5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia

5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia. Sebut saja telekung, ramai yang mula terbayang di fikiran sejenis kain yang menutup aurat untuk kaum muslimah. Ia sejenis persalinan yang dipakai untuk menutup aurat, tubuh badan wanita ketika bersolat, berkunjung ke tempat keraian, menghadir diri ke rumah sanak-saudara dan sebagainya.

Jika dahulu telekung biasanya dilihat berwarna putih, namun kini ia dihasilkan dengan pelbagai corak, warna dan pelbagai bunga di ropo di tepinya.

Industri fesyen terkini membuatkan pelbagai jenama dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi dan banyak syarikat/butik yang ada di Malaysia mula mereka cipta sesuatu yang unik dan menarik bagi menarik kaum muslimah.


5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia


Jom mari kita serbu 5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia. Saya akan senaraikan beberapa jenama terkenal yang mendapat tempat di hati para pengguna terutama kaum muslimah.





Telekung Siti Khadijah - Selesa, Puas, Yakin.


Pengasas dan pemilik empayar jenama Telekung Siti Khadijah adalah Padzilah Enda Sulaiman. Dilahirkan di Slim River, Perak. Syarikat ditubuhkan pada tahun 2009 di beri nama Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd. Ada 3 jenis koleksi reka cipta yang terdapat pada telekung Siti Khadijah iaitu Original, Klasik dan Moden. 




Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Fareeda - Nyata Jelita



Pengasas dan pemilik butik Fareeda Scarf adalah Faridah Zakaria, ibu kepada Mawar Abdul Karim isteri kepada Fizo Omar. Syarikat ini diberi nama Fareeda Global Resources Sdn Bhd dan pada tahun 2009 adalah tahun penubuhannya. Dibuat dan dipasarkan oleh Fareeda House Of Scarf. Menggunakan tagline "Dengan Tudung Fareeda, Anda Nyata Jelita". Telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sudah popular di seluruh Malaysia sehingga kini.







Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Ariani - Galeri Skaf & Selendang


Pengasas dan pemiliknya adalah Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak Syarikat Kumpulan Jakel. Ditubuhkan pada bulan April 2008, mula beroperasi di Jalan Masjid India, berhadapan Jakel Kuala Lumpur. Mempunyai 18 buah cawangan di Seluruh Malaysia.





Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Wanda Hijab - Hijab Online Terbaik Pilihanmu



Berdaftar atas nama Wanda Vista Enterprise, mula bertapak di Tesco Cheng, ditubuhkan pada tahun 2009. Produk utama syarikat Wanda Vista ialah telekung, tudung dan abaya. Sekarang ini sedang giat untuk dipasarkan seluruh Malaysia. Saya tidak pasti siapa pengasasnya, ia tidak dinyatakan.




Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Al-Kauthar - Telekung Eksklusif Al-Kauthar


Telekung Al-Kauthar dijahit oleh penguasa tempatan (Buatan Malaysia). Norliza Hayati Haji Ahmad Shairuzi selaku pengasas Telekung Eksklusif Al-Kahthar. Ia sesuai umtuk kaum muslimah terutama untuk bersolat, umrah, haji, sedekah, wakaf dan hadiah. Saya tidak pasti ilakah ianya ditubuhkan, ia tidak dinyatakan.


Hanya ini saja 5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia yang menjadi pilihan saya untuk direview. Kalau diikutkan memang banyak yang terdapat di Malaysia. Berpeluh jugak nak cari maklumat tentang jenama popular berkaitan telekung, maklum sajalah ianya perlu pencarian yang teliti dan ditambah pula tiada maklumat lengkap yang kita boleh perolehinya. Ia amat terhad....

Oh lupa nak war-warkan bahawa satu syarikat baru yang semakin popular, yakni Telekung Reehas Pilihan Muslimah yang sedang top diperkatakan di Malaysia dan sedang menganjurkan satu kontest untuk memperkenalkan syarikat mereka. Ia ditubuhkan pada tahun 2015, sebelum hari raya Aidilfitri yang lepas. 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
12 Komentar untuk "5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia"

telekung tudung selendang tak sama kan hurm...tapi ia mampu tutup kepala. muslimah sekarang bijak membeli manang memakai ahai.
semoga berjaya admin ;)

wah template baru yang mantap :)... Terbaik brother kamil :)..

sekarang dah popular instant shawl..budak budak muda lebih prefer sebab mudah main sarung jer dan cantik

Telekung Siti Khadijah paling top! Dengar cerita telekung ni terjual hampir 1000 unit per siaran di AstroGoShop

Telekung Alkauthar makin mendapat tempat di hati pengguna.
Terbaik!!

Telekung Al Kauthar eksklusif patuh syariah mmg best, selesa dgn saiz muka sesuai dan labuh ke tangan lapisan dalamnya, sgt yakin bila menyarungnya :)

Saya memang cerewet pilih telekung. Tapi tidak tudung. Tudung bawal pun ok je.telekung siti khadijah dan telekung al kauthar memang buat koleksi. Agak mahal tetapi berbaloi sebab nk pakai 5x sehari dan pakai lama.

Saya memang cerewet pilih telekung. Tapi tidak tudung. Tudung bawal pun ok je.telekung siti khadijah dan telekung al kauthar memang buat koleksi. Agak mahal tetapi berbaloi sebab nk pakai 5x sehari dan pakai lama.

I've Observed That In The World The Present Moment, Video Games Are Classified As The Latest Fad With Children Of All Ages. Periodically It May Be Impossible To Drag Your Kids Away From The Video Games. If You Want The Best Of Both Worlds, There Are Plenty Of Educational Games For Kids. Interesting Post.

saya yakin informasinya bermanfaat juga buat orang-orang atau pengunjung yang sudah membacanya.
Live Casino Online
Live casino
casino online
agen casino
sbobet casino

Definitely a great post. Hats off to you! The information that you have provided is very helpful.
Taruhan Bola | Live Score | Agen Bola | Judi Bola | BET365 | Livescore | poker | Poker Online |Agen Sbobet

Jenama Al-Kauthar dan Siti Khadijah memang sudah terkenal di pasaran Asean sekarang ni

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top