Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama

Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawnan Separuh Akhir Pertama. Perlawanan peringkat kumpulan telah berakhir pada 29 November lalu, di mana empat pasukan yang sudah layak ke peringkat separuh akhir iaitu Malaysia, Vietnam, Filipina dan Thailand. Keputusan perlawanan peringkat kumpulan boleh rujuk di sini.



Piala AFF Suzuki 2014, AFF Suzuki Cup 2014
Piala AFF Suzuki 2014


Ingin Jana Income Tanpa Modal Jom

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama


6 Disember 2014 (Sabtu)

FILIPINA (   )  vs (   ) THAILAND
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Stadium Nasional Filipina. 


7 Disember 2014 (Ahad)

MALAYSIA (   ) vs (   ) VIETNAM
Masa: 8.45 malam.
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.


Pada perlawanan terakhir, Thailand mengalahkan Myanmar 2-0, sementara Malaysia mengatasi Singapura 3-1 dengan penuh bergaya. Malaysia bernasib baik apabila dapat tendangan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan, apabila Amri Yahaya ditolak jatuh oleh pertahanan Singapura Shakir Hamzah di dalam kotak penalti.



Pengadil perlawanan Al Kaf Ahmad Abu Bakar Said dari Oman tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada Malaysia. Safiq Rahim, ketua pasukan Malaysia ditugaskan membuat tendangan penalti. Beliau tidak menghamparkan peminat di seluruh negara apabila mudah memperdayakan penjaga gol Singapura. 

Selepas jaringan Safiq Rahim, Indra Putra Mahayuddin yang masuk mengantikan Safee Sali tidak terlepas untuk melakarkan nama selaku penjaring dengan meledak gol ketiga pada minit kecederaan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
6 Komentar untuk "Piala AFF Suzuki 2014: Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama"

Hopefully Malaysia akan mempamerkan persembahan yang bagus untuk malam separuh akhir nanti

harap2 lah Malaysia dapat sampai menjulang piala kemenangan

good luck harimau malaya.

Malaysia terpaksa akur kalah dgn Vietnam 1-2, moga di Hanoi nanti kita berjaya dgn keputusan 2-0. Insya Allah...

Malaysia menempuh jalan berliku, ini seduatu yg sukar buat mereka di Hanoi nanti. Moga menang 2-0 di sana nanti.

Pasukan Harimau Malaya ada 90 minit lagi untuk mereka menuju ke final tetapibperlu mengalahkan Vietnam dgn jaringan 2-0 atau 3-1.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top