Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?

Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang? | Pasti ramai yang tertanya-tanya persoalan sebegini sekarang ini, lebih lagi kita sekarang berada di tahun 2016 dan 4 tahun lagi kita ke tahun Wawasan 2020, status negara maju, rakyat berpendapatan tinggi dengan mengikut acuan kita sendiri. Yalah ramai yang ada laman blog, macam cendawan tumbuh selepas hujan.



Masih Relevankah Laman Blog Sekarang
Laman Blog

Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?

Persoalan ini dah bertahun-tahun ditanya oleh pemilik blog berkaitan relevankah lagi laman blog di zaman teknologi kini? Sebut saja laman blog ramai yang sudah tahu. Walaupun ramai yang dah memilikinya, namun bukan semua betul-betul hebat nak menghasilkan artikel yang berkualiti. Bagi mereka blog ini sekadar menulis apa yang mereka lakukan setiap hari dan dipublish. Semacam blog dairi buat mereka. Selepas itu mereka membuka kembali untuk membaca semula apa yang mereka tulis. Banyak lagi boleh buat dengan blog yang anda miliki. Pesanan saya jangalah menyampah dengan blog korang, banyak anda boleh buat dengan blog korang.

Sebenarnya ia lebih daripada apa yang anda boleh lakukan. Banyak yang boleh dibuat di laman blog korang. Jangan menyempitkan penggunaan laman blog korang. Cubalah cari informasi berkaitan dengan blog atau boleh lawati atau kunjungi blog yang terkenal/tersohor dan cuba lihat cara mereka menulis dan cuba teknik mereka gunakan.

Berbalik kepada pembincangan kita iaitu "Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?  Jawapan aku sudah pasti ya, malahan semakin relevan. Oh ya..! .Mari kita rungkai dahulu sejarah berkaitan blog, yakni siapakah yang mencipta laman blog dan bilakah artikel pertama ditulis di dalam sebuah laman blog.


Siapakah Mencipta Laman Blog



Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang
Evan Clark Williams

Blogspot merupakan sebuah laman blog pertama dihasilkan. Ia dicipta oleh Evan Clark Williams dan kemudiannyanya dibeli oleh Google pada tahun 2005. Secara dasarnya, nama sebenar laman blog adalah blogger dan kemudian ditukar kepada Blogspot sehinggalah sekarang dan menjadi satu flatform untuk para blogger di seluruh dunia menggunakannya dan semakin banyak tumbuh mengikut perkembangan semasa.

Evan Williams lahir pada 31 March 1972 di Nebraska. Beliau adalah wirausahawan Amerika Syarikat (USA) yang mengusahakan beberapa perniagaan. Seorang Computer Programmer dan Internet Entrepreneur. Beliau juga adalah CEO laman Twitter.


Apakah Fungsi Sebenar Laman Blog

Laman blog dan laman sesawang (website) adalah dua laman berbeza walaupun ada sedikit sebanyak persamaannya. Laman blog adalah ditadbir secara bersendirian atau berkumpulan. Maksud sebenar "blog" adalah "web-log" yang berfungsi sebagai sebuah laman diari harian dalam talian (online). Ia berpaksikan pada program pengaturcaraan yang sama dengan sebuah laman web iaitu HTML. Apa yang yang menariknya... korang tidak perlu mempelajari ecara mendalam tentang HTML untuk menghasilkan sebuah laman blog. Seperti juga laman web, laman blog juga boleh diterbitkan secara berbayar (Wordpress) dan percuma (Blogspot).

Laman blog bersifat interaktif dan tersusun. Mencipta sebuah laman blog hanya memerlukan masa kurang 40 minit sahaja untuk diterbitkan satu artikel ke internet. seperti juga laman web  blog juga perlu menulis sesuatu maklumat berkaitan untuk membolehkan ia berada di Google Search.... jika ianya artikel berkualiti dan ada terapkan SEO, ia semakin mudah berada di page 1. Jangan ingat "Blogging Bukan Untuk SEO Semata-mata?"

