Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque

Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque | Wow....hebat dapat hadiah cabutan daripada Les' Copaque semasa pergi ke Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) anjuran Denaihati Network tempoh hari. Perhimpunan para blogger Malaysia lebih daripada 300 orang, betul-betul meriah tahun ini.


hadiah Cabutan Bertuah SBb2016 Les' Copaque
Les' Copaque Upin & Ipin

 Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque

Syukur Alhamdulillah..... dapat hadiah cabutan bertuah Les' Copaque semasa Majlis meriah Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) pada 14 April 2016 di Dewan Hotel Campbell, Kuala Lumpur.





Sesuatu yang bermakna untuk tahun ini. rezeki yang datang berkat doa seharian agar dipermudah dan dimurahkan rezeki. Ia juga boleh dikatakan rezeki untuk baby yang ke-5 saya yang baru lahir pada 2 April 2016 yang lalu. 

Pada tahun SBB2014 dapat produk Ephyra, SBB2015 dapat beberapa buku seperti "Ahli Sunnah Wal Jamaah", "Pinjaman", "10 Soalan Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia" dan lain-lain tajuk buku lagi dan pada tahun 2016 ini koleksi Upin & Ipin. ho...ho....!!!

Alhamdulillah banyak-banyak terhadap Allah Taala yang memberikan kami zuriat (gegurl) yang sempurna. Keesokkannya terus pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk buat Sijil Kelahiran. Kami sekeluarga memberikan nama puteri kesayangan Nur Azalinda Syazreen.

Ok.... kita berbalik semuala terhadap cabutan bertuah yang saya dapat ini. Terdapat pelbagai jenama koleksi Upin & Ipin yang diperolehi antaranya adalah, DVD Upin & Ipin "The Musical Kuala Lumpur 2012", Mug, Keychain, Slepping Mask, Sponge Body Bath dan Tabung. Gembira betul anak-anak memiliki hadiah cabutan ini. Teriama kasih buat penaja Les' Copaque


Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque
Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Geng #BBN

Bukan saya sorang sebenarnya yang dapat hadiah cabutan bertuah di SBB2016. Ada ramai lagi Geng Best Blogger Network yang dapat seperti Hasrul Hassan (Jopana.my), Nor Diana, Sobri Mansor (Ephyra), Namia (Zeeta), Fatin Bella, Muhammad Zakwan Zain, Mahamahu (Umrah) dan Ariffin Hamzah Cik Pinz. maaf jika ada yang tertinggal lagi nama-nama yang tidak ditulis di sini. Hebatkan Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque ini.

Jutaan terima kasih buat semua penaja, semoga tahun depan #SBB2017 taja lagi dan ada banyak lagi penaja lain yang sudi menaja satu majlis besar-besaran untuk blogger bertemu dan bersual kenal dan meluaskan lagi network mereka.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Hadiah Cabutan Bertuah SBB2016 Les' Copaque"

selamat kalo begitu saya jadi ikut senang mudah mudahan kesuksesan selalu menyertai anda salam kenal dari saya

Untungla tuan punya badan....

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top