Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza

Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza. Dah ramai blogger yang singgah untuk merasai sendiri keistimewaan yang ada pada Nasi Lemak Pandan Mieeza yang semakin dikenali ramai itu. Semenjak gerai ini dibuka pada 16 Julai 2016 lalu, pelanggan sudah semakin bertambah ramai.


Bersama Blogger Kaki Makan Terkenal MahaMahu
Bersama Blogger Kaki Makan Terkenal MahaMahu

Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza 

Siapa yang tidak kenal dengan blogger kaki makan #bloggerkakimakan, MahaMahu yang hebat review pasal makanan di Malaysia. Beliau singgah di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza pada raya Aidiladha yang lepas. Boleh baca kisah beliau review pasal nasi lemak pandan mieeza bertajuk "Mencari Makan Tengah Malam Di Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza Pandan Indah"


Bersama Blogger Terkenal BRO Framestone Syukri Mohammad Nor
Bersama Blogger Terkenal BRO Framestone Syukri Mohammad Nor

Terbaru seorang Blogger Retis #blogretisofficial (BRO) atau Bro Framstone aka Syukri Mohammad Nor muncul depan gerai saya pada malam Ahad (1 Oktober 2016) sekitar jam 8 malam. 

Syok juga bila rakan blogger datang, kami lama juga berbuat pasal aktiviti bisnes berkaitan makanan. Kita sedia maklum beliau menjual char kuey teow goreng. Kita nantikan kisah ini yang akan muncul di blog beliau dalam waktu terdekat. Oh ya....beliau dah pun post di blog beliau "Nasi Lemak Pandan Mieeza Milik Blogger Kamil Salleh".

Blogger Terkenal Datang Boleh Melariskan Jualan 

Tahukah kita, kedatangan blogger ke gerai tempat kita berniaga boleh melariskan jualan dan dimurahkan rezeki buat kita. Ini kerana mereka akan postkan atau review entri mereka di blog. Apabila entri mereka ditulis, sudah pasti mereka akan kongsikan kepada rakan-rakan mereka dan memberi info terbaik kepada semua orang.

Sebelum ini, seorang blogger yang saya saya tidak kenali datang. Beliau adalah Amiruddin Nawawi. Saya sebelum ini tidak kenal tetapi beliau kenal saya. Tak apalah... yang penting beliau dah singgah dan beli nasi lemak pandan saya.


Bersama Blogger Terkenal CikPinz
Bersama Blogger Terkenal CikPinz

Blogger hebat yang lain menjejaki kaki ke gerai saya adalah CikPinz atau lebih dikenali sebagai Nor Afiffin Hamzah yang kebetulan beliau ada urusan pasal urusan #ProjekBloggerUtara di Kuala Lumpur.

Dikesempatn ini, dia datang berkunjung ke gerai nasi lemak saya, betul-betul di pintu masuk dan keluar Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah. Teruja sangat bila mana seorang blogger terkenal berkunjung ke gerai saya. 

Panjang juga kami berbual, maklum saja;ah dah lama tak jumpa beliau. kali terakhir masa perjumpaan blogger anjurana Denaihati di Hotel Cambell, Kuala Lumpur. Boleh baca kisah beliau tentang "Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger Kamil Salleh".

Selepas itu, seorang lagi blogger terkenal yang singgah di gerai nasi lemak pandan saya. beliau memang dikenali ramai, berwatak sederhana dan mesra dengan semua orang. Beliau aktif berbelog dan sentiasa bergerak disetiap event yang dia hadir. 


Bersama Blogger Terkenal Khir Khalid
Bersama Blogger Terkenal Khir Khalid

Khir Khalid sudah tidak asing lagi dalam kalangan blogger. Beliau datang pun setelah pulang dari melawat rakan beliau sempena sambutan Salam Aidilfitri di Ampang Jaya. Beliau tapau je nasi lemak pandan bersama sambal kerang dan sotong. jangan lupa ikuti kisah beliau ketika berkunjung ke gerai saya. "Tapau Nasi Lemak Pandan Mieeza Blogger Kamil Salleh".

