Hari Berkabung Negara 22 Ogos 2014: Rakyat Malaysia Menanti Detik Kesedihan


Hari berkabung Negara 22 Ogos 2014: Rakyat Malaysia Menanti Detik Kesedihan. Seluruh negara bersedih menyambut ketibaan 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warga Malaysia yang telah tiba di Komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi jam 10.30 pagi untuk istiadat penghormatan negara.

                               
Rakyat menanti detik kesedihan
Rakyat Malaysia Menanti Detik Kesedihan

Seluruh Negara Berkabung Pada 22 Ogos 2014

Hari ini 22 Ogos 2014, kerajaan telah menetapkan  "Hari Berkabung Negara" bagi memperingati mangsa MH17 yang jatuh ditembak di Sempadan Ukraine dan Rusia pada 17 Julai yang lepas oleh puak pemisah iaitu wilayah Donetsk, Ukraine.

Rakyat Malaysia menanti Detik Kesedihan
Hari Berkabung Malaysia 22/08/2014

                               
Al-Fatihah Buat Semua Mangsa MH17
#MH17 #PrayForMH17

Seramai 20 jenazah dibawa pulang, 11 orang beragama Islam dan 9 orang lagi bukan beragama Islam. 17 jenazah di tempatkan di dalam keranda manakala 3 di dalam bekas abu.

                             
Jenazah DiUsung Oleh Anggota Keselamatan


Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 - Youtube

Tepat jam 10.45 pagi tadi, seluruh Malaysia bertakafur selama 1 minit bagi memberi perhormatan terakhir kepada magsa tragedi MH17 setelah mangsa terakhir diusung keluar daripada pesawat ke van jenazah yang membawa kesemua mayat daripada Amsterdam, Belanda.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam di seluruh negara disarankan agar membaca Al-Fatihah kepada semua magsa sebagai sedekah amal jariah kepada mereka yang terkorban. Amin... Semoga Allah Taala tempatkan roh-roh mereka di kalangan orang-aorang yang soleh.

Senarai Jenazah MH17 Tiba Hari Ini

Anak Kapal

1. Mastura Mustafa (Islam).
2. Ahmad Hakimi Hanapi (Islam).
3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (Islam).
4. nur Shazana Mohamed Salleh (Islam).
5. Dora Shahila Kassim (Islam).
6. azrina Yakob (Islam).
7. Lee Hui Pin (Buddha).
8. Angeline Premila Rajandaran (Kristian).
9. Chong Yee Pheng (Kristian).


Penumpang

1. Ariza Ghazalee (Islam).
2. Muhammad Afif Tambi (Islam).
3. Noor Rahimmah Mohd Nor (Islam).
4. Moha Ali Md Salim (Islam).
5. Hasni Hardi Parlan (Islam).
6. Foo Ming Lee (Buddha).
7. Karamjit Singh Karnail Singh (Sikh).
8. Ng Qing Zheng (Buddha).
9. Mabel Anthony Samy (Kristian).
10. Paul Rajasingan Sivagnanam (Kristian).
11. Elisabeh Ng Lyeti (Buddha ).
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Hari Berkabung Negara 22 Ogos 2014: Rakyat Malaysia Menanti Detik Kesedihan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top