sensasi2020

Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi | sensasi2020 Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi - sensasi2020

Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi

MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Karnival ini berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor. Satu ekspo bagi menarik pengunjung untuk mengetahui aturcara agensi kerajaan iaitu Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia dan program yang mereka jalankan untuk memperkenalkan teknologi terkini berkaitan pertanian, peladang dan perternak. 

Ekspo ini berlangsung pada 20 November 2014 dan berakhir pada 30 November 2014. Acara bermula pada 10.00 pagi - 10 malam tetapi pada 29 dan 20 November dilanjutkan ke 12.00 tengah malam.


MAHA 2014
MAHA 2014

Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi



MAHA 2014
Carta MAHA 2014



Pameran Pertanian Hortikulktur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 adalah sebagai platform perniagaan untuk usahawan tani muda menonjolkan diri bagi memberi satu kaedah memperkenalkan produk mereka agar lebih berpotensi yang lebih baik.

Penganjuran ini berlangsung dua tahun sekali, ia telah bermula semenjaka tahun 2008 lagi. Program ini ini sangat dinanti-nantikan oleh peladang, perternak dan nelayan di seluruh Malaysia.

Banyak kebaikan yang ketara telah dilakukan oleh MAHA 2015 ini bagi memberi pendedahan kepada usahawan tani muda untuk terlibat dengan lebih serus lagi bagi mencapai wawasan 2020 yang akan tiba berberapa tahun lagi. Inilah masa terbaik untuk usahawan tani muda, khususnya di luar bandar yang hadir bagi memperkenalkan produk dan inovasi mereka untuk para pengunjung.

Ramai agensi kerajaan, swasta, usahawan tani, pameran dan jualan telah menyertai karnival ini. Antara yang terlibat menjayakan program karnival ini iaitu Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia sebagai host dan disokong oleh Visit Malaysia Years 2014, dibantu oleh agensi FAMA, MARDI, kerjasama RTM, KTM serta mendapat penajaan bersama daripada Kosmo, Agro Bank, TEKUN, Jabatan Perikanan Malaysia dan banyak lagi. Usahawan 1Azam juga terlibat sama untuk mereka promosikan produk mereka.


Peluang Menang Hadiah Lumayan



MAHA 2014, Mini Studio Kosmo
Mini Studio Kosmo
 

Peraduan Teka Rantai Kunci Agrobank anjuran Kosmo! dengan kerjasama Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agro Bank) yang bermula pada hari pertama lagi dan terakhir pada 30 November 2014. Ia di adakan di Dewan Utama MAEPS dan ianya di buat di Studio Mini Kosmo.

Peraduan ini bersesuaian dengan MAHA 2014 bagi menarik ramai pengunjung dan dapat memeriahkan suasana di pameran ini. Ia pula ditambah dengan hadiah menarik seperti Samsung S5 sebanyak 4 unit, Samsung Tab untuk 11 peserta bertuah, hamper dan hadiah kuiz sampingan. Kepada yang berjaya meneka dengan tepat jumlah kunci berpeluang mendapatkan gadget tersebut dan hanya perlu membayar RM1 sahaja. Berbaloikan....?



Cenderahati Daripada Kosmo
Cenderahati Daripada Kosmo

MAHA 2014
Bas Percuma Untuk Pengunjung

Semalan saya tidak sempat menyertai teka kunci ini, namun saya dapatlah juga bawa pulang cenderahati kerana berjaya menang kuiz yang mereka berikan. Rugi jika anda semua tidak hadir di pameran ini. Banyak boleh kita lawati di sana, bas untuk pengunjung ke destinasi terbabit turut disediakan. Bolehlah naik bas secara percuma yang disediakan oleh MAHA 2014.



MAHA 2014
Urutan Tradisional OKU Di MAHA 2014


Oh...lupa pula nak bercerita pasal satu gerai yang mempromosikan urutan tradisional. Tukang urut ini adalah orang OKU yang memberi servis tentang urutan. Untuk 15 minit mereka charge RM 10.00 dan jika urutan selama 30 minit mereka tetapkan pada kadar RM 20.00. Tidaklah terasa lenguh sangat nak berkunjung ke lain gerai pameran.


Foto-Foto Di Sekitar MAHA 2014











 
Jom bawa keluarga ke Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi, ajak rakan-rakan dan sesiapa saja untuk ke sana, boleh lihat kereta lembu, pameran lembu, kerbau, kucing, biri-biri, ayam dan sebagainya.
6 Komentar untuk "Jom Ke MAHA 2014 - Agroteknologi Pemangkin Tranformasi"

Sedih. Tak sempat saya nak pergi ke Maha ni sebab masih ada kat kampung sekarang.

terima kasih sharing... tak dapat pegi lah nampaknya... jauh bah

Tak apa Ammar, di KL ni banyak acara yang berlangsung, asal saja ada karnival, ekspo, pesta, pameran dan banyak lagi. Mungkin 2 tahun drp sekarang kita boleh pergi lagi.. Insya Allah jika panjang umur.

Tak apa boh... lain kali atau ada ekspo lain kat KL boleh datang juga, tidak semestinya di MAHA 2014 ini saja.

Tak berpeluang nak ke MAHA tahun ni

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top