Selang beberapa hari selepas itu, seorang lagi blogger wanita yang datang. Beliau kerap juga post entrinya di blog. Beliau adalah TunSha Ayunie aka Aunidenovella yang mana blog beliau jenis rojak tanpa niche. Saya sempat juga ambil gambar beliau tetapi beliau tidak mahu dedahkan foto untuk tatapan umum.

Beliau pun beli nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan ayam goreng ala ke KFC. Mari terjah artikel beliau review berkaitan "Nasi Lemak Pandan Mieeza Kepunyaan Blogger Kamil Salleh".

Bersama Blogger Terkenal Marzuki Gedek Mahbob
Bersama Blogger Terkenal Marzuki Gedek Mahbob

Keluarga Bro Mr Gedek Sedang Memilih Sambal Nasi Lemak Pandan
Keluarga Bro Mr Gedek Sedang Memilih Sambal Nasi Lemak Pandan

Namuin begitu, ada lagi blogger terkenal dan hebat yang berkunjung. Beliau adalah bro Mr Gedek aka Marzuki Gedek Mahbob yang terkenal dengan wataknya yang masam da garang. Beliau datang bersama keluarga. Yang bestnya beliau dua kali datang singgah di gerai saya.

Mereka beli banyak juga nasi lemak dan beliau meminati sambal kerang. Korang memang best dan awesome dan masyuk kan...?

Setelah itu berduyung-duyung yang datang, bukannya blogger sahaja yang singgah ke mari. Ada pelbagai kaum yang mengemari nasi lemak pandan Mieeza ini. Rezeki bertambah dan berkat doa dan usaha kami sekeluarga untuk mencari rezeki yang halal di bumi bertuah Malaysia terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.


Bersama Nad (Nadia Johari) Blogger Si Gadis Biru Terkenal
Bersama Nad (Nadia Johari) Blogger Si Gadis Biru Terkenal

Bersama Nad dan Mr Mafia Si Suaminya
Bersama Nad dan Mr Mafia Si Suaminya

Baru-baru ini Si Gadis Biru aka Nadia Johari yang datang bersama suami dan anaknya. Beliau pun saja dah kenal beliau ketika event anjuran Tuan Amir Denaihati jugak. Orangnya comel dan Mr Mafia si suminya yang kacak. Apa kata baca kisah beliau ketika berkunjung ke garai saya, "Makan Malam Nasi Lemak Pandan Mieeza Di Mid Point Shopping Complex Pandan Indah".

Berita Terkini: Dua orang blogger, satu lelaki dan satu wanita yang dah banyak kali saya jumpa mereka. Mereka ini adalah ahli kumpulan "Best Blogger Network". Saya hormati dua orang blogger ini.


Bersama Dua Blogger Namia Cinta dan Yeop Marz
Bersama Dua Blogger Namia Cinta dan Yeop Marz

Walaupun mereka tinggal jauh di sekitar area Ampang dan Kuala Lumpur tetapi sanggup datang demi memenuhi hasrat mereka untuk menikmati dan merasai keenakkan nasi lemak dan sambal kerang.

Mereka seakan membuak-buak untuk datang disebabkan dah ramai Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Mereka yang saya maksudkan adalah bro Yeop Marz dan Namia Cinta. Mereka ini rela datang awal semata-mata untuk berjumpa dengan owner Nasi Lemak Pandan Mieeza, yakni blogger Kamil Salleh.


Bersama Blogger Terkenal Yeop Marz
Bersama Blogger Terkenal Yeop Marz

Bersama Blogger Terkenal Namia Cinta
Bersama Blogger Terkenal Namia Cinta

Gerai dibuka pada 7 malam tetapi mereka dah berada di depan tapak gerai jualan pada pukul 6 petang lagi. Mereka rela menunggu beb....Satu sikap yang boleh kita puji dan sanjung. Segala urusan berjalan lancar, Insha Allah.... Boleh baca apa kata Namia Cinta tentang "Nasi Lemak Pandan Mieeza" dan Yeop Maz berkaitan dengan "Nasi Lemak Pandan Mieeza".

