Anelka Dalam Perhatian T-Team

Anelka dalam perhatian T-Team, pasukan berstatus kelab daripada Terengganu berminat mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Perancis itu. Nicolas Anelka merupakan bekas pemain Arsenal, Chelsea dan Real Madrid.
                                
                                   
 

Pihak T-Team sedang berusaha untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan agen Anelka iaitu abang kepada Anelka. Buat masa ini pihak T-Team berharap agar persetujuan, terma dan syarat yang ditetapkan dalam kontrak dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, ketika perbincangan dijalankan terdapat sedikit halangan, di mana ia berkaitan gaji pemain tersebut. Namun ia sama sekali tidak menghalang pihak The Titan untuk memburu khidmat Anelka, pemain ternama itu.

Pemain ini jugak dalam perhatian beberapa kelab dunia antaranya Atletico Maneiro, selepas dia tidak berkhidmat dengan kelab England, West Bromwich Albion pada 29 Mac yang lalu.

Buat masa sekarang, Anelka masih belum menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan. Ada beberapa kelab tidak dapat memenuhi permintaan gaji yang telah ditetapkan oleh pihak agen mereka. Ini memberi peluang untuk pihak T-Team mengadakan perbincangan lebih lanjut.

Jika seandainya pihak T-Team gagal untuk mendapatkan Anelka, mereka ada calon yang layak untuk mengisi tempat pemain tersebut sebagai penyerang utama.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Anelka Dalam Perhatian T-Team"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top