sensasi2020

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap | sensasi2020 Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap - sensasi2020

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap | Assalamualaikum.... Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza yang dahulunya dikenali ramai menjual nasi lemak pandan tetapi kini semakin berkembang maju dengan menjual nasi kerabu resipi dari Kelantan.


                             
Nasi Kerabu Sedap Mieeza
Nasi Kerabu Mieeza

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap


Tiada siapa diantara kita tak mahu makan yang sedap-sedap? Lebih lagi berkaitan rutin harian seperti makan nasi. Nasi merupakan makanan asasi di negara kita Malaysia.

Sebelum ini, Nasi lemak sudah ramai yang mencuba,  sekarang masanya untuk pelanggan setia di Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza mencuba Nasi Kerabu pula. 

Semasa blogger Kamil Salleh menjualnya baru-baru ini di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang,  ramai pelanggan mencuba nasi kerabu yang dijual.  "Mereka kata sedap, macam makan nasi kerabu di Klate (Kelantan). 

Dah tentu rasanya sedap sebab ia resipi dibawa dari Klate.  Ditambah pula tukang masak (isteri)  pun dari Bachok,  Kelantan. 

Nak tahu rasanya bolehlah singgah atau boleh tanya sahabat kita yang dah mencuba,  Cahaya Diana (CD), editor drama "Semusim Rindu".


Sedap Memukau Selera Pelanggan

Sesiapa yang membaca artikel ini atau yang berada di sekitar, Ampang,  Pandan Indah,  Cheras dan Kuala Lumpur, dipersilakan singgah. Ia pasti sedap memukau selera anda. "Belum try belum tahu, sudah try hari-hari mahu".

Kalau dorang tak nak makan nasi kerabu pun tak apa,  boleh beli nasi lain seperti nasi lemak pandan, nasi putih kerana ada pelbagai lauk disediakan. 

Lauk yang ada seperti ayam goreng berempah,  ayam masak rendang, ayam masak merah,  gulai ikan tongkol, ikan keli berlada,  daging bakar,  ikan goreng dan pelbagai jenis sambal nasi lemak, terutamanya yang femes seperti sambal kerang,  sambal sotong, sambal udang,  sambal paru dan sambal ikan bilis. 

Kini anda boleh dapatkannya setiap hari Ahad diantara jam 8am - 1pm dan setiap hari Isnin hingga Sabtu diantara jam 7pm - 11.30pm.

Lokasi: Depan Mid Point Shopping Complex,  Jalan Pandan Indah 1/25, Selangor.

Talian: 0177774717 @ 0173932889 dan 0139995015 (whatsapp) Abe Kamil.

Jangan lupa singgah di gerai saya, ada banner tertera "Nasi Lemak Pandan Mieeza"..... "Sedap Boh.... ".

Jom singgah ramai-ramai dan serbu, biar jadi viral di media sosial (berangan). 

Saya harap sangat sokongan dari anda dan juga orang ramai yang lalu-lalang di situ daripada pelbagai kaum. 

Doakan juga agar perniagaan saya dikenali ramai dan mendapat tempat di hati pembeli (pelanggan). Insya Allah.... 


16 Komentar untuk "Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap"

Tengok kuah kerabu tu pun dah mengoda jiwa....
Saya pun memang suka nasi kerabu

Menarik... Nampak sedap tu... Lagipun saya memang suka nasi Kerabu...
Tapi sayang, jauhlah... In Shaa Allah kalau ada urusan di KL boleh singgah...

Dekat je dengan rumah saya...nanti boleh singgah pada hujung minggu.

Lama pulsk xmkn nasi kerabu..mcm sedap je tengok ni

Terima kasih Puan Seri... Tak sabar nak nanti kunjungan puan.

Saya tahu Anuar tinggal jauh dari tempat saya jual. Dah singgah di blog ini pun dah cukup bagus.

Wah.... Nazlan tinggal dekat dengan geraibtempat saya menjual. Bolehlah singgah pada hari Ahad, waktu pagi saya jualbuntuk hari Ahad

Amirrah tinggal kat mana, jika kat KL boleh singgah tapi jika di oversea, komen di blog saya dah la....

Sedapnya lama dah tak makan nasi kerabu

Tulis pun sedap..

Rasa lagi la sedap

Marilah cuba Rabia, kalau sedap bagi tahu rakan-rakan tapi kalau tak sedap bagi tahu saya.

Dua-dua sedap orang berselera baca dan terus singgah di gerai. ha... ha....

in shaa Allah bro..

Anda Bosan ? Pengen Uang Tambahan ?
Ayuk Main Poker Dan DominoQQ Hanya Dengan Modal 20.000
Agen Poker Terpercaya
DOMINOHALO

Bro Kamil .. lya pon suka gak nasi kerabu.. mmg suka sangat2 laa.. kalau dekat2 ni dah pergi dah ni .. moga perniagaan terus maju jaya ya ..

saya peminat tegar nasi kerabu hitam. hehe. kalau ke KL boleh la singgah gerai bro

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top