Sultan Perkenan Tan Sri Khalid Kekal Menteri Besar Selangor


Sultan Perkenan Tan Sri Khalid Kekal Menteri Besar Selangor. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim amat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Majlis Penasihat Diraja Selangor di Istana Alam Shah dengan mendapat perkenan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.


Tan Sri Khalid Dipecar Daripada PKR, Tan Sri Khalid ketika Disidang Media
Tan Sri Khalid Ketika Di Sidang Media

Mesyuarat ini berlangsung selama lebih daripada dua jam bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Ia turut dihadiri oleh Sultan Selangor dan anggota Majlis Dewan Diraja Selangor  Dengan keputusan mesyuarat tersebut, Tan Sri Khalid akan terus mentadbir kerajaan Selangor seperti biasa.


Kenyataan Media Oleh Tan Sri Khalid
Kenyataan Media Oleh Tan Sri Khalid Ibrahim

Beliau kelihatan tersenyum dan bergembira dengan keputusan ini. bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit. 

Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid telah mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang tadi.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga berkemungkinan akan menyertai parti PAS bagi membolehkan beliau terus mentadbir negeri Selangor dengan lancar untuk meneruskan kebajikan untuk rakyat Selangor dengan jayanya. Beliau sudah sebagai ADUN bebas dan tidak tergugat dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar, malahan tidak kisah dengan pemecatannya daripada parti PKR.

Bagaimanapun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sebuah portal turut menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletak jawatan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Sultan Perkenan Tan Sri Khalid Kekal Menteri Besar Selangor"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top