Hidup Untuk Berjaya Atau Berjaya Untuk Hidup

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........!!


Hidup Untuk Berjaya


Hidup untuk berjaya atau berjaya untuk hidup! Mana ayat yang perlu didahulukan. Persoalan ini menjadi tanda tanya pada diri sendiri dan mungkin juga kebanyakan daripada kita semua. Kejayaan mencerminkan kemampuan kita untuk terus hidup dengan kejayaan yang telah kita perolehi.


Kita dilahirkan ke dunia untuk hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Itu sudah tersurat dan tersirat semenjak Nabi Adam a.s lagi. Pastinya semua sudah sedia maklum kenapa Nabi Allah Adam a.s telah dicampakkan ke bumi kerana melanggar perintah Allah supaya tidak memakan buah Khuldi ketika di Syurga. 

Surah Al-A'raf ayat 20 telah menceritakan suasana di mana syaitan telah menghasut Adam dan Hawa.



فوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ



Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (Al-A`raf: 20)

Jelaslah di sini, kita perlu hidup dahulu sebelum apa-apa perkara dan pekerjaan yang kita lakukan untuk mendapatkan kejayaan dalam kehidupan. Kerana sesungguhnya kita ini telah dilahirkan dari perut ibu lagi dan seterusnya akan membesar dalam kehidupan yang realiti dan penuh panca-roba. Maka di sinilah langkah-langkah seterusnya kita meneruskan kehidupan sehinggalah dewasa. Berjayanya atau tidak seseorang itu atas daya usaha kita sendiri disamping memerlukan tunjuk ajar, pembelajaran, khidmat nasihat, motivasi dan sebagainya.


Orang yang berjaya tidak semestinya boleh hidup sempurna. Orang yang tak berjaya pun boleh hidup dan lebih bahagia. Ini bermakna "Hidup Untuk Berjaya" adalah perkataan yang paling tepat untuk diistilahkan sebagai betul. Berjaya di dunia dan juga akhirat. Semoga kita semua berjaya dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta ke Syurga jualah tempatnya.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Hidup Untuk Berjaya Atau Berjaya Untuk Hidup"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top