Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap

Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap | Bagi orang Pantai Timur,  nasi kerabu sudah tidak asing lagi terutama di Kelantan, Terengganu. Nasi berwarna kelabu kebiruan menjadikan ianya bertambah selera dicampur-gaul dengan kelapa goreng,  isi ikan selayang,  budu, ulam, keropok goreng, telur masin, daging bakar atau ikan goreng rebus.



Rahsia Resipi Nasi Kerabu Mieeza Sedap
Nasi Kerabu Mieeza


Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap


Nasi Kerabu Mieeza Sedap kerana adanya rahsia resipi istimewa yang dibawa khas dari Kelantan.

Resipi turun-temurun daripada nenek-moyang untuk santapan warga kota yang impikan nasi kerabu istimewa dengan rasa sedap, lagi menyelerakan.

Semenjak dijual pada bulan Ramadhan yang lalu di Bazar Ramadhan Bukit Indah, pendapatan jualan semakin meningkat dan selepas hari raya Aidilfitri saya terus jual pula di Depan MidPoint Shopping Complex,  Pandan Indah.

Boleh baca entri ini,  bagaimana penerima pelanggan terhadap Nasi Kerabu Mieeza iaitu Blogger kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap.  

Penerimaan pelanggan semakin ramai,  bukan setakat orang Melayu sahaja. Orang Cina,  orang India, Indonesia dan orang Bangla pun ada yang gemarinya. 

Makin bertambah pula menu di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza. Tukang masak (isteri)  pula bertambah kerjanya. Cuma dia dibantu oleh anak perempuan yang lepasan SPM. 

Namun demi menambah pendapatan untuk sekeluarga, penat, berputus asa,  goyang kaki harus diketepikan.  

Kejayaan pula bukannya datang sekelip mata,  ia perlukan pengorbanan dari segi tenaga, wang, masa dan paling utama jujur, ikhlas, berbudi bahasa dalam setiap bisnes yang kita jalankan. 


Apakah Rahsia Nasi Kerabu Mieeza Sedap Sengoti


Keistimewaan Nasi Kerabu Mieeza sedap sengoti terletak pada bahan-bahannya. Apakah bahan-bahan tersebut:

  • Nasi - Menggunakan beras berkualiti tinggi memberikan aromanya yang harum ditambah pula Beras Super Import. Nasinya menjadi besar mengembang dan kebasahan bila sudah ditanak. Warnanya kelabu kebiruan (light) yang neutral menambahkan lagi kilapan pada nasi tersebut. 
  • Warna - Sedikit warna hitam digunakan, dalam kuantiti yang amat sedikit agar warna nasi tersebut menjadi kelabu kebiruan. 
  • Ulam - Menggunakan ulam/sayur yang segar seperti kubis,  kacang panjang,  jantung pisang,  daun kesum (kalsum) dan dihiris halus. Ditambahkan lagi dengan tauge yang segar. 
  • Budu - Menggunakan budu yang dibawa khas dari Kelantan. Dimasak dulu dengan campuran daun limau purut,  asam limau kasturi,  serai, halia dan gula melaka (gula nira kelapa). Ia menjadikan budu itu sedap dan beraroma.
  • Sambal Tumis - Sambal tumis ini bukan sebarangan sambal.  Ia juga dimasak dengan menggunakan santan. 
  • Sambal Kelapa - isi parut kelapa digorang dengan api sederhana sehingga menjadikan warna keperangan.
  • Sambal Ikan - Menggunakan Ikan Selayang (sardin)  yang telah direbus dan diambil isinya.  Ia dicampur pula dengan sambal kelapa yang telah siap digoreng tadi. 
  • Sambal Belacan - Sambal belacan ini kalau tidak ada,  nasi kerabu yak cukup umpphh.... Menggunakan cili padi merah dan cili padi hijau. Dikisar dengan belacan yang telah dibakar, gula,  asam limau kasturi, untuk memberikan sambal belacan yang enak dan lazat.
  • Keropok - Keropok yang digunakan adalah keropok keping ikan tambang.  Ia sedap dan ranggup. Sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi kerabu. 
  • Lauk - Ada daging salai dan ikan sardin rebus yang telah digoreng. Sesuai untuk dimakan bersama nasi kerabu. Ia lebih berselera dan menambah keenakkan bila di makan dengan nasi kerabu di waktu pagi, tengahari atau malam. 

Oh ya. .... Sekarang dah tahu Rahsia Resipi Nasi Kerabu Mieeza Sedap, maka kini tiba masanya korang mencuba pula. 

Lokasinya ada yang dah tahu, bagi mereka yang tidak tahu boleh singgah di MidPoint Shopping Complex,  Pandan Indah,  Selangor, Kuala Lumpur. 

Boleh hubungi Abe Kamil di tapian 0177774717 @ 0173932889 @ 0139995015.

Wassalam........ 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
16 Komentar untuk "Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap"

tetiba rasa nak makan nasi kerabu la pulak lepas baca entri ni

Lama dah tak tengok kelibat Wan Zawawi. Bila nak datang singgah.

Alhamdulillah..

Tunggu saya jejalan KL..

Ada kesempatan saya singgah..

In shaa Allah

Tak sabar nak tunggu kedatangan MrHanafi ke Kuala Lumpur.

Moga ada kesempatan datang ke sini untuk urusan kerja.

Sedapnyer nasi kerabu. Kalau versi Terengganu asli, pakai ulaman hijau dan sambal ikan. Budu wajib. Pun sedap.

Sedapnya.... baru tahu macam mana nak buat nasi warna biru tu.. selama ni buat yang nasi ptih je

Lazatnye rupanya mesti kompem rasanya pun lazat

dah lama btol tak makan nasi kerabu ni.. dulu rajin makan time belajar.

Nasi kerabu memang feberet sy..sedap kalau buat dgn betul

Kalau bab nasi kerabu tiada beza antara kelantan dan terengganu.

Rasanya lebih kurang sama je...

Kalau nasi ketabu putih biasa je tetapi kalau nasi kerabu kebiruan ada baunyanya yang wangi seperti letak serai, daun limaubpurut, halia dan daun pandan.

Belum try belum tahu, sudah try hari-hari mahu....

Terasa nak makan pulak ni.. bilalah dpt lalu sana. Klu lalu time sesuai mmg singgah sbb tau pasti sedap!

selalu ada sepanjang hari ke? saya kat gombak, payah betul nak sampai pandan

Nice information I thinks nasi kerabu very yummy and delicious

Kalau pergi ke bazar ramadhan atau pasar malam, nasi kerabu ni la antara menu yang dicari-cari.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top