Jerebu Kembali Lagi

Jerebu Kembali Lagi

Jerebu sekarang sedang menghantui negara dan sekolah di enam negeri diarah tutup oleh Kementerian Pendidikan ekoran peningkatan Index Percemaran Udara (IPU) amat tidak sihat, boleh menjejaskan kesihatan murid-murid.


                                 
Jerebu Kembali Lagi
Murid-Murid Bertopeng Akibat Berjerebu



Jerebu Kembali Lagi


Negeri-negeri yang terlibat dalam penutupan sekolah adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Namun begitu bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan hari ini di bawah Ops Topeng.

Mengikut keadaan semasa semalam, Laporan daripada Jabatan Alam Sekitar menyatakan bahawa 14 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat dan semakin merosot sehingga pagi ini.

Keadaan ini menyebabkan 6 buah negeri diarah tutup sesi persekolahan kerana ia merbahaya kepada pelajar sekolah.

Jabatan Alam Sekitar akan memantau dari masa ke semasa, jika ia terus merosot, maka esok sekolah tetap ditutup lagi. Keadaan jerebu perlu dipantau setiap masa dan memastikan semua IPU berada di paras sihat agar murid-murid selesa untuk belajar dan guru-guru tidak rungsing dengan keadaan Jerebu Kembali Lagi ini.

Sama-sama kita doakan dan solat hajat agar keadaan ini terus menjadi normal seperti biasa. Insha Allah....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
4 Komentar untuk "Jerebu Kembali Lagi"

betul tu,.masa tu ingatkan jerebu dah takde.tapi seminggu dua ni ada balik jerebu..Harap ianya tidak berpanjangan..Kesian kat anak-anak dan diri kita jugak

susah kalau begini asyik berjerebu sahaja..sekolah selalu sahaja tutup

itulah, padahal hujan hari2 still jerebu. kenalah banyakkan berdoa

wah sama di indonesia juga banyak jerebu khususnya di pekanbaru nich

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top