sensasi2020

Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | sensasi2020 Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - sensasi2020

Salam Kemerdekaan Ke-57 | Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Saya dengan rasa bangganya ingin mengucapkan "Salam Kemerdekaan Ke-57 kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara. Hayati tema hari kemerdekaan tahun 2014 ini agar kesetian dan kecintaan kita semakin bertambah.


Selamat Hari Merdeka ke-57
Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Kita perlu rasa bangga kerana negara kita bebas daripada cengkaman penjajah. Kita perlu bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin terdahulu yang sanggup berkorban nyawa untuk tanahair tercinta bagi mengapai sebuah kemerdekaan.

Sekarang ini sudah kali ke-57 negara kita menyambut hari kemerdekaan. Kita dapat hidup dengan aman dan sentosa. Tiada perperangan, rusuhan kaum,  kacau-bilau berlaku di negara kita, tidak seperti di negara lain seperti Palestin, Iraq,  Syria, Afganistan dan sebagainya yang   sentiasa huru-hara dengan perperangan.

Kenikmatan yang kita kecapi tidak akan kita rasai... jika saling bercakaran. Melihat situasi kini, keadaan politik kita semakin bercelaru. Negara besar yang lain terus ke hadapan, tapi kita masih lagi bertelagah untuk memilih pemimpin sebagai ketua.

Bangkitlah anak merdeka, wawasan 2020 sudah semakin hampir, namun jika negara kita sudah semakin maju. Bagaimana pula dengan kehidupan rakyat? 

Buat apa negara kita maju, tetapi kehidupan rakyat sensara. Kos hidup yang tinggi, pendapatan rakyat yang rendah. Ini perlu juga diambil perhatian oleh kerajaan.

Sama-sama kita berdoa ke hadrat Yang Maha Esa, agar bumi bertuah Malaysia terus aman, damai, makmur, sentosa.



Lagu Tema Kemerdekaan 2014 -Malaysia Di Sini Lahirnya Se buah Cinta


Saya Anak Malaysia


                               
Malaysia Di Sini Lahirnya sebuah Cinta
Saya Anak Malaysia

  • Saya Anak Malaysia yang sentiasa mengikut Perlembagaan Negara, tidak sesekali melanggar piagam yang telah ditetapkan.  Ini adalah tanda kesetiaan kita terhadap Malaysia dan sentiasa patuhinya.
  • Apabila kita tanam kesedaran yang hakiki dalam diri, maka kita akan taat setia pada negara tanpa dipaksa.
  • Marilah sama- sama kita meriahkan hari kemerdekaan kali ke-57 ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan, rumah, pejabat dan kedai.
                               
Anak-Anak Lahir Selepas Kemerdekaan
  • Saling hormat-menghormati sesama kita rakyat Malaysia. Jangan membakar api perkauman, kelak negara kita binasa angkara perselisihan faham antara kaum dan agama.
  • Memupuk semangat nasionalisme di hati rakyat setiap warga negara Malaysia, agar kecintaa kita terhadap Malaysia tetap utuh bersemi.
  • Menjayakan cita-cita negara untuk menjadi negara maju ke arah wawasan 2020. Bila negara kita maju, maka pihak luar akan menghormati kita dan akan didengari setiap apa yang kita utarakan dan bantahkan.
Akhir kata, "Salam Kemerdekaan Ke-57" buat semua rakan- rakan jangan lupa pada 31 Ogos ini untuk kita meraikannya.

Mohon kemaafan kepada rakan- rakan semua yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam apa jua yang diberikan selama ini.

Semoga rakan-rakan semua hidup dengan selesa dan dilimpahi rahmat Allah Taala.

"Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".  Slogan yang menyentuh setiap insan di Malaysia.

Entri ini adalah menyambut cabaran segmen daripada blog Denaihati. Semoga mendapat tempat di hati penganjur.
Back To Top