sensasi2020

Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 Terbaik | sensasi2020 Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 Terbaik - sensasi2020

Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 Terbaik

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........

Setelah seminggu berlalu, baru sekarang dapat update blog ini. Di mana gua salah seorang yang hadir di Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014. Satu majlis perjumpaan yang penuh bermakna buat semua, dengan kehadiran ratusan blogger di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Majlis yang terbaik pada pandangan peribadi gua dan mungkin adalah yang terbaik pernah dianjurkan oleh Denaihati. Jutaan terima kasih buat Tuan Hj Amir Hassan aka Denaihati.


Sumber: sbb.my - Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014

Semua blogger yang hadir tidak rugi pergi ke Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 anjuran Denaihati dan penaja utama Yeo's Malaysia Sdn Bhd, penaja bersama Ephyra, Lazada, Al-Ansar Health, MyNic Berhad, SegiSeri Catering dan semua yang menaja hadiah cabutan bertuah. Gua tidak bertuah untuk kali ini, cuma dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh syarikat Yeo's.

Walaupun gua jauh di Kota Bharu, namun demi majlis ini, gua memberanikan diri untuk pergi seorang saja ke SBB2014. Nasib baik gua ada seorang kakak yang tinggal di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor yang menghantar gua ke sana. Terima kasih Kak Zah sudi menghantar adik mu ke SBB2014.

Kenangan Di Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014

Sebelum ini pernah juga hadir di Majlis Sepetang Bersama Amanz di KB Mall (KEIK 2013) pada tahun lepas iaitu 19 Jun 2013, itupun secara kebetulan sahaja. Pada kali ini di SBB2014 di Saloma Bistro Restoran di Ampang, Selangor.


Kenangan Ketika Berada Di Majlis Sepetang Bersama Blogger

Sumber: iluvtour.com - Sesi Jawab Soalan Berkaitan Yeo's

Bersama Bro Hasrul Hassan

Bersama Hasrul Hassan Dan Khir Khalid

Bersama BoniKacak

Bersama Hasrul Hassan Dan Rakan-Rakan Lain

Meja 25: Gua Duduk Bersama Mereka

Blogger-Blogger Dapat Cenderahati Berada Di pentas

Banyak perkara yang boleh kita dapatkan di sepanjang majlis ini berlangsung. Berjumpa dengan ramai blogger-blogger terkenal yang sebelum ini hanya bersembang dan berforum melalui Facebook, blog, laman web dan Twitter, tapi di sini kita dapat kenal-mengenali antara satu sama lain.

Kita juga dapat berkongsi maklumat, idea dan yang paling diminati adalah dapat bertukar kad bisnes atau kad blog antara satu sama lain. Paling gua tidak puas hati adalah bateri gua dah habis awal-awal lagi, tak sempat nak bergambar dengan rakan-rakan yang lain. Lain kali nak bawa kamera sekeliling pinggang. Nak bergambar dengan semua blogger. he..he....!!!


Bertukar Kad Bisnes/Kad Blog Sesama Blogger

Jika ada Majlis Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's pada tahun hadapan gua mahu pergi lagi. Pastinya rakan-rakan gua yang pergi ke SBB2014, sudah semestinya mereka akan hadir lagi? Bolehlah rakan-rakan gua komen sedikit kat bawah, mahu pergi ke tidak tahun hadapan jika diadakan lagi.

Cenderahati Daripada Penganjur Denaihati

Akhir kata, gua ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di majlis ini. Semoga kita berjumpa dan bersua lagi pada tahun-tahun akan mendatang. Mohon maaf.... jika ada yang kurang daripada gua sepanjang berada di majlis SBB2014 tempoh hari. Jika tak bertegur sapa, jangan berkecil hati. Gua sayang sama lu semua..... Insya Allah... kita berjumpa lagi di masa akan datang...!!! Walaupun tidak dapat lucky draw namun dapat membawa buah tangan (cenderahati) daripada penganjur.

Wassalam......
Back To Top