Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.....

KEPUTUSAN ATM vs KELANTAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA


ATM vs KELANTAN Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia

TARIKH
TUAN RUMAH
TETAMU
WAKTU PERLAWANAN
TEMPAT PERLAWANAN
18 Oktober 2013
(Round 1)
ATM ( 1 )
Christie Jayaselam - m-19
Kelantan ( 2 )
Badri Radzi - m-14
Mohd Farhan - m-79
8.45 Malam
Stadium Selayang
19 Oktober 2013
Pahang ( 0 )
Sarawak ( 0 )
8.45 Malam
Stadium Darul Makmur
25 Oktober 2013
Kelantan ( 0 )
ATM  ( 0 )
8.45 Malam
Stadium Sultan Mohd IV
26 Oktober 2013
Sarawak ( 0 )
Pahang ( 0 )
8.45 Malam
Std.Neg.Sarawak
 

KEPUTUSAN TERKINI 

                     Pertemuan aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara ATM vs Kelantan pastinya mendebarkan. Sama-sama mahu mencatatkan keputusan yang selesa untuk bekalan ke aksi kedua nanti di Stadium Sultan mohd IV, Kota Bharu.

                      Aksi malam ini bagaikan ulangan final tahun lalu, di mana ATM terpaksa akur dengan kekalahan mereka dengan keputusan 3-2. Ini sudah tentu B Sathianathan akan memberikan tip-tip yang terbaik untuk anak buah mereka malam ini. Mereka semakin bersemangat apabila keputusan untuk menukar venue kembali ke Stadium Selayang mendapat kelulusan daripada FAM.

                     Bagi pasukan Kelantan pula,  pasukan kendali Bojan Hodak  sedia  membedil habis-habisan pasukan lawan mereka yang terkenal dengan panggilan "The Gladiators". Semangat "The Red Warriors" tidak pernah luntur walaupun terpaksa mengharungi aksi yang penuh dramatik ketika menundukkan "Si Kumbang Selatan" Johor DT dengan aggregat 8-5.

                  Pastinya satu perlawanan yang menarik akan disajikan oleh kedua-dua pasukan. Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, tak kurang enam kali mereka bertemu dan semuanya berakhir dengan aksi sengit. Kelantan dan ATM merupakan dua pasukan terbaik di negara ini, jadi sudah tentu ramai yang optimis akan meramalkan Kelantan sekali lagi dapat membedil ATM dengan keputusan yang mengembirakan.

                 Diharap agar peminat kedua-dua pasukan memberi sokongan tak berbelah bagi terhadap pasukan masing-masing. Penuhi semua tempat duduk penonton, peminat kedua-dua pasukan diharap menjaga tingkah-laku supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membahayakan dan tidak diingini berlaku. Tunjukkan kesopanan dan displin yang tinggi supaya nama baik penonton/peminat di kelab masing-masing tidak tercemar.

GOMO KELATE GOMO....Gomo sampai boleh sumat gooooooolllllllllll!.

Live Streaming { LINE 1 } dan { LINE 2 }

Selamat menonton................!!!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan ATM vs Kelantan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top