MH17:Inti Pati Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Tragedi MH17



MH17:Inti Pati Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Tragedi MH17. Malaysia telah merangka beberapa perutusan khas untuk mendesak dan meminta tindakan segera terhadap PBB mengenai tragedi MH17 yang malang ini. 



Antara inti pati tersebut ialah:

  • Kerajaan menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yuang menimpa para penumpang serta anak kapal MH17.
  • Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, besifat gansa lagi tidak bertanggungjawab.
  • Perdana Menteri akan memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tundakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.
  • Kerajaan mengisytiharkan bermula pada malam Sabtu 18 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014, bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
  • Kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak terbabit menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyiasat sepanjang operasi dijalankan.
  • Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyisatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.
  • Juka siasatan membuaktikan pesawat NH17 tersebut ditembak jatuh, maka Malaysia menuntut agar pihak ynag bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan.
  • Semua tuntutan tersebut terus dimaklumkan oleh Perdana Menteri kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ban Ki Moon.
  • Perdana Menteri meminta Presiden Rusia, Vldimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut,
  • Malaysia telah menghantar sebuah pesawat yang membawa pasukan khas terdiri daripada pasukan SMART, Kumpulan Perubatan dan JAKIM ke kawasan bencana.

Kesimpulannya:

Pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi kejadian yang menyayatkan ini. Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya. Insya Allah......
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "MH17:Inti Pati Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Tragedi MH17"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top