Berita Sensasi: Pencarian Tertumpu Di Dasar Laut

Usaha mencari MH370 kini tertumpu pada kotak hitam di dasar laut kerana tempoh hayat baterinya akan berakhir hanya kurang dsripada 24 jam lagi akan berakhir. Ia akan diperluas kepada pencarian di bawah dasar laut.




Pencarian kini dilakukan di bawah dasar laut selepas usaha mencari pesawat MAS Boeing 777-200 itu di udara di permukaan Lautan Hindi dekat barat daya Australia semenjak 29 hari lalu tidak  mendatangkan keputusan yang memberangsangkan.

Dengan keadaan sekarang ini hanya tinggal tidak sampai sehari, maka pihak pencarian dan penyelamat SAR yang diketuai oleh Australia mengerahkan kapal Ocean Shield Tentera Laut Diraja Australia dan HMS Echo milik Tentera Laut Diraja British akan terus menjejaki di mana kotak hitam itu berada dengan menggunakan Towed Pinger Locator di laluan sepanjang 240 KM di lautan tersebut.

"Ini merupakan kali pertama pencarian di bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat 'ping' daripada kotak hitam pesawat MH370 itu" kata Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.

Walaupun usaha kini tertumpu di dalam lautan tapi usaha di permukaan lautan akan tetap diteruskan agar segala pencarian, menjejaki dan mengesan apa saja berkaitan pesawat MH370 yang misteri ini.

Pencarian ini akan tertumpu pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter dari aras permukaan laut oleh kapal- kapal tersebut dengan kelajuankapal  yang perlahan iaitu sekitar tiga knot. Usaha ini harud dilakukan secara berhati- hati dan tersusun bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah daripada 'pinger'.

Dengan mengunakan data analisis daripada mana-mana sonar, satelit dan apa saja teknologi yang menunjukkan tiada bukti yang kukuh ianya berkaitan tapi demi hasrat semua masyarakat untuk mengesan pesawat atau kotak hitam tidak akan terhebti walaupun tempoh hayat kotak hitam berakhir.

Semoga pencarian, mengesan dan menjejaki segala berkaitan MH370 akan cepat berakhir agar segala konspirasi akan terlerai.  Insya Allah....

#MH370 #DoaUntukMH370 #Pray ForMH370. 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berita Sensasi: Pencarian Tertumpu Di Dasar Laut"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top