Kehidupan Baru Di Bandar Besar

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........

Hari ini baru saja dapat online di blog secara direct, sebelum ini hanya melalui wifi di kedai mamak atau di rumah kakak. Lebih kurang dua minggu tidak menulis blog atau update blog/entri. Sekarang saya akan ceritakan berkaitan perjalanan hidup di bandar besar Kuala Lumpur. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar "Kehidupan Baru Di Bandar Besar".Anda juga boleh jengok di Facebook saya, jika ada masa ye....

Bandaraya Kuala Lumpur

Sudah lama hajat di hati hendak merantau di negeri orang. Perancangan yang diatur semenjak tahun lepas 2013 sudah terlaksana. Namun...orang kata "Hendak hidup di bandar besar (Kuala Lumpur) bukan perkara yang mudah", banyak rintangan dan halangannya....perlu ditempuhi. Semua tu perlu ditempuhi walau sebesar manapun masalah yang terpaksa ditanggung.

Menang Contest iPhone 5S



Menang Contest iPhone 5S

Sebelum datang ke Kuala Lumpur, dah dua kali datang ke sini untuk tahun 2014. Pada kali pertama, waktu itu saya pergi kerana "Menang Contest iPhone 5S". Kalau tidak silap saya pada 24 Januari 2014, Jumaat di Mid Valley, Kuala Lumpur. Pemenang yang berjaya adalah saya sendiri (iPhone 5S), Muaz Faris (iPhone 5C), Cikgu Naman (pemenang khas) dan Encik Abu Mar El-Hafiz sebagai penganjur. Kita orang shopping iPhone di Machines, Mid Valley.

Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's

Pada kali kedua pula, saya menghadirkan diri ke "Sepetang Bersama Blogger 2014" iaitu di Saloma Bistro Theatre And Restaurant, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. Sangat meriah suasana di SBB dan YEO'S 2014. Ramai blogger yang hadir memperkatakan tentang perjumpaan ini. Mereka cukup teruja dapat hadir. Terima kasih kepada penganjur dan semua penaja terutama Yeo's Malaysia yang membuat contest secara besar-besaran untuk team rakan blogger Denaihati.

 Peluang datang ke Kuala Lumpur untuk kali kedua pula sekadar mengetahui, mengenali keadaan sekitar dan selok-belok jalan raya di sini serta melihat suasana kesibukan bandararaya kosmopolitan yang ramai mengatakan ia adalah bandar lubuk rezeki.

Indah Khabar Dari Rupa


Bas Express Mahligai

Pada tanggal 25 Mac 2014, saya menguruskan penghantaran isteri dan anak-anak sebagai permulaan dengan menaiki "Bas Express Mahligai" supaya senang untuk saya mengatur kehidupan di sana nanti. Segala tempat tinggal (rumah sewa), saya serahkan kepada kakak saya di Ampang untuk mencari dan menyewa flat dan menguruskan semua sekali berkaitan bayaran deposit rumah, air dan elektrik.

Sekurang-kurangnya saya memerlukan RM6000 untuk semua urusan perpindahan termasuk sewa rumah, pengangkutan, bayaran untuk lori bagi memunggah barang dari Kota Bharu ke Ampang, Selangor dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan adalah berkaitan kebersihan, ketiadaan air dan paling menguji kehidupan ini adalah tidak mendapat pekerjaan lagi hingga ke hari ini.

Mencari Pekerjaan


Cari Kerja, Kerja Kosong, Jana Duit, Jawatan Kosong, Mencari Kerja
Mencari pekerjaan

King's Confectionery

Saya tidak berputus asa, pernah pergi minta pekerjaan sebagai penghias kek di King's Confectionery di Tesco Extra di Cheras dan membuat demo di depan manager, namun tiada jawapan sampai sekarang.

Kini saya menunggu satu lagi peluang iaitu Secret Recipe di:

 CAKE DECORATOR (1 Vacancy)
Responsibilities:
  1. Cake decorating for special customer orders within specified time
  2. Creativity, attention to detail, and high standards are required
Requirements:
  1. Candidate must possess at least Diploma in Baking
  2. Experienced in 3D Cake Decoration would be an added advantage
  3. Mature, Creative, and innovative
  4. On-the-job training will be provided

Secret Recipe

SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (467990-X)
42, Jalan SS25/28, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603-7806 1555
Fax: 603-7803 7303
Email: recruitment@secretrecipe.com.my



Insya Allah, jika tiada aral melintang, saya akan ke sana untuk ujian demo kedua. Saya berdoa dan berharap agar saya diterima di sana. Doakan untuk saya kepada semua pembaca dan rakan-rakan blogger saya yang lain.

Food Court Taman Kosas

Food Court Taman Kosas

Buat masa sekarang, isteri saya bekerja dengan kakak saya di Food Court di Taman Kosas, Ampang, Selangor. Sambil itu saya juga turut serta membantu mereka (sambilan) sebagai pelayan di situ. Sedikit sebanyak bolehlah menampung perbelanjaan kami sekeluarga.

Lihatlah suasana di Food Court Taman Kosas ( OH AZIZAH FOOD COURT ), begitu ramai sekali para pelanggan menjamu selera di sini. Ia mula di buka pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Jika anda berada berdekatan, bolehlah singgah di situ untuk menjamu selera bersama keluarga.

Semoga kita berjumpa lagi di lain entri, kemaafan dipinta jika ada silap dan salah di dalam entri ini. Hanya ini dulu coretan kehidupan saya buat masa sekarang. Mungkin ada lagi berita sensasi yang akan saya siarkan untuk tatapan anda.

Terima kasih buat semua rakan-rakan yang memberi sokongan, dorongan, semangat, nasihat serta pesanan agar tabah menghadapi cabaran kehidupan baru di bandar besar.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kehidupan Baru Di Bandar Besar"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top