Sebuah laman blog yakni diari online dicipta atas pelbagai tujuan dan ada matlamatnya yang tertentu. Seorang blogger ada matlamat mereka tersendiri. Contohnya, ada juga yang menulis blog sekadar suka-suka. Ia bersifat lifestyle. Ada juga yang dikhususkan untuk informasi untuk pembaca yang ingin mencari maklumat tertentu. Ada juga yang menjana pendapatan melalui blog, seperti menulis artikel berbentuk review daripada syarikat produk tertentu. Sambil itu diblog mereka dipasang dengan iklan dan juga affiliate supaya ada yang klik atau membelinya.

Ada yang lebih hebat lagi, yakni mereka boleh dapat ribuan ringgit kerana menyertai sesuatu contest. Ada contest berbentuk review, segmen, giveaway dan yang paling menarik ada kategori artikel terbaik dan kategori SEO. Nak sertai contest SEO, boleh layari di artikel ini "Pengalaman Bersama ONEXOX"


Kesimpulannya

Memiliki sebuah laman blog adalah perkara yang sangat mudah, Cuma yang sukarnya adalah artikel yang berkualiti dan mendapat tempat di halaman enjin carian google, yahoo, internet explorer, MSN dan sebagainya. Tema sesebuah laman blog adalah sangat penting dan paling utama untuk diterapkan dalam blog anda. Ia akan menampakkan keunikkan dan berterampilan yang sempurna serta menarik pembaca untuk terus berada di blog anda. Ini akan meningkatkan pageview di blog korang. 

Buatlah perancangan dan penelitian terhadap artikel anda, namun ada dua jenis artikel yang selalu kita perolehi iaitu "Kiriman Spontan" dan "Kiriman Berkala". Kiriman Spontan adalah artikel yang dihasilkan apabila mood anda datang secara tidak sengaja manakala Kiriman Berkala adalah artikel yang anda telah rancang dengan rapi sebelum dimuatkan pada blog.

Jika mahu lebih hebat,boleh sertai blog komuniti seperti "Best Blogger Network" untuk berkarya dn memberi sesuatu yang istimewa tentang penulisan anda. Blog #BBN sekarang sedang giat diperbaiki agar memenuhi segala kreteria yang telah ditetapkan oleh pihak admin sensasi2020, mrhanafi dan alongxp.

Tulislah dengan hati yang ikhlas, ikut gerak tari jari-jemari di keyboard (papan kekunci) dan tulislah perkataan yang sopan-santun dan berbudi bahasa supaya ada yang ska dnegan artikel anda. Jangan lupa selalu blogwalking di blog rakan-rakan lain agar kita dapat jalinkan ukhwah di antara blogger. Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat anda mengetahuinya "Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?" Insha Allah...

Wassalam...... 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
12 Komentar untuk "Masih Relevankah Lagi Laman Blog Sekarang?"

walaupun zaman sudah berubah dan media sosial terus menguasai kehidupan saya tetap memilih blog sebagai medium perkongsian ilmu

blog saya gunakan sebagai kedai online saya, insyaAllah tak jemu

beza blog dengan fb banyak juga, salah satunya pelanggan lagi ramai dari blog berbanding fb

Sekarang ni hampir setiap orang ada blog, samada untuk personal ataupun berbisnes kan..so pastinya masih relevan

betul tu, blog masih relevan, terutama bila fb membuat banyak peraturan

Banyak kelebihan ada laman blog. Di samping blog sebagai catatan dapat juga duit dari adanya blog.

Apa yang paling seronok dengan blog ni bila dari blog kita dapat hasil. Suka aje rasa.

Masih baru dengan blog ni. Nak kena belajar lagi. Terima kasih dengan perkongsian admin.

walau zaman sudah 2016 .. saya tetap memilih blog untuk menuang isi pikiran saya ...

masih baru jugak dgn blog,,

Setelah berathun blogging baru hari ni tau siapa owner Blogger/ Blogspot. Menarik entri ni walaupun agak backdated dah topiknya berbanding time saya membacanya.

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top