sensasi2020

Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap | sensasi2020 Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap - sensasi2020

Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap

Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap | Anak adalah cahayamata berharga, anugerah dan amanah daripada Ilahi agar hidup sesebuah keluarga bahagia, sempurna dengan segalanya.


Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap
Nur Azzalinda Syazreen


Adik Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap



Dah 18 tahun saya mendirikan rumahtangga,  anak pun dah lima orang. Satu lelaki dan empat perempuan. 

Alhamdulillah..... Syukur kepada Allah Taala yang memberikan rezeki,  yakni anak-anak yang sempurna sifatnya dan membesar dengan sempurna dalam kehidupan yang sederhana. 

Sesuai sangat dengan firman Allah Taala dalam......


Al-Quran surah al-Anfal ayat 28 yang berbunyi :
    وَاعْلَمُواأَنَّمَاأَمْوَالُكُمْ أَوْلَادُكُمْوَفِتْنَةأَنَّوَهُعِندَ اللَّهَ أَجْرٌعَظِيمٌ     Ertinya :”Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar.” (QS.al-Anfal ayat 28).


Semenjak dapat cahaya mata perempuan yang baru pada tahun lepas (2016),  kehidupan kami semakin ceria.

Gembira melihat celoteh dan mainan manja si kecil yang aktif bergerak,  berjalan ke sana ke mari sambil memegang anak patung baby bear.


Anakku Syazreen Cuit dan Manja


Nama anak perempuan saya yang ke-5 (bongsu) tu Nur Azzalinda Syazreen.  Saya yang pilih nama ini. Namanya cuit sesuai dengan sifatnya yang manja.


Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap
Adik Azzalinda Syazreen Ketika Di Tesco


Anakku Azzalinda Makin Petah Bercakap
Anakku Nur Azzalinda Syazreen


Adik Azzalinda Syazreen ni lambat dari segi tumbesarannya,  walaupun hisap susu ibunya.

Kalau dari segi makan,  dia agak memilih.  Kalau makan telur,  hanya telur putih saja.  Nasi dia makan bersuap,  tidak suka yang pedas dan panas.

Makanan kegemarannya,  goreng keropok lekor,  keropok keping, pisang goreng. 

"Saat nak meniarap,  merangkak, bertatih jalan dan bercakap memang lebih bulan" kata orang. Umur 1 tahun 2 bulan baru boleh berjalan dengan berpegang di kerusi dan meja. 

Waktu tu,  cuma dia pandai sebut "Abahhhh" dan ahhhh..., nakkk airrrrr... Hasbi qalbi jarullah..., Allahuakhbar...

Kalau mengikut gerak-geri, tingkah laku, lenggok gaya memang menarik. Boleh berpusing-pusing, menari, bye-bye, amin... amin...., salam-salam, cap putar lorek-lorek dan sebagainya. 

Namun begitu, itu semua sudah lumrah kehidupan seseorang mengikut situasi dan keadaan di mana ibubapa yang perlu membantu.


Anak Perlu Dididik


Anak baru lahir ini ibarat kain putih, dalam keadaan fitrah  (suci dan bersih) ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikannya Yahudi,  Majusi atau Nasrani.

Didikan,  ajaran agama,  tata-tertib, tingkah-laku, adat wajib diterapkan, sampailah mereka dewasa, tahu membezakann buruk-baik  dan boleh berdikari sendiri.

Sebagai ibubapa,  kami sentiasa berdoa agar menjadi anakku semua ini anak yang soleh dan solehah. Insya Allah...

Terima kasih sudi membaca kisah anakku "Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap".

Wassalam.....

11 Komentar untuk "Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap"

Syukurlah, alhamdulillah.. Moga terus membesar dgn sihat dan ceria serta menjadi solehah yg cemerlang di dunia dan akhirat... Aamiin ya Rabb.

Alhamdulillah dah makin petah dan aktiflah lepas ini.. semoga membesar dengan baik serta berjaya.

1Betqq Situs Judi Online Dengan Permainan 7 Permainan Dalam 1 User ID :
- DOMINO 99
- BANDAR Q
- ADU Q
- BANDAR POKER
- POKER ONLINE
- CAPSA SUSUN
- SAKONG ONLINE

Saya doakan anak tuan menjadi srikandi kepada agama Allah

Alhamdullilah...

ada ramai cahaya mata..

mudah-mudahan menjadi insan yang boleh hebat di dunia dan akhirat.

aamiin

Terimakasih infonya

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top