Salam sejahtera.......
1AZAM - Nama Tersenarai Sebagai Penerima Bantuan
Sebelum saya ceritakan nama siapa tersenarai sebagai penerima bantuan 1AZAM, saya akan terangkan serba ringkas di sebalik nama yang cukup menarik ini. Dengan sedikit keterangan ringkas berkaitan nama yang simbolik ini, sedikit sebanyak dapat memberi informasi.
1AZAM adalah singkatan kepada 1 Malaysia Akhiri Zaman Miskin. Singkatan nama inilah membantu rakyat yang miskin, miskin tegar dan sederhana menjadi usahawan berjaya.Ia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.
Ada 4 Jenis Kategori 1AZAM
Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan.
Contoh pekerjaan adalah seperti:
• Jurujual produk
• Pengurusan rumahtangga
• Pekerja restoran makanan segera
• Pelayan restoran
• Pekerja hotel
• Program Menjana Pendapatan - tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan
Mat Salai
AZAM TANI
Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:
• Pertanian berkelompok
• Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
• Ternakan
• Projek hiliran hasil pertanian
AZAM NIAGA
Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:
• Makanan dan minuman-Nasi lemak kukus, air batu campur, ais blanded dll.
• Kiosks
• Perniagaan runcit
• Industri kraftangan
AZAM KHIDMAT
- Rawatan penjagaan diri
- Andaman pengantin
- Spa dan refleksologi
- Gunting rambut
Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.
Kredit : http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam
Dapat SMS Daripada 1 AZAM |
Setelah membuat permohonan pada 3 bulan lepas, akhirnya permohonan diterima. Syukur Alhamdulillah...satu langkah ke hadapan untuk meluaskan pendapatan sampingan, disamping bekerja tetap di kedai roti dan kek.
Suasana Di Majlis Penyampaian Pakej 1 AZAM NIAGA |
Dapat Mesin Daripada 1AZAM |
Disiarkan Di Dalam Utusan Malaysia |
Tempat: Sekolah Rendah Kebangsaan Langgar, Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh: 20 September 2013.
Masa: 10 am, hadir 1 jam sebelum bermula.
Anjuran: Persatuan Kebajikan Wanita Kota Bharu.
Penerima: Anggaran 30 orang - Kamil Bin Salleh dan 29 orang selebihnya.
Barangan: Pembakar kuih bahulu, mesin adunan, gula, garam, gandum dan telur.
Barangan: Pembakar kuih bahulu, mesin adunan, gula, garam, gandum dan telur.
Jenis-Jenis Barangann 1AZAM |
Penerima Barangan 1AZAM |
Saya adalah salah seorang daripada 29 peserta yang dapat daripada 1AZAM. Lepas ini bolehlah buat kuih bahulu sebagai pendapatan sampingan. Insya Allah, saya akan gunakan pemberian ini sebagai satu amanah untuk saya lebih berusaha agar pendapatan keluarga bertambah nanti. Dianggarkan 1 set barangan bernilai RM4,000 setiap seorang peserta.
Jiran Sebelah Pun Dapat Barangan Yang Sama |
Ini pula jiran sebelah rumah. Diapun dapat barangan yang sama iaitu set membuat kuih bahulu. Nampakknay kena bersaing dengan kak kita ini untuk menjual kuih bahulu ini nanti.
Terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang permasalahan rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar.
Diharap agar para peserta tidak mempersia-siakan pemberian ini. Lakukan kerja anda sebaik mungkin. Ikut nasihat dan panduan daripada yang telah diberikan ketika menghadiri kursus baru-baru ini.
TERKINI: Untuk kepastian boleh layari Utusan Malaysia Online
15 Komentar untuk "1AZAM - Nama Tersenarai Sebagai Penerima Bantuan."
iya, paham sekarang..klik.. http://bit.ly/29Uot2z
wahh enak kayaknya
Allhamdullilah.. Moga Allah swt permudahkan urusan bisnes bro Kamil..
Bagai mana saya nak mohon bantuan mesin jahit perlukan sangat... Untok bantu kluarga saya
Saya nak mohon bantuan mesin jahit
Saya nak mohon set mesin jahit..cmne ye..
Assalamualaikum,macam mana nk mohon bantuan mesin jahit 4 benang?
Macamana nak mohon mesin jahit dn mesin jahit tepi
Macam mana nk mohon mesin jahit n mesin jahit tepi
Saya ingin mohon bantuan peniagaan..chiller..utk jual kek & sbagainye
Saya ingin mohon n bantuan perniagaan tpnl TDK prnh lulus bantu saya
Saya pernah memohon.. 4thn yg lalu.masa tu d pejabat daerah Dlm program ekasih. Janji thn depan Tapi smpaithn 2020.blm ada kbar. Atas nama esah binti loga dri Sabah keningau
cara nak masuk 1azam
Cara nak masuk 1 Azam
Sya nak mesin jahit... Mcm mna nak mohon yaa..
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......