Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR


Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seumur hidup berkuatkuasa serta-merta.


PKR Pecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dipecat Oleh MPP, Menteri Besar Sah Dipecat
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu terpaksa dilakukan pada Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) setelah meneliti dan menyiasat tentang displin dan tatatertib terhadap Menteri Mesar Selangor itu.

Apabila pemecatan itu berlaku maka, Abdul Khalid Ibrahim secara rasminya menjadi ahli bebas ADUN N46 Perlabuhan Klang  walaupun masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didapati telah melanggar dan mengingkari keputusan MPP yang bermesyuarat pada 21 Julai lepas yang sebulat suara untuk mengantikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sewajarnya beliau dipecat setelah keengganan beliau meletakkan jawatan tersebut.

Antara Keengganan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

  • Menangguhkan proses dan pembincangan mengenai Projek Langat 2.
  • Menangguh kenaikan elaun speaker, menteri besar, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
  • Gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dipersetujui sendiri oleh Abdul Khalid Ibrahim.
  • Gagal dalam mematuhi terhadap Jawatankuasa Penstruktur Air Selangor dalam isu penstruktur aset air Selangor.
  • Berkeras mahu meneruskan Projek Lebuhraya Kidex walaupun beliau telah diarahkan untuk mengkaji semula projek tersebut.
  • Gagal memberi penjelasan sepenuhnya kepada MPP mengenai pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Ekoran pemecatan ini, Abdul Khalid mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat rayuan tentang keputusan MPP. Walaupun Abdul Khalid telah menghantar notis kepada Lembaga Displin PKR bagi membantah perbincangan ke atas kesnya, namun perbincangan diteruskan seperti yang telah dirancang oleh MPP bagi pemecatan tersebut.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top