Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014


Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014. Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha atau pun Hari Raya Qurban adalah perayaan hari raya terbesar di dalam kelandar Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri yang biasa kita sambut pada 1 Syawal setiap tahun. Salam Aidiladha buat semua sanak-saudara dan rakan-rakan semua..... maaf, zahir dan batin.

                             

Selamat Hari Raya Haji | Salam Aidiladha


Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah pada setiap tahun. Ia bermula ketika Takbir pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha berserta khutbah Aidiladha diakhir solat sunat Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah. Selepas solat selesai, maka acara qurban akan dijalankan dengan mengorbankan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, unta dan Qibas. Ia boleh dilakukan sama ada 10, 11, 12 atau 12 (siang hari). Semua hari tersebut dipanggil Hari Tasyrik.
                             
Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

Aidiladha adalah perayaan istimewa kerana ia merupakan hari untuk seluruh umat Islam memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi tuntutan perintah Allah Taala.

                                 


Ibadah korban ini hanya boleh dijalankan pada hari Tasyrik bermulanya selepas khatib sudah membaca khutbah pada pagi Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
                             
Pusat Penyembelihan

Alhamdulillah...Hari Raya Haji tahun ini dapat membuat bakti secara sukarelawan di Masjid Taman Kosas. Dapat bersama-sama jemaah Masjid Taman Kosas dalam upacara penyembelihan lembu, kambing dan biri-biri. Selepas itu daging korban dilampah dan disiankan di pusat penyembelihan yang disediakan.



Sebelum daging korban diagihkan, Kita semua bersolat Zuhor dahulu secara berjemaah. Pihak Masjid Taman Kosas telah membahagikan daging korban pada semua yang terlibat, anak-anak yatim, orang miskin, penduduk tempatan dan diikuti oleh warga asing yang beragama Islam.
                               

                                   

                                 

Akhir kata.....dikesempatan hari yang mulai ini saya memohon kesepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada silap dan salah sepanjang kita berblogging. Selamat Hari Raya Haji dan Salam Aidiladha.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Selamat Hari Raya Haji Salam Aidiladha 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top