Berita Sensasi: Dua Objek Dipercayai Mh370 Ditemui

Dua objek dipercayai MH370 ditemui dan dikesan, dipercayai MH370. Ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbot. Objek ini berukuran 24 meter dipercayai serpihan pesawat MH370.      

                               
  

Australia telah menghantar pesawat P-3 Orion, dua pesawat Hercules untuk mencari dan usaha memantau serta meletak penanda dipanggil boya (pelampung) di tempat tersebut agar dapat dipastikan kawasan tersebut adalah ke arah satelit Australia dikesan.

Pihak berkuasa Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahagian pesawat tersebut berukuran 24 meter dan mungkin serpihan pesawat MH370. Pegawai AMSA, John Young telah mengarahkan pesawat udara milik Australia ke kawasan tersebut. Jarak antara kawasan tersebut dari Perth, Australia adalah dianggar 3000 km dan keluasan Lautan Hindi adalah 3500 batu persegi dan kedalaman lebikurang 8000 meter.

Pasukan negara lain seperti Amerika Syarikat, Perancis dan negara lain akan ke kawasan tersebut dalam waktu terdekat dengan aset yang ada. Pasukan daripada Malaysia juga diarahkan ke sana, kata PM Malaysia Dato Seri Mohd Najib beberapa jam yang lalu. Berita ini telah di tweet di Twitter beliau dengan penglima ATM.

Walaupun angin bertiup kencang dan ombak bergelora di kawasan tersebut, ini  mengganggu usaha mencari dan menyelamat. Namun demi penumpang dan keluarga mangsa usaha akan diteruskan juga walaupun agak sukar.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berita Sensasi: Dua Objek Dipercayai Mh370 Ditemui"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top