Majlis Perkahwinan Mohd Ikhwan Dan Nor Hidayah 14 September 2014


Majlis Perkahwinan Mohd Ikhwan Dan Nor Hidayah. Selamat Pengantin buat anak saudaraku  Mohd Ikhwan Mohd Radzi dan Nor Hidayah Mostaffa yang disatukan dalam majlis perkahwinan Walimatulurus.... pada hari ini 14 September 2014 di Taman Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan.

                             
Saya dan isteri bergambar bersama pengantin
Saya Dan Isteri Bergambar Bersama Pengantin

Saya, isteri, kakak, anak saudara lelaki dan isterinya telah bertolak pada pukul 10 pagi melalui  Pandan Indah, Sungai Besi dan terus ke Seremban. Biasalah bila ke tempat negeri  orang, biasanya sesatlah yang sering terjadi.

                                                                     
Kad Undangan Majlis Perkahwinan
Kad Undangan Majlis Perkahwinan

Kami hanya berpandukan Aplikasi Waze di iPhone 5S untuk menunjuk arah. Satu saja masalahnya, bila tersalah lorong jalan ia akan sesat dan perlu melalui jalan lain pula untuk ke destinasi tersebut.


Aturcara Majlis Perkahwinan

Majlis Undangan Pihak Perempuan



Kad Undangan Pihak Perempuan
Kad Undangan Pihak Perempuan

Pasangan: Nor Hidayah Binti Ramli dengan pasangannya Mohamad Ikhwan Bin Mhd Radzi. 
Tarikh: 14 September 2014 bersaman 19 Zulkaedah 1435 H.
Masa: 11.30 am - 4.00 pm.
Tempat: No.355, Jalan Sri Pagi 7, Taman Sri  Pagi, Senawang, 70450, Negi Sembilan Darul Khusus.
Turut Mengundang: Ramli Bin Salleh dan Foziah Binti Ithman.


Kenangan Bersama Pengantin
Kenangan Bersama Pengantin

Majlis Undangan Pihak Lelaki



Kad Undangan Pihak Lelaki
Kad Undangan Pihak Lelaki

Pasangan: Mohamad Ikhwan Bin Mhd Radzi dan pasangannya Nor Hidayah Binti Ramli.
Tarikh: 20 September 2014 bersaman 25 Zulkaedah 1435 H.
Masa: 12.30 am - 6.00 pm.
Tempat: PT 430, Taman Sri Pinang, Kampung Sungai pinan, 16040, Palekbang, Tumpat, Kelantan.
Turut Mengundang: Mhd Radzi Bin Salleh & Rohani Binti Mostaffa.

Aplikasi Waze, Guna Waze Ke destinasi
Guna Waze Ke Senawang, Negeri Sembilan

Akhirnya sampai juga di Senawang. Sebelum sampai saya melaui Nilai dahulu. Entahlah... sesat punya pasal. Orang lain pergi hanya ambil masa 1 jam, kami pula ambil masa 2 jam untuk tiba di sana iaitu dalam jam 12 tengahari. 

                             
Majlis Perkahwinan Nohd Ikhwan Dan Nor Hidayah
Keluarga Di Sebelah Pihak Pengantin Lelaki

Inilah kali pertama menjejaki ke Negeri Sembilan. Suasana majlis amat meriah sekali. Sanak-saudara sebelah pihak pengantin lelaki akhirnya tiba juga di rumah pengantin perempuan. Suasana amat meriah sekali. Hidangan cukup menyelerakan, maklum sajalah nak ke sini kami semua belum makan apa-apa lagi.

Apa lagi terus lah saya hentam nasi minyak sampai perut buntal.  Tak sangka ya masakan orang Negeri Sembilan amat sedap. Tidak rugi..., jalan jauh-jauh tapi ianya cukup menyelerakan.

Kami doakan agar dua padangan 'Raja Sehari" Mohd Ikhwan & Nor Hidayah ceria dan berbahagia hingga ke Syurga Jannah...... Amin!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Majlis Perkahwinan Mohd Ikhwan Dan Nor Hidayah 14 September 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top