Berita Sensasi: Pilu Menyelubungi Tragedi MH370

Pengumaman yang telah dibuat Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Mohd Najib malam tadi tentang tragedi nahas pesawat MH370 menyentuh hati sanubari masyarakat seluruh dunia. Satu berita yang paling pilu dan menyediahkan  tidak mahu kita dengar, tapi terpaksa menelan kepahitan ini. Berita ini membawa kepada berita sedih dan pilu, pesawat MH370 yang dicari berakhir di Lautan Hindi dengan membawa penumpang 239 orang.




Pilu menyelubungi tragedi MH370, semua masyarakat di seluruh dunia meratapi berita dengan penuh kepiluan, kesedihan, tangisan air mata yang mengalir sebak dan sendu. Perasaan emosi tidak dikawal sejurus ia dimaklumkan tentang berita yang tragedis dan penuh misteri ini.

Hasil Karya Sendiri Malam Tadi Tentang Tragedi Pilu Pesawat MH370
Hasil Karya Sendiri Malam Tadi Tentang Tragedi Pilu Pesawat MH370


MH370 Berakhir Di Lautan Hindi


Jumpa objek, objek terampung, imej satelit jumpa objek
Sumber: Objek Di Kesan Di Lautan Hindi


Sepanjang 18 hari kita berusaha mencari, mengesan, menyelamat tanpa berputus asa dan berdoa setiap masa agar dijumpai dalam keadaan selamat, namun yang kita dapat berita amat menyedihkan. MH370 berakhir di Lautan Hindi adalah titik terakhir pesawat ini dikesan oleh Penyiasat Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Satelit INMASAT, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan.

Mereka menggunakan kaedah terkini yang belum pernah digunakan di mana-mana dalam sesuatu penyiasatan seupama ini. Mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai di mana MH370 membuat penerbangan laluan terakhir.

Berdasarkan analisis baru mereka, INMARSAT dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan dan kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Ia merupakan lokasi yang jauh daripada pendaratan, terpencil, laut bergelora, angin yang kuat, bertaufan dan cuaca tidak menentu. 




Apa yang perlu dicari sekarang adalah berkenaan "Kotak Hitam" pesawat MH370. Ia menentukan apa yang terjadi kepada kapten, penumpang, anak kapal dan data-data penting berkaitan pesawat ini. Walaupun usaha mencari amat sukar, namun untuk mengungkai misteri tragedi ini, kotak hitam perlu dijumpai secepat yang mungkin.

Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam dan takziah buat yang bukan beragama Islam. Semoga roh-roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan rohnya mendapat ketenangan dan keamanan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berita Sensasi: Pilu Menyelubungi Tragedi MH370"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top