilakukan lebih awal. Kemeriahan di akhir dan di pagi raya pastinya lebih meriah disamping semua keluarga berkumpul beramai-ramai. Suasana begini hanya berlaku sekali dalam setahun. Ramai yang publish tajuk ini, sama-sama mahu memceritakan suasan mereka sepanjang hari raya Aidilfitri. Saling mengucapkan "Salam Aidilfitri" sesama kita sudaj menjadi amalan setiap tahun.
 
9. Aidilfitri Paling Bermakna.

- Berkumpulnya semua keluarga pastinya amat bermakna. Ia dijadikan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Suasana begini belum tentu berlaku di tahun hadapan, mungkin juga adik dan abang akan menyambut hari raya di rumah keluarga sebelah mentua mereka pula. Kisah ini mendapat memberi gambaran bertapa meriahnya dan banyak maknanya kepada sesiapa saja yang mengamalaminya. Mungkin ada diantara kita tidak seperti kita alami ini.

10. Berkunjung Ke Rumah Rakan Blogger.

- Bila mana musim perayaan tiba lebih lagi di bulan Syawal, bulan menyambut hari raya. Pastinya kunjung-mengunjungi menjadi amalan, tidak kecuali pada diri ini. Persahabatan di alam maya dapat menjalinkan salatulrahim dan ukhwah sesama kita. Bila mana mereka (rakan) berada berdekatan, tidak salah mengunjungi mereka, malah digalakkan dalam agama Islam. Bulan yang mulia amat digalakkan untuk berkunjung ke rumah keluarga, rakan-rakan dan lebih lagi rakan yang kita kenali di internet. 


                Tersenarai sudah 10 entri popular di bulan Ogos. Entri begini patut dibuat selalu, agar kita dapat membuat kesimpulan dan rujukan di masa hadapan. Kita dapat melihat pageview dan pengunjung yang hadir ke blog kita setiap bulan. Berada trafik sehari yang dikunjungi dan berapa pula dalam sebualan? Dengan ini kita boleh memperbaiki dan mempertingkatkan apa saja yang kurang supaya di bulan hadapan akan ada peningkatan dari segi Google PageRank, Alexa PageRank, pageview, trafik dan sebagainya.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top