Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun

Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun. Sebelum ini kita mendapat berita perkhabaran yang tidak baik daripada KWSP mahu menaikkan had umur pengeluaran kepada 60 tahun tetapi hari ini mereka bertukar pendirian dengan mengekalkan umur 55 tahun had dibenarkan pengeluaran KWSP.


                               
Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)




Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun


Sebelum ini cadangan Kumpulan Wang Simpanan pekerja ( KWSP) untuk menaikan had umur pengeluaran kepada 60 tahun mendapat bantahan dan kritikan orang ramai daripada pelbagai pihak, baik di kalangan pencaruman malahan kesatuan sekerja dan NGO juga tidak bersetuju.

Perdana Menteri, Mohd Najib Razak telah mengumumkan bahawa pengeluaran penuh caruman seperti biasa iaiatu pada umur 55 tahun dan mereka juga dibenarkan membuat caruman baru sekiranya ingin meneruskan pekerjaan selepas had umur 55 tahun dan boleh dibuat pengeluaran pula setelah mencapai umur 60 tahun jika mereka telah bersara.



Perkhabaran Gembira Pencarum KWSP


Ini perkhabaran gembira buat 14.2 juta pencarum, mereka boleh menarik nafas lega sekarang. Segala titik peluh mereka selama 55 tahun bekerja mendapat reaksi positif daripada Perdana Menteri.

Menurut Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, beliau sedar tentang kebimbangan yang disuarakan oleh orang ramai tentang sebarang perubahan yang berkaitan KWSP mendapat reaksi yang amat hebat. Ini terbukti, dalam tempoh 2 hari saja lebih 50,000 rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam kaji selidik secara online berhubung cadangan had umur pengeluaran 60 tahun itu dibuka oleh pihak KWSP melalui i-Akaun.



KWSP Akur pengumuman PM


KWSP akur dengan pengumuman Perdana Menteri Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun. Semoga selepas ini tiada lagi isu tersebut diungkit lagi. Rakyat sedar dengan pengeluran had umur kepada 60 tahun umpama  "Mencarum Sampai Ke Kubur"

Biarlah rakyat sendiri yang menentukan wang pengeluran KWSP itu untuk digunakan pakai nanti. Kita sebagsi pencarum sudah tentu akan digunakan sebaik mungkin bila dikeluarkan nanti. Apa yang penting wang itu boleh memberi keselesaan untuk hari tua kita nanti. Sebagai pencarum yang bijak, wang itu boleh dibuat pelaburan yang menguntungkan.

Akhir kata dari saya Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun memang relevan dan biarlah ianya dikekalkan atau lebih baik lagi dibuat pengeluaran pada umur 50 tahun. Apa reaksi anda jika di buat pengeluaran pada umur 50 tahun? Sila beri reaksi anda di ruangan komen.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Pengeluaran Caruman KWSP Kekal 55 Tahun"

syukur ianya dapat dikekalkan, kalau tak lagi lama nak tunggu.

Yalah Ikhwan.... saya pun bersyukur sangat-sangat segala isu yang berbangkit telah selesai. Lega rasanya.............

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top