Ninetology U9Z1T Berteknologi LTE 4G


Ninetology U9Z1T Berteknologi LTE 4G. Perkembangan teknologi gadget seperti telefon pintar (Smartphone) semakin berkembang pesat, membuatkan beberapa syarikat pengeluar mula bersaing untuk menghasilkan produk terbaik dengan teknologo terkini dan canggih bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai di seluruh dunia.


Ninetology U9Z1T - Movement of Evolution

Permintaan yang tinggi ini membuka peluang kepada syarkat gergasi untuk mencipta sesuatu yang diingini pengguna. Ini memberi banyak pilihan kepada pengguna yang ingin citarasa, kehendak, kemahuan dengan bajet yang mampu dimiliki.


Sumber: Youtube - Movement of Evolution


Dengan kerancakan ini, jenama telefon pintar, Ninetology telah memperkenalkan model terbarunya dalam siri teknologi U9 iaitu U9Z1T. Ia dihasilkan dengan reka bentuk yang bergaya, persona, anggun dan elegan. U9Z1T berkemampuan untuk bersaing dengan telefon pintar lain yang sedia ada di pasaran seperti, Samsung, Apple, Acer, Asus, Sony, Lenovo dan sebagainya.

Specifikasi Model Ninetology U9Z1T LTE 4G


Model Ninetology U9Z1T LTE 4G

Ia didatangkan dengan reka bentuk paparan skrin berdefinisi tinggi lima inci (12.7 sentimeter) yang digerakkan oleh teknologi IPS. U9Z1T memberi pengalaman untuk melihat gambar yang terang dan jelas dan menonton video dalam sudut tontonan lebih luas, terang dan selesa.

Bagi pengguna yang gemar memuat turun lagu, video dan filem HD, faktor kepantasan memuat turun pasti menambat hati mereka. Masalah tidak berlaku pada Ninetology U9Z1T ini kerana ia dilengkapi teknologi terkini LTE 4G yang memberi kepantasan internet yang maksimum.

Bagi yang mementingkan kualiti fotografi pula, anda tidak perlu risau kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera depan yang mempunyai resolusi 1.6 megapiksel dan kamera belakang 13 megapiksel.

Ia menjadi bertambah menarik, apabila ia dicipta untuk kepantasan bagi pemprosesan terbaik dengan sistem Quad-Core berkelajuan 12 gigahertz(GHz) yang memberi pengalaman berbeza kepada pengguna atau pembeli.

Model ini mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan Jun yang lalu, iaitu dibina dengan memori dalaman 8 GB dan mampu menerima kad microSD sehingga 32 GB. 

Kadang-kadang pengguna mahukan yang jenis ringan, maka telefon pintar ini beratnya hanya sekitar164 gm, cukup ringan dan menjadi tarikan pengemar gadget terkini yang mahukan prestasi tinggi. Ia juga tahan lasak, jika terjatuh secara tidak sengaja.

Baterinya mampu bertahan selama satu hari, walaupun mengguna secara optimun. Ia dilengkapi bateri berkapasiti 2,000 miliampere-jam (mAh) cukup untuk pengguna yang bergiat secara aktif dengan teknologi jalur lebat (internet). Satu specifikasi yang cukup gah untuk dimiliki.

Harganya yang mampu milik, boleh didapati pada harga RM899 seunit di pasaran atau di pusat-pusat jualan Ninetology di seluruh Malaysia. Boleh lihat secara ringkas specifikasinya:
  • Dimensions: 145 x 68.2 x 8.4 mm
  • Weight: 164 grams
  • Colors: White
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 400, 1.2GHz quad-core CPU
  • GPU: Adreno 305, 400MHz
  • Operating System: Android 4.3 KitKat
  • Memory: 1GB RAM, 8GB ROM, microSD up to 32GB
  • Display: 5”, 720 x 1280 IPS LCD, ~294PPI
  • Network: GSM 900/1800 MHz, WCDMA 900/2100 MHz, LTE 1800/2600 MHz
  • SIM: GSM / WCDMA / LTE
  • Data: HSDPA+ DL≈42Mbps, UL≈11Mbps, EDGE & GPRS – class 33
  • Wi-Fi: 3.0 + HS
  • Bluetooth: BT 3.0
  • GPS/A-GPS: Yes
  • Camera: 1.6MP front; 13MP rear with autofocus, digital zoom, f/2.2/2.4 aperture, 720p @ 15fps
  • Sensors: Proximity, ambient light, e-compass, G sensor
  • USB: USB 2.0
  • Audio output: 3.5mm audio jack
  • Battery: 2000mAh Li-ion
  • Notable features: LTE connectivity, FM radio
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Ninetology U9Z1T Berteknologi LTE 4G"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top