B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia

B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia | B-22 Malaysia tampil dengan aksi cemerlang dengan menewaskan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi pembukaan Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfedasi Bola Sepak Asia (AFC)  di Stadium Nasional Supachalasai semalam 20 Julai 2018.


B-22 Malaysia vs B-22 Indonesia
B-22 Malaysia vs B-22 Indonesia

B22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia


B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi semalam. Keputusan ini membuktikan bahawa pemain B-22 Malaysia tidak ketandusan bakat dan boleh bermain lebih baik lagi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Walaupun enam pemain utama tidak dapat dilepaskan oleh kelab masing-masing,  tidak sedikit pun mencacatkan atau merencatkan rentak skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk beraksi cemerlang. 

Kemenangan ke atas skuad B-22 Indonesia kendalian Luis Milla akan menyuntik semangat buat 22 pemain negara sebelum mereka bertemu dengan B-22 Thailand yang sememangnya jaguh bola sepak Asia Tenggara pada aksi kedua pada Jumaat nanti (21 Julai 2017).

Keegoan Skuad B-22 kendalian Luis Milla tercalar bermula seawal minit ke-3 apabila penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad meledak gol pertama menerusi penyudah yang mengelirukan menewaskan penjaga gol Indonesia, Satria Tema Hardiyanto. 

Selepas itu,  skuad B-22 Indonesia berputih mata pula, apabila Mohd Jafri Firdaus Chew meledak gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-20 untuk memberi keselesahan pada pemain Malaysia dan memberi lebih tekanan lagi kepada Indonesia untuk memburu gol. 

Pelbagai corak dan gerakan berbahaya dilakukan oleh skuad Indonesia,  namun mudah dipatahkan oleh pemain B-22 Malaysia. 

Selang 10 minit,  gol ketiga pula diperolehi hasil tandukan N. Thanabalan pada minit ke-30, terus melemahkan semangat Indonesia memburu gol bagi merapatkan jurang perbezaan jaringan. 

Lebih parah lagi apabila terjahan keras Asnawi Mengkualam ke atas Syazwan Andik membawa padah apabila, beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-68.

Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan B-22 Menang Mengalahkan B-22 Indonesia dengan keputusan 3-0 sehingga tamat perlawanan akibat kebuntuan menghasikan gol.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia"

tahniah untuk pasukan Malaysia..

tumpang bangga juga sebagai rakyat Malaysia

tahniah team Malaysia..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top