Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan

Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan | Blogger dengan produk kecantikan saling berhubung kait disebabkan ia menjadi pengantaraan untuk blogger menulis (review)  tentang produk mereka.

                           
Blogger Disaman 3 Juta
Blogger Disaman Sivil 3 Juta

Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan


"Berat mata memang, berat lagi bahu memikul". Itulah perupamaan Melayu dilabelkan terhadap kes berkaitan blogger Suria LekatLekit vs pengasas produk kecantikan yang terkenal. Rasanya dah ramai blogger mana yang kena saman sivil di mahkamah Kota Bharu, Kelantan tempat di mana pengasas itu tinggal dan terletaknya kilang pemprosesan juga syarikat pengeluaran produk tersebut.

Kes ini sudah menjadi isu di media sosial seperti Facebook,  twitter, group whatsapp tetapi tidaklah menjadi cerita panas. satu Malaysia. Ini mungkin kisah ini tidak dihidu oleh wartawan atau pihak akhbar

Namun begitu..... bila tengok saman sehingga 3 Juta, ia menjadi satu kes berprofil tinggi pula.

Kes ini disebabkan blogger terbabit telah menyiarkan artikel berkaitan Ta** SkinCare,   produk kesihatan berasaskan rawatan kulit  terutama pada wajah.

Walaupun artikel tersebut tidak mencerminkan fitnah semata-mata, namun disalah tafsir oleh pengasas produk tersebut sebagai mengaibkan dan mencemarkan status, menjejaskan pengeluaran dan pelanggan sudah pasti tidak membeli produk mereka.

Walaupun blogger Suria LekatLekit telah memohon maaf tetapi ianya tidak diterima pihak mereka.. Semoga ada sinar untuk kedua-dua pihak selesai di luar mahkamah dan tarik balik saman tersebut. Insya Allah...  Moga Allah Taala makbulkan doa orang dalam kesusahan. Amin...


Misi Mencari Sokongan Dan Bantuan

Kes berkaitan saman sivil di mahkamah, ramai yang cetek pengalaman termasuk saya sendiri. Namun begitu, ia tidak melemahkan semangat blogger srikandi Suria untuk menghadapinya.

                                 
Bligger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan
Misi Mencari Sokongan Dan Bantuan


"Apa yang berlaku dah pun berlaku, misi mencari bantuan tetap diteruskan",  itulah kata-kata semangat daripada Suria untuk tidak rebah sebelum melawan. 


Kes ini telah difailkan di mahkamah di Kota Bharu pada 20 Jun lepas tetapi Suria telah membuat rayuan dilanjutkan tempoh ke 20 Julai dan dipindahkan ke Selangor akibat terlalu jauh untuk dibicarakan.


Alhamdulullah....  Moga 20 Julai nanti akan ada keputusan positif dicapai.

Rasa macam sangat melucukan pula melihat kes begini,  seorang blogger yang lemah,  berpendapatan rendah difail saman sampai 3 Juta.  Banyak tu...  Di mana nak cari dana sebanyak itu.

Sebagai rakan blogger,  saya menyokong di belakang Suria untuk menghadapinya. Seorang surirumah yang tabah menghadapi ujian hidup.

Semoga ada yang sudi tampil memyumbang pertolongan dalam apa segi sekalipun,  baik kewangan, doa dan sokongan. Kalau ada NGO, PPIM,  KKM,  Farmasi,  peguam yang sudi membantu. Itu lagi elok....

Jom kita istighfar banyak-banyak,  doa dan sokong Suria LekatLekit yang tidak berbelah bagi. Harapan semua agar kes ini selesai secara elok dan tiada saman-menyaman berlaku.

Kita sebagai orang Islam seharusnya merapatkan ukhwah,  bukannya saling bersengketa.

Hanya ini saja sokongan yang boleh saya berikan.  Insya Allah,  jika tiada halangan dan rintangan  bantuan dalam bentuk lain pula.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
36 Komentar untuk "Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan"

Kena cari lubuk positif

Kena cari lubuk positif

Mmg agak kelakar spt menegakkan benang yg basah kan? Haha

Saya doakan semoga ada jalan penyelesaian untuk Suria..

Semoga dipermudahkan urusan suria.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Allahuakhbar

Semoga dipermudahkan urusan blogger suria

Semoga Allah memudahkan urusan surua

Semoga dipermudahkan kak suria.. aaminn.. Tq untuk entri ni :)

semoga ada sinar positif untuk rakan blogger.. terus kuat melawan kebenaran.

Harap-harap begitulah kehendak semua yang telah dupport Suria.

Buang yang kerah, ambil yang jernih.

Lucu pun ada, kelakar pun ada. Apapun, moga ada jalan penyelesaiannya.

Itulah yang kita harapkan.

kita pakat-pakat berdoa agar semuanya diselesaikan secara muafakat.

Ramai rakan bloggervyang sokong Suria. Doa banyak-banyak dan istigfar pun diperbanyakan.

Saya pun harapkan begitu jua.

Sama-sama kita doakan segalanya berjalan lancar.

Tabahlah Suria hadapi cabaran ini. Ada sinar harapan untuk anda. Otulah harapan semua.

semoga sinar cerah menanti dihadapan buat blogger Suria..aamiin

p/s : cantik template teruja saya nak baca lagi

Ramai yang menyokong Suria baik di blog maupun di media sosial lain.

P/S - Macam ada kekurangan pada template ini. Senarai menu di bawah header tak ada.

Blog direview oleh google, takut tak lepas kelulusannya utk letak iklan adsense.

Sama2 kita terus berdoa agar diberikan jalan penyelesaian yg terbaik... Aamiin ya Rabbalalammin.

kalau macam tu..guna template asas yang blogspot sediakan..

rupapun sama macam template ini..

Ok jugak... Nanti saya cuba yang lain pula. Nak godek-godek dulu mana yang sesuai.

Amin.... Sama-sama kita doakan agar dapat selesai dengan cara terbaik.

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...semoga dipermudahkan buat suria

Itulah yang selau kita doa dan harapkan agar urusan dipermudahkan.

kita doa,kita bagi sokongan dan kita bertindak sebagai blogger

wow..3 juta...kalau 3 juta rupiah ok gak la...memang boleh buat pencen tu dapat 3 juta ringgit

Ya 3 Juta Ringgit, memang banyak. Kalau saya memang tak berdaya menahannya.

Semoga dipermudahkan buat blogger SLL .. Hadapi ujian dengan penuh ketabahan..nak buat macam mana benda dah jadi.. sama2 kita doakan yg terbaik utk beliau..

saya doakan dengan aamiin

Agak-agak boleh kita kumpul mereka yang dapat kesan buruk produk tu dan buat laporan polis ke atas syarikat terbabit?

Tanpa Nama
delete

Semoga Allah memudahkan urusan surua

semoga dipermudahkan urusan suria

Seram Sejuk bila baca cerita-cerita macam ni. Nak lawan orang berduit, walaupun kita betul memang sangat seksa. money is king. Semoga semuanya dipermudahkan.

Semoga semuanya dipermudahkan..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top