Harith Iskander Pelawak Paling Lucu/Kelakar Di Dunia

Harith Iskander Pelawak Paling Lucu/Kelakar Di Dunia setelah memenangi gelaran tersebut dipertandingan Manusia Paling Kelakar Di Dunia yang dilangsungkan di Levi, Finland. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Satu pencapaian yang sungguh luarbiasa.


Harith Iskander Orang Paling Kelakar Di Dunia
Harith Iskander Orang Paling Kelakar Di Dunia

Gelaran itu sekaligus membolehkan Harith atau nama sebenarnya, Harith Iskander Musa, 50, membawa pulang wang dimenanginya sebanyak AS$100,000 (RM444,845) sebagai pemenang utama, mengalahkan empat finalist dari negara lain, yakni Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilinnick (Israil) dan Katerina Vrana (Greece).

Pertandingan itu dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian komedi global yang bertpengkalan di Amerika Syarikat.

Semua pemenang ditentukan 100 peratus oleh juri awam, iaitu menerusi undian secara online yang dibuka kepada orang ramai selama 24 jam selepas mereka semua membuat persembahan di Hullu Polo Arena in Levi, Finland pada 8 Disember 2016 yang lepas. Pada pertandingan itu Harith Iskander telah mendapat undian sebanyak empat jta.

Pertandingan itu diadakan sebanyak tiga pusingan. Pada pusingan pertama, 89 pelawak dari 56 buah negara bersaing untuk mendapatkan 20 tempat teratas sebelum lima pemenang dipilih untuk ke pusingan akhir.

Kesemua peserta pelawak yang terpilih merupakan pelawak pentas tersohor dan popular di negara masing-masing. Misalnya harith sendiri mengendalikan program lawaknya iaitu Obviously Harith Iskander yang bersiaran di Astro Awani 501.


Kita sedia maklum, Harith memang terkenal di Malaysia sebagai seorang pelawak, pelakon komedi, pelakon filem/drama, pengacara rancangan televisyen, Beliau juga dikenali sebagai "Godfather Of The Stand-Up Comedy", telah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014. Beliau lahir pada 7 Ogos 1966, di Johor Bharu, Johor.


Harith pada ucapan pada pentas akhir itu melahirkan rasa bersyukur dan bangga dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. "Saya sangat teruja kerana memenangi pertandingan ini. Saya berbangga kerana mampu mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa. Inilah masanya kita meletakkan komedi dari Malaysia di mata dunia. Pihak media juga banyak meyokong saya", tulis Harith di laman media sosial Instagram miliknya.

Tahniah buat Harith Iskander. Semoga ada lagi insan lain yang berbakat dan berjiwa besar sebagai pelawak dan menyertai pertandingan seperti ini, agar nama-nama mereka diiktiraf oleh pihak luar terutama di pentas global dan antarabangsa.

Dalam pertandingan ini juga, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jason Leong turut menyertai pertandingan ini, namun tidak bernasib baik apabila tersingkir pada peringkat awal pusingan.

Untuk mendapatkan pengiktirafan dunia,lagi, kita juga boleh buat undian untuk pemain bolasepak negara kita iaitu Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas Fifa 2016, Jom mari pakat ramai-ramai kita buat undian.Insha Allah.....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Harith Iskander Pelawak Paling Lucu/Kelakar Di Dunia"

Harith Iskander ni memang ada karisma dia. Biasa layan Komediri :D

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top