Berita Sensasi: Selepas Yeop Maz dan Mia datang, keesokkan malam pula, tiga blogger yang saya hoemati dengan kepakaran bidang masing-masing. Ia tidak asing di blog dan media sosial Facebook. Mereka terdiri daripada Aril Myzn, isteri beliau Dhia Vivadea dan Najeeb Abdullah


Bersama Blogger Aril Myzn, DhiaVivadea dan Najeeb Abdullah
Bersama Blogger Aril Myzn, DhiaVivadea dan Najeeb Abdullah

Mereka banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang bisnes terkini. Mereka memuji kelazatan nasi lemak ini. Dalam bisnes banyak cabarannya tetapi jika kita sabar dan berusaha, pasti ada sinar harapan suatu hari nanti.

Untungnya Jadi Rakan Blogger Terkenal

Inilah untungnya dapat berkawan dan jadi rakan blogger. Mereka sudi review tentang bisnes kita dan tidak mengharapkan sesuatu sebagai balasannya. Tanpa mereka, bisnes kita lambat dikenali ramai dan sukar untuk berkembang. kekuatan blog atau artikel sangat bagus untuk penjenamaan perniagaan kita.

Sehingga hari ini, banyak dah artikel berkaitan Nasi Lemak Pandan Mieeza telah dipostkan oleh blogger terkenal yang hebat-hebat belaka.

Jutaan terima kasih untuk rakan blogger yang saya kagumi. Korang memang sporting dan saling menyokong rakan-rakan lain demi sebuah persahabatan.

Saya doakan agar korang semua berjaya dalam hidup terutamanya berkaitan bisnes. Semoga Allah jadikan anda semua kaya dan berjaya baik di dunia mahu pun di akhirat. Insha Allah...

Jangan lupa ye.... ada masa dan teringin makan nasi lemak pandan Mieeza lagi, jangan segan dan jangan silu untuk berkunjung ke gerai saya. Harap-harap kita bersua lagi di waktu yang lain pula terutamanya bersua muka dan berbual bicara di gerai saya.

Wassalam....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
24 Komentar untuk "Blogger Terkenal Singgah Beli Nasi Lemak Pandan Mieeza "

Alhamdulillah...

Eh, nama kita salah eja he...23x

Alhamdullilah. InsyaAllah akan berkunjung lagi bila berkesempatan ke sana nanti.

Nice info.
Semoga busines makin berjaya.

oo buka malam ke. semoga sukses tuan

Terbaik lah bro Nasi Lemak sini sedap...

Alhamdulillah.... Dah perbetulkan.

Terima kasih byk2 CikPinz.... Korang memang sporting.

Tq Mustafa Zain.... Ada masa sudi-sudilah singgah.

Ya puan Raihanah, buka mlm saja, siang hari kerja lain tempat. Moga masin mulut puan.

Blogger kaki makan rasai sendiri nasi lemak pandan saya, itu petanda nasi lemak saya boleh pergi jauh dalam perniagaan gerai makan.

kalau siang boleh saya singgah bila2. kalau malam nanti kena minta husband bawa. insyaAllah

wahh.. mesti banyak nasi lemak ni.. hehe..


Lahai dapat tgk jerk.. nk pergi jao sgt.. hukhuk.. Lea singgah malam sini.. nak follow x jumpa button follow..

wiken buka siang ya tuan?

Tanpa Nama
delete

Terbaik lah bro Nasi Lemak sini sedap..

Broker forex Terpercaya

smoga terus susksess..

bestnya tuan kamil..semakin popular dengan nasi lemak dan diberi sokongan padu oleh para blogger retis seluruh tanahair

Boleh singgah ni kalau turun KL. Saya paling suka sambal kerang.

bila dtg kl bolehlah singgah

hahaha jadi lebih rame itu pelanggannya

tulisan yang menarik. kapan ya bisa kesana?

Ramainya blogger yang dah datang makan kat sini :D

wah kedatangan bloger ini sangat membatu sekali ya untuk pengusaha kecil seperti ini alhamdulillah

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top