Perpindahan Pemain Paling Sensasi Gareth Bale




Gareth Bale - Pemain Paling mahal

             Akhirnya secara rasmi Gareth Bale menjadi permain Real Madrid yang sah setelah sekian lama melalui proses yang cukup panjang. Beliau merupakan pemain Tottenham Hotspur.

          Ketika di awal kariernya sebagai seorang pemain bola sepak di kelab Southampton, beliau pernah dibeli oleh kelab Spurs pada musim 2007/2008 dengan bayaran sekitar RM51 juta.

            Semasa bersama Spurs, pemain bintang Wales itu menyumbangkan 21 gol sepanjang pembabitan beliau dalam 33 perlawanan di Liga Perdana Inggeris (EPL). Beliau telah mempamirkan persembahan yang menakjubkan hinggakan mendapat perhatian Real Madrid dan segera mendapatkannya dengan nilai yang tinggi.

              Pemain yang berusia 24 tahun ini, difahamkan menerima gaji RM1.5 juta dengan nilai perpindahan mencecah RM439, tertinggi di dunia selepas Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.

         Bale ketika ditemuramah oleh media berkata "Impian saya telah menjadi kenyataan setelah mengikat kontrak bersama Real Madrid, sebuah kelab gergasi di Sepanyol".

            "Saya tahu ramai pemain yang memasang impian untuk bersama Real Madrid. Secara jujurnya saya katakan saya bukannya bermimpi, namun Tottenham sentiasa di hati dan percaya pasukan itu akan menjadi satu musim yang berjaya buat mereka".

         "Kini, saya tak sabar untuk meneruskan cabaran baru dalam kehidupan," katanya mengucapkan terima kasih kepada kelab lamanya, pengerusi, staf, jurulatih, dan rakannya iaitu pemain Spurs.

       Dalam rekod yang ada, Bale muncul pemain pertama Wales yang bermain bersama Merengues.


                  FAKTA


GARETH BALE BAKAL MENERIMA

GAJI MINGGUAN SEBANYAK RM1.5 JUTA

Agihan Pendapatan
RM68 Juta Setahun
RM86,000 Sehari
RM7,765 Sejam
RM127 Seminit
  
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top