Sistem PBS - Diteruskan Atau Dimansuhkan.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........


beban peperiksaan, beban pelajar, guru terbeban dengan kerja, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
Banyak Peperiksaan Membebankan Pelajar

Apa Itu Sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS)  merupakan satu pertaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai sifat kofnatif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Kukikulum Kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

PBS, Pertaksiran Berasaskan Sekolah, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
Sumber: Carta Pertaksiran Berasaskan Sekolah

PBS Perlu Diteruskan Atau Dimansuhkan?

Kementerian Pendidikan tidak akan dimansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh semalam. Beliau berkata, kementerian akan mengumunkan bentuk dan perlaksanaan sistem baru pada 1 April 2014 nanti. 


pembelajaran guru, guru adalah pengajar, http://www.sensasi2020.com/2014/02/contest-seo-muslim-niaga-platform.html
Keadaan Guru Ketika Mengajar

"Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem ini tetapi akan memperbaharui semula sisitem PBS agar ia akan lebih berkesan untuk penambahbaikan", kata beliau ketika mengulas mengenai resahan dan keluhan pelbagai pihak mengenai sistem ini.

Siapa Harus Dipertanggungjawab Terhadap Kegagalan Sistem ini?

Kita tidak boleh menyalahkan atau menunding jari terhadap mana-mana pihak terhadap kegagalan sistem ini. Ia harus dilihat dari sudut positif. Ia satu sistem yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Ia memerlukan masa untuk dinilai dan laksanakan memandangkan masih ramai guru-guru masih belum memahami sepenuhnya sistem ini disamping ketidak seragaman sistem ini  di setiap sekolah, baik sekolah rendah atau pun sekolah menengah.

Ia perlu dilaksanakan secara sistematik, kursus khas kepada guru-guru, ibubapa, pelajar dan masyarakat agar ada keseragaman antara pihak kementerian, sekolah dan ibubapa serta masyarakat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. – Berita Harian 

Jangan terus menyalahkan pihak kementerian sahaja dengan tidak berasas. Ada sesetengah pihak hanya pandai menghentam kerajaan agar ditukar Sistem Pendidikan Negara, walhal bila sudah ditukarkan, tapi masih tidak membantu untuk penambahbaikan itu. Kita begitu mudah menghentam kerajaan (Kementerian Pendidikan) dengan sistem pendidikan yang ketinggalan zaman, tapi tidak sama-sama berusaha untuk melaksanakannya. 

Dulu kita begitu beria-ia mengadu tentang Kementerian Pendidikan dengan jadual peperiksaan yang terlalu banyak seperti UPSR, PMR, SPM, SPM, STP dan sebagainya. Ini belum dikira dengan peperiksaan ujian bulanan, peperiksaan percubaan  dan lain-lain lagi.

Oleh itu semua pihak seperti ahli politik, ahli akademik, NGO, guru-guru, pelajar dan masyarakat harus melihat sistem ini dengan pandangan yang positif. Berikan masa kepada pihak kerajaan untuk mengkaji, menambahbaikan dan melaksanakan dengan lebih baik lagi sesuatu sistem ini. Kewajaran kita untuk berusaha agar sistem  pendidikan yang dilaksanakan di negara kita antara yang terbaik di dunia.

Untuk melaksanakan sistem ini agar lebih baik dan berjaya pihak kerajaan perlu menambahbaikan sistem jalur lebar (internet) di negara kita agar lebih laju agar segala pengkalan data untuk dihantar ke satu-satu tempat tidak tergendala atau gagal. Pihak kerajaan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan rangkaian telekomunikasi berkerjasama agar talian internet di negara kita menjadi lebih laju seperti di negara luar.
 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Sistem PBS - Diteruskan Atau Dimansuhkan